7 Jun 2011

GILIRAN MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA PULA MENGHINA ISLAM

Keghairahan terhadap kemajuan teknologi maklumat menyaksikan munculnya berbagai individu yang sengaja menimbulkan provokasi melampau bagi tujuan peribadi atau mempunyai agenda yang tersembunyi.
Sebelum ini berbagai bentuk serangan samada secara nyata atau tersembunyi dilemparkan kepada agama Islam, kali ini tampil seorang lagi yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara mengambil alih takhta sebagai individu yang paling lantang menghina Agama Islam.

Segala medium di laman sosial dipergunakan seluruhnya secara maksimum untuk menyerang dan menghina agama Islam samada menerusi Facebook, Blog atau mahupun Twitter.Membaca laman blognya, boleh dibuat andaian bahawa beliau banyak membaca dan mengkaji ajaran Islam dengan agak mendalam.Melalui pengetahuan dan bacaan tersebut beliau kemudiannya membina kata-kata hinaan mengikut terjemahannya sendiri.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hinaan dan cacian yang dilemparkan sila klik DI SINI

Aku turut menjejaki dan menjadi followernya menerusi twitter yang menggunakan nama @Sitt Al-Wuzara, ternyata ia turut dipenuhi dengan hinaan dan cacian samada pada Allah, Nabi Muhammad, Ulama serta pemimpin negara termasuk umat Islam seluruhnya.Selain dari itu beliau turut mengutuk dan mengecam IKEA yang dikatakan sebagai kafir laknat dan terbaru beliau mengisytiharkan hari ini 6 jun 2011 beliau murtad dari Islam.Siapakah dirinya yang sebenar? apakah beliau adalah seorang yang beragama Islam dan mengalami masalah mental kerana terlalu kecewa dengan agama Islam? atau beliau sememangnya seorang bukan Islam yang sengaja ingin menyakitkan hati umat Islam?.


Sememangnya agak sukar untuk aku menentukan siapakah sebenarnya individu yang memperkenalkan identiti dirinya sebagai Makcik Hajjah Al-Wuzara ini samada beliau seorang Islam ataupun bukan Islam kerana gaya bahasanya yang kelihatan tidak canggung seperti orang melayu (orang melayu pastinya agamanya islam) samada di dalam blog mahupun ketika menjawab pertanyaan di twitter dan kadangkala dia gemar gunakan loghat Negeri 9.Sekiranya beliau berasal dari Indonesia pastinya akan ada sedikit slanga bahasa Indonesia.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini turut melaporkan tajuk berita yang sama bagi mengesan siapakah individu yang bertanggungjawab ini menerusi kerjasama antara Polis dan SKMM ( Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ).Oleh kerana ia di dalam siasatan pihak polis maka lebih baik kita serahkan saja pada pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka daripada kita membuat sebarang spekulasi yang mungkin boleh mengganggu tugas mereka.Untuk berita selanjutnya sila klik DI SINI


Apa yang sering aku fikirkan adalah kenapa agama Islam sering menjadi sasaran seperti ini?. Berbagai provokasi dilakukan untuk meningkatkan kemarahan umat Islam dan apabila ada umat Islam yang bertindakbalas seluruh umat Islam dilabel sebagai pengganas.Lebih menyedihkan lagi dikalangan umat Islam itu sendiri terus bersengketa sesama sendiri seperti yang kita lihat peperangan dan pergolakan terkini yang masih melanda Yemen.Di mana silapnya???....

ozzy - masih menanti bilakah umat Islam di seluruh dunia akan bersatu....

10 ulasan:

  1. Salam...Islam tidak akan sunyi dari serangan propaganda pihak musuh kerana kekuatan iman penganutnya. Berbagai-bagai lg serangan sedemikian akan muncul. Kita sebagai umat perlu sentiasa sedar dan bersedia. Memperbaiki diri dan menambahkan keimanan di samping menjaga dan mengukuhkan aqidah. Masalahnya, ramai juga umat Islam yg terpengaruh.

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/halalkah-benda-yang-kita-makan.html

    BalasPadam
  2. maaf, sy tak berminat dgn N3 blogger sakit mental gini..hari tu sy cuba buka tp dah private dah blog tu.
    ramai2 kita join GA Edy
    komen fb semudah ABC

    BalasPadam
  3. memang patut kena hukum walopn sakit mental! yg musykilnya kenapa ambil masa lama nk trace org ni. padahal dah lama kan blog ni muncul?

    BalasPadam
  4. Wansteddy - Saya pasti individu tersebut bukan bodoh utk mendedahkan dirinya dgn begitu mudah..saya juga setuju dia patut ditangkap dgn segera bagi mengelakkannya berterusan menghina agama islam.

    BalasPadam
  5. salam..
    ermmm..bukan orang islam tu..
    kalau beliau islam tak sanggup
    menghina agama suci islam

    BalasPadam
  6. Tak kira siapa pon dia...seorg Islam ataupon Kafir..tindakan harus diambil keatasnya kerana kelancangannya menghina Ugama Islam...Allahuakbar...

    BalasPadam
  7. Eye_Nee..Betul tu saya setuju, tindakan perlu dilakukan dgn segera.

    BalasPadam
  8. mak smpt msk ke blognys sblm ia di deletekan. Mmg menggigil tgk n3nya yg sgt mghina islam!!

    BalasPadam
  9. Salam Pozi, Ramadhan yang membawa rahmat sekelian alam... Ramadhan juga telah menemukan kita semua siapa dia Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara... Semoga dia mendapat balasan yang setimpal diatas perbuatan terkutuknya itu amin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...