2 Jun 2011

SALIH YAACOB MELOMPAT

Pertama sekali aku ingin ucapkan selamat pengantin baru pada abang Salih Yaacob yang telah selamat diijabkabulkan dengan isteri terbarunya semalam.

Dengan sahnya pernikahan tersebut maka lengkaplah kuota empat orang isterinya.Semoga beliau mampu berlaku adil kepada kesemua isterinya dan aku percaya beliau berkemampuan untuk menyediakan segala kelengkapan zahir dan batin untuk kesemua isterinya.

Menurut perancangan awal sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar baru-baru ini majlis pernikahan sepatutnya diadakan selepas hari raya nanti tetapi mungkin beliau ada alasan yang tersendiri kenapa pernikahan ini dipercepatkan.Sememangnya jika telah tersedia segalanya aku turut beranggapan lebih baik ia dipercepatkan bagi mengelakkan fitnah dan salah sangka yang berterusan.Perlu diingat bahawa setiap manusia mempunyai view atau pandangan yang berbeza dan bukan semuanya setuju dengan setiap apa yang kita lakukan.

Tarikh yang dipilih juga agak sesuai untuk dibuat majlis pernikahan iaitu ketika musim cuti sekolah dan yang lebih penting lagi tarikh tersebut agak jauh dengan tibanya bulan puasa iaitu pada bulan Ogos kira-kira dua bulan lagi.Kalau kereta baru mungkin sesuai dibeli sebelum tibanya Hari Raya tapi kalau nak menikah elok jarakkan sikit dari bulan puasa atau hari raya.Kereta baru sayang nak guna tapi kalau bini baru haaissshhh!!!....

Sebaik saja berita pernikahannya tersebar, seperti yang aku jangka"Salih yaacob terus melompat".Kenapa dia melompat? macamana aku tahu Salih Yaacob melompat?.Apakah kerana dia dapat isteri baru yang muda jelita atau kerana dia terkejut?.
Sebenarnya apa yang aku nak katakan adalah Salih Yaacob tiba-tiba saja melompat masuk ke dalam blog aku.

Gara-gara berita pernikahannya, entri berkenaan Salih Yaacob di SINI terus melompat masuk ke dalam senarai top 10 catatan paling popular bicara ozzy dan terus berada di kedudukan no 5 mengekori rapat entri Blogwalking Auto.Traffic berpusu-pusu masuk menerusi enjin carian google dan aku jangkakan Salih Yaacob akan follow Fasha Sandha pula selepas ini yang masih terus kekal mengungguli di tangga teratas.Ternyata Salih Yaacob mempunyai begitu ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya walaupun kuota sudah pun penuh.

ozzy - dah lama tak melompat...


nota kaki *** Mungkin benar jumlah follower bukan jaminan bahawa traffic tinggi namun ia tetap memberikan sumbangan atau apakah ia cuma sebagai pameran untuk mengindahkan sesuatu blog.

6 ulasan:

  1. assalamualaikum En.Ozzy ,
    saya sekarang dalam keadaan yg sangat susah hati sebab dah 9 hari saya tak dapat masuk ke blog sendiri. start Selasa lepas saya tak dapat masuk ke blog sendiri , sya mmg sedih sgt sbb blog ni mmg dah since Mac 2009 , n3 pun dah byk sgt dan follower pun dah 900 lebih . Saya ada baca n3 kak Azlina dan saya masuk blog En.Ozz dengan harapan En.Ozz dapat tolong saya dapat kan balik blog saya ni RESEPI NANNIE dan NANNIE`S PASSION . saya dah cuba step by step yang En.Ozz ada bagi di blog EN.OZz yang satu lagi tu tapi tak boleh juga . Saya benar2 harap bantuan En.OZz dan ni no hp saya 012 6879893 , saya ni tak berapa pandai dgn IT so tu yang cuba banyak kali nak pindah blog lama ke blog baru guna gmail tak dapat2 sapai kesudahnya , harap EN.Ozz dapat tolong saya , terima kasih

    BalasPadam
  2. W'salam cik noraini..

    Saya dah cuba masuk ke dalam kedua-dua blog tersebut

    1- "RESEPI NANNIE" entri terakhir asam pedas ikan tenggiri pada 24/5/2011

    2- "NANNIE'S PASSION" entri terakhir selamat hari ibu pada 8/5/2011

    Ini bermakna kedua-duanya masih wujud.saya akan cuba bantu setakat yg boleh & minta bantuan dari rakan2 lain k.

    P/s - Diingatkan jgn sesekali tinggalkan atau paparkan no phone di dalam blog..bahaya krn bimbang ada yang salah guna utk tujuan lain

    BalasPadam
  3. erm ingatkan salleh yaakob betul-betul melompat..hihi

    BalasPadam
  4. Shantik orang rumah dia yang ke 4 nie kan en.ozzy , semoga dia dapat berlaku adil ..

    BalasPadam
  5. wlksalm En.Ozz,
    terima kasih singgah blog saya tu , saya skrg ni pun hanya boleh jadi pelawat saja sebab dah tak boleh nak masuk blog sendiri . mmg saya kecewa sangat dgn apa yg jadi sekarang pada diri sendiri sebab saya memang blogger yang aktif bila dah tak dapat masuk blog saya rasa sgt2 sedih ni .tolong saya En.Ozz sebab setahu saya semua blog yg tak ditukar guna gmail akhir bulan ni akan di musnahkan betul ke . macam mana ya sekarang ni saya hanya boleh mengharap pada miracle saja sekarang ni

    BalasPadam
  6. oo ye lupa nak bagi tau saya dah buka blog baru sebagai persedian sebelum apa2 terjadi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...