Skim amanah saham bumiputera ditubuhkan untuk memberi peluang kepada bumiputera untuk melabur di dalam saham amanah di samping mendidik budaya menyimpan, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Bumiputra.Melalui skim ini ia banyak memberikan keistimewaan kepada golongan bumiputera terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah atau sederhana untuk melabur demi masa depan mereka.
Dengan adanya skim ini ramai yang mula menabung dengan membuka buku akaun untuk anak-anak mereka dan memasukkan duit simpanan seperti baki dari duit belanja sekolah yang dikumpul atau duit yang diperolehi oleh anak-anak ketika di hari raya.Walaupun amaun atau jumlahnya nampak kecil tetapi jika disimpan secara konsisten lama kelamaan dari sikit-sikit ia akan menjadi bukit.
Sekiranya simpanan bermula sejak anak kita berusia enam tahun iaitu ketika di sekolah tadika maka apabila usianya mencapai umur 12 tahun iaitu ketika akaun tersebut akan digantikan dengan namanya mungkin jumlahnya telah pun banyak.Contohnya setiap tahun kita menyimpan rm 100 bermakna telah ada rm 700 di dalam akaunnya tidak termasuk dividen yang diperolehi setiap tahun menjadikan jumlahnya lebih banyak.
Ketika ramai bumiputera yang memilih dan merebut peluang untuk melabur di dalam skim tersebut ia kemudiannya menimbulkan keraguan dan tanda tanya mengenai status skim tersebut yang di isyhtiharkan tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak seperti yang dinyatakan di dalam lampiran di bawah ini oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2011.
Fatwa dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 1 Mac 1993 pula mengatakan bahawa skim ini Tidak haram.Mana satu yang betul ni?.Untuk info selanjutnya sila baca dan klik DI SINI.
Pada aku apa yang lebih penting apakah sumber yang kita perolehi selama ini benar-benar halal?. Kerana melalui sumber tersebut kita memberi keluarga kita makan dan membeli semua barang keperluan termasuk songkok dan sejadah untuk kita beribadat.Ketika membeli barang keperluan apakah kita memeriksa dengan teliti dari mana dan apakah bahan yang digunakan untuk membuat barang tersebut?.Barang tersebut mungkin dijual oleh orang Islam tetapi pengeluarnya atau yang membuat bahan asasnya adalah mungkin orang kafir yang kita sendiri tidak ketahui campuran sebenarnya. Begitu juga dengan perlakuan kita apakah segalanya telah terhindar dari segala yang haram mata, mulut, telinga dan seluruh anggota kita apakah cukup sempurna mengerjakan yang halal dengan selengkapnya?.
Paling mudah adalah ikan yang hari-hari kita makan.Ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan ikan yang kita beli di pasar adalah ikan yang diimport dari negara luar seperti Thailand.Ramai juga sedia maklum bahawa ikan tersebut telah disuntik dengan sejenis bahan kimia dikenali sebagai FORMALIN.Bahan ini merupakan sejenis bahan kimia yang disuntik pada mayat supaya tahan lama dan bahan kimia ini pula telah diharamkan disuntik pada mayat orang Islam.Jika mayat diharamkan apakah ikan yang telah disuntik dan kita makan itu halal?.Jika kita makan di kedai sekalipun apakah kita pasti makanan yang dihidangkan itu benar-benar halal? Kita tutup sebelah mata...
Kemudian apabila duit 'terlebih' barulah kita ke peringkat seterusnya untuk memikirkan tentang menabung atau menyimpan.Tapi sebelum itu kita perlu sediakan dan beli kenderaan untuk memudahkan kita bergerak dan membawa keluarga ke sana sini.Apabila membeli kenderaan ramai diantara kita yang membayar secara ansuran tetapi apakah bank atau institusi yang memberi pinjaman itu berlandaskan hukum Islam serta bebas dari riba?Jika kita beli apakah bermakna yang kita juga bersubahat dan menggalakkan mereka terus mengamalkan riba? Untuk menghindarinya maka simpanlah duit sampai cukup kemudian baru beli secara tunai tetapi apa yang terjadi nak tunggu duit cukup entah bila dapat beli maka terpaksalah kita beli secara ansuran.Kita tutup lagi sebelah mata..
Sekiranya selama ini duit yang kita perolehi pun dari sumber yang haram atau duit tersebut 'separuh halal' atau mungkin bercampur antara yang halal dengan yang haram maka skim mana yang terbaik untuk kita?.Dalam dok sibuk haram ramai pulak yang pilih skim cepat kaya...akhirnya sampai sudah HARAM tak kaya kaya.Kalau banyak masyuk lupa pula nak tanya duit tu halal ke haram.Kita boleh kata apa jua skim itu dan ini adalah haram kerana kita boleh nampak dan kita juga boleh katakan sumber pendapatan kita adalah halal kerana orang lain tak nampak tetapi kita lupa bahawa Allah tetap nampak dan tetap tahu setiap apa yang kita lakukan.Kalau duit yang kita dapat pun dah 'separuh halal' atau haram maka jika disimpan di tempat yang halal dan suci selama seribu tahun sekalipun duit tersebut tetap dikira sebagai haram atau 'separuh halal'. Akhirnya kita menutup kedua-dua belah mata...
ozzy - sana kata halal sini kata haram..sini kata haram sana kata halal..makin celaru.
Perbincangan ini telah lama berlarutan sejak dari dulu lagi..susah nak kenal mana ekor dan yg mana kepala..
BalasPadamSalam Pozi, kawan ada juga menyimpan sikit kat
BalasPadamsitu kaco juga kalau tak brpa jelas akan statusnya :(
Salam...kita just niat utk menyimpan dan jgn fikir utk dapat pulangan berkoyan-koyan. Isu halal haram ni takkan habis. Aku ada ramai kawan yg berhenti kerja bank kerana katanya bekerja di bank hukumnya haram sebab ada riba'..smpi sekarang kebanyakan mereka menganggur. Ada org kata duit kerajaan juga haram kerana sebahagiannya dapat dari cukai arak dan judi walhal ms zaman sahabat Rasulullah s.a.w dulu juga ada cukai jualan arak tetapi wang tsb juga digunakan utk org Islam...entahlah..
BalasPadamhttp://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html
Abang Long..W'salam - itulah maksud yang ingin saya sampaikan..terima kasih dgn pandangan tersebut.Saya juga nak cakap ..entahlah..
BalasPadamPernah juga terbaca akan perihal haram dan halal ASB/ASN ni..tidak arif soal ini..takut pendapat tidak sejajar dgn hukum...
BalasPadam