24 Jun 2011

PENTINGNYA JENAMA

Jenama merupakan satu ikon atau sebagai simbol yang memainkan peranan penting untuk memperkenalkan sesuatu barangan atau produk.Untuk melahirkan sesuatu jenama yang dikenali di seluruh dunia dan di peringkat antarabangsa bukanlah satu tugas yang mudah kerana jenama tersebut mewakili imej,kualiti serta keberkesanannya kepada semua pengguna.

Paling menarik adalah apabila sesuatu jenama itu bertukar menjadi satu produk dan inilah yang diimpikan oleh setiap dari mereka yang mempunyai jenama.Sebagai contoh sewaktu zaman kanak-kanak dulu emak akan menyuruh aku pergi ke kedai untuk membeli ubat gigi dengan berkata " nanti jangan lupa beli colgate satu ". Colgate merupakan satu jenama kepada produk ubat gigi tetapi penggunaan jenama bagi mewakili kata nama ubat gigi menjadikan jenama tersebut lebih terkenal meskipun semakin banyak jenama lain yang muncul dalam pasaran.Walau tidak semestinya kita membeli jenama colgate tetapi apabila menyebut ubat gigi kita lebih selesa menyebutnya sebagai Colgate.

Itulah hasrat dan impian aku pada produk serta jenama yang aku tampilkan.Aku mencari sesuatu yang belum popular atau terkenal untuk dijadikan sebagai ikon kepada produk tersebut.
Maka aku memilih satu jenama lalu muncullah jenama ozzy kepada produk pencuci lantai serai wangi yang ketika itu masih agak asing kepada pengguna yang menggunakan produk pencuci lantai lain yang sedia ada.

Impian aku adalah untuk menjadikan ozzy sama seperti colgate contohnya kalau isteri ingin memesan pencuci lantai serai wangi dia akan berkata " bang, nanti jangan lupa beli ozzy satu, dah nak habis dah ni..tak bestla kalau ozzy tak ada ".Maksudnya ozzy adalah satu jenama tetapi digambarkan sebagai satu produk.Apabila jenama telah kukuh maka lebih mudah untuk kita perluaskan lagi pasaran dengan menghasilkan produk yang lain menggunakan jenama yang sama.Sama seperti Ramli burger, apabila disebut burger kita akan terbayangkan 'Ramli Burger' walaupun mungkin jenama 'Ramlah Burger' lebih enak tetapi kita lebih mengenali 'Ramli Burger' kerana jenama tersebut telah mewujudkan satu ikon kepada industri membuat daging burger.

Malangnya hasrat aku nampaknya tidak kesampaian apabila menerima saingan yang kuat dari pesaing aku yang semakin bertapak kukuh dalam pasaran sebagai pembekal utama produk pencuci lantai serai wangi ini.Ini bermakna jenama aku terlucut dan terlepas untuk membina jenama yang mewakili produk tersebut kerana aku terpaksa akur kepada masalah kekurangan modal serta karenah pembekal tapi aku tidak akan menganggap ozzy akan terus berkubur kerana mungkin ia bukan ditakdirkan menjadi milik aku.Tahniah pada syarikat tersebut semoga terus maju dalam perniagaan ini. Apapun aku beranggapan ia sebagai satu percubaan ke arah yang lebih positif dan jika ingin melihat produk ozzy serai wangi sila klik  DI SINI

Trend terkini menyaksikan pemilihan domain atau website pula menjadi buruan kerana ia mampu menampilkan satu jenama yang kukuh dan menjadi sebutan memandangkan dunia cyber kini menjadi medium utama samada untuk mencari atau memperkenalkan sesuatu produk.Mungkin website tersebut mempunyai sebutan yang unik atau sama dengan jenama yang ingin dikeluarkan maka pemilik produk tersebut bersedia untuk membeli domain tersebut dengan tawaran harga yang tinggi semata-mata kerana inginkan domain tersebut menjadi hak milik eksklusif.

Terbaru domain yang menggunakan nama lina.cn telah ditawarkan untuk dibeli dengan harga hampir Rm 50 ribu.Satu berita baik pada pemilik domain atau website yang mempunyai nama yang mungkin membawa tuah.Pada sesiapa yang berminat dengan domain ozzy2u.blogspot sila tinggalkan pesanan pada ruangan komen di bawah..harga boleh runding hehe...siapa tahu mungkin website atau domain anda juga berharga atau mungkin juga 'kerana dirimu begitu berharga'.

ozzy -  suka dengan jenama F & N ......

10 ulasan:

  1. hehehe...koi xleh jual fiverobindas.blogspot sbb mmg xde org nak beli..kihkih

    Salam jumaat...moga sihat sokmo..

    BalasPadam
  2. En.ozzy dekat rumah amy pun pakai serai wangi.. pasni boleh support business en.ozzy lak...

    BalasPadam
  3. Amy Syaquena

    Terima kasih dgn sokongan tersebut

    BalasPadam
  4. sebenarnya..sampai skrg lana tak baper nk paham apa tu domain.. T__T kesian aku.huhu

    BalasPadam
  5. salam en.ozzy..

    Singgah di hujung minggu , semoga en.ozzy dalam keadaan baik di samping keluarga tercinta.

    BalasPadam
  6. bangga dengan kawan2 berjaya macam kamu..Semoga anda terus maju...OZZY.....!

    BalasPadam
  7. Abadi romeo - terima kasih zul dgn ucapan tersebut walaupun apa yg aku capai masih belum boleh dibanggakan..yg penting kita sama2 berusaha walaupun kejayaan belum berpihak pada kita

    BalasPadam
  8. salam, Mr Ozzy..
    perlukan pembekal serai wangi mentah x?
    sperm_heli@yahoo.com
    0173044699

    BalasPadam
  9. saiful..W'salam
    Kalau saya perlukannya nanti saya akan call..thanks

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...