3 Jun 2011

KENAPA SAMPAI MACAM NI ADINDA EVANS

Dunia blogger tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan sebuah blog yang aku anggap baru saja dibina.Blog yang mencetuskan kontroversi dan sedang hangat diperkatakan oleh ramai blogger khususnya blogger Melayu.

Dalam masa yang singkat sahaja blogger yang menggelarkan dirinya sebagai Adinda Evans' atau nama sebenarnya Nadia Elliza ini menjadi popular dan mengumpul begitu ramai follower yang berminat untuk mengikuti kisah peribadi yang beliau paparkan.

Pemilik blog ini baru berusia 14 tahun dan masih menuntut tetapi entri yang dipaparkan cukup panas dengan pengakuan beraninya.Antara petikan yang popular dan dianggap panas adalah pengakuan beliau bahawa beliau sudah tak ada DARA.Ini terbukti apabila ramai blogger yang mengupas dan menampilkan petikan yang sama di dalam blog mereka.Berikut adalah petikan tersebut : sumber dari SINI.


Namun entri tersebut telah dipadam setelah mendapat komen, teguran serta kritikan dari ramai pembaca hinggakan ada yang buat fanpage 'adinda milano evans' di Facebook untuk mengutuknya. Aku sendiri sebenarnya turut ingin mengulas dan menyampaikan rasa terkejut dan kecewa tetapi terasa berat lebih-lebih lagi beliau tidak aku kenali.Kenapa sampai macam ni wahai Adinda? Nak nasihat pun aku tak berapa reti, nak mengutuk juga aku tak sampai hati.Jika itu pendirian dan cara kehidupannya aku sekadar mampu memungut coretannya agar tidak diikuti oleh kaum keluarga aku dan sesungguhnya aku berdoa semoga kaum keluarga aku dijauhkan dari melakukan perkara sebegini.

Biar apapun tafsirannya sebagai satu bangsa dan satu agama meskipun beliau bukan darah daging aku namun jauh disudut hati aku tetap terselit rasa kecewa dan sedih.Beliau masih terlalu muda dan lebih muda dari anak sulong aku yang masih mentah untuk mengenali erti sebenar kehidupan ini. Sesungguhnya perjalanan untuk beliau lalui masih terlalu panjang dan mungkin juga akan penuh dengan onak dan ranjau untuk ditempuhi.Cukup sukar untuk aku luahkan di sini kerana anak muda zaman ini bukan mudah untuk dinasihati tambahan lagi jika kita bukan di kalangan keluarga atau adik beradik mereka.



Entri terbaru beliau aku printscreen dan paparkan di sini dan kalau nak cari blognya boleh cari sendiri dari enjin carian.


Satu persoalan lain yang berlegar dalam fikiran aku adalah, benarkah kesemua coretan serta gambar yang dipaparkan adalah dirinya yang sebenar? kerana mungkin juga ada pihak yang sengaja membuat blog tersebut atas sebab-sebab dan tujuan tertentu, mungkin sakit hati atau dendam contohnya.Macam mana jika tiba-tiba terbit pengakuan bahawa beliau sebenarnya telah dianiaya dan menjadi mangsa fitnah sedangkan kita dengan lantang telah mencaci dan menghinanya? nahh..sia-sia je kan dapat dosa.Justeru itu janganlah cepat melatah dan menuduh yang bukan-bukan selagi belum ada bukti yang benar-benar kukuh bahawa beliau adalah individu yang sebenarnya.Dengan teknologi yang ada sekarang ini bermacam perkara yang manusia boleh buat...macam-macam ada.

Terakhir sekali yang aku nak cakap adalah "HAPPY BIRTHDAY ADINDA" kerana dia tulis dalam blognya hari ini 3 jun adalah harijadinya.
                         
ozzy - nantikan kemunculan bintang filem porno melayu pulak kot buat blog lepas ni..


10 ulasan:

  1. Salam Pozi, terkadang saya sendiri amat tidak faham dgn sesetengah sikap blogger kenapa dan mengapa buat gitu untuk popular atau sebaliknya... moralnya jika menulis bender lucah mmg boleh menarik perhatian ramai.

    BalasPadam
  2. Salam En.Ozz,
    terima kasih sebab sudi nak tolong saya dgn masalah saya tak dpt nak masuk blog masak saya tu . Buat masa ni saya hanya tunggu saja dan saya dah buka blog baru utuk persedian pada apa2 yg mungkin terjadi , dari apa yg saya baca betul ke semua blog yg tak tukar ke gmail akak dihapuskan atau dibuang by end of Jun ni . Saya hanya tunggu pada miracle dan berharap sgt dapat masuk balik ke blog sendiri ni tapi kalau tak dapat juga saya terima semua yg terjadi ni

    BalasPadam
  3. Hohoho..geli ketiak teman membacanya..orang muda, bercakap ikut sedap mulut, rasa bangga lagi tu buka pekung sendiri, tak fikir malu mak bapak...apa nak jadi anak bangsa kita hari ni?

    BalasPadam
  4. Sedih bila melayari blognya..tp siapa mak untuk menasihati dan melarang dia. Sdgkan diri sendiri pun kurang sempurna..

    BalasPadam
  5. speechless...ada anak2 yg seusia dia..semoga Allah melindungi dari segala kejahatan dan keburukan tingkahlaku....

    BalasPadam
  6. AkuanakPahang..w'salam Yassin - Memang sukar nak faham sikap mereka, apa tujuan dan niat mereka ni.

    Nannie - W'salam ..Saya sekadar boleh membantu setakat yg saya tahu

    Nisa - semoga tidak berlaku pada anak2 kita.

    Lagenda - Samma juga seperti saya..siapalah saya nak nasihatkan mereka ini.

    Eye_Nee - Betul tu..Kita pun ada anak yg semakin membesar bimbang juga mungkin ia akan terjadi pada anak2 kita nanti.

    BalasPadam
  7. Assalam...
    Kalau betul dia sendiri yg paparkan semua kisah tu, sedih jgk rasa sbb generasi sekarang benar2 dah rosak segala2nya.
    Umur dia pun masih muda dan masih belum matang, mungkin fikiran pun tak berapa nak stabil...
    Nauzubillah...harap dijauhkan dari keluarga dan keturunanku...

    BalasPadam
  8. kite doa je la supaya die diberi petunjuk dan hidayah utk pulang ke pangkal jalan

    BalasPadam
  9. saye memang ketinggalan sebab lambat tau isu panas ni. maklomlaaa, rajin sangat bw. tapi saye memang tak berminat isu mcm ni sebab target nak FIT macam 2004. hoho! (>.<)

    BalasPadam
  10. ozzy,

    ya allah beraninya dik non...budak2 zaman sekarang kena pantau....risau masa depan anak zaman sekarang....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...