21 Januari 2011

INGAT 5 PERKARA

Semakin hari kita dapat lihat pertambahan blogger baru dari berbagai peringkat usia samada yang masih bersekolah hingga ke peringkat yang lebih dewasa.Masing-masing menampilkan berbagai tema atau genre mengikut citarasa yang masing-masing suka.Kata mudah blog aku, aku punya suka lah nak tulis apa pun.Ada yang menulis tentang diri sendiri, politik,agama,resepi dan sebagainya...lebih kurang Astro macam-macam ada.

Bagi blogger lama yang mungkin antaranya telah bertapak kukuh dalam dunia blog mungkin telah banyak panduan atau pengalaman mengenai selok belok tentang blog.Bagaimana cara-cara untuk meningkatkan traffic, cara-cara untuk menarik pengunjung dan sebagainya yang bertujuan agar blog dikunjungi.Tak kurang juga yang mencipta helah semata-mata untuk meningkatkan traffic.

Mungkin ramai juga yang pernah mengalami pahit manis dalam dunia seperti sakit hati, kecewa , sedih , gembira dan sebagainya kerana di dalam blog kita hanya menulis berbeza dengan dunia sebenar kita bercakap sambil memandang wajah seseorang atau sekurang-kurangnya mendengar suara tapi di dalam blog tulisan sebagai pengganti suara atau diri.

Kata orang jika untung sabut timbul , jika batu tenggelam.Begitulah juga dalam blog, ada yang dengan mudah menjadi popular dengan cepat dan ada juga yang melakukan berbagai usaha tapi masih belum jadi popular.Meskipun belum popular, blog masih lagi menjadi penawar sekiranya kewujudan blog bersandarkan pada minat dan sekiranya menjadi popular ia merupakan satu bonus.Dengan itu pasti tidak timbul rasa iri hati atau dengki apabila melihat orang lain popular... bersainglah dengan cara sihat.Ibarat kita pergi memancing meskipun menggunakan umpan yang sama dan memancing di tempat yang sama belum tentu ikan yang akan kita dapat sama banyak seperti apa yang orang lain dapat..berapa banyak yang kita dapat bersyukurlah kerana kita masih diberikan rezeki daripada pulang dengan kecewa.Bukan semua kejayaan boleh dicapai dengan mudah.

Semangat makin membara apatah lagi melihat ada yang memperolehi pendapatan beribu-ribu sebulan hasil dari blog.Walauapapun tujuan dan niat untuk blog terutamanya kepada blogger yang baru memulakan langkah untuk menceburkan diri dalam blog dan bertujuan untuk menambahkan pendapatan atau ingin menjadi popular ingatlah kepada 5 perkara.

1 - Blogwalking selagi sihat & larat sebelum kita sakit..kalau sakit sikit masih boleh update blog cuma tak berapa larat nak blogwalking.
- Berpada-padalah jangan sampai tugas dan kewajipan lain yang lebih utama tercicir.

2 - Masa muda tengah banyak idea sebelum tiba masa tua nanti idea dah kurang.
- Masa muda tenaga masih kuat dan idea pun banyak nak terbit sampai 5-6 entry sehari pun boleh.

3-  Masa kaya untuk beli atau upgrade laptop/computer dan bayar line internet sebelum masa miskin nak beli gula-gula pun tak ada duit.

4 - Masa lapang untuk update blog sebelum masa sempit..nak buka blog pun tak sempat.

5 - Masa hidup untuk menghadap computer..blog , facebook , youtube dsb...sebelum datangnya masa mati untuk menghadap Ilahi.
- Jangan terlalu leka....


* Masa yang ada perlu juga diisi dengan perkara lain yang turut memberi manfaat sebelum datangnya 5 perkara.

ozzy - ingatkan juga pada diri sendiri dan rakan-rakan blogger yang lain...


11 ulasan:

  1. insyaallah ozzy.. akan ingat pesanan kamo nie.. nice entry en ozzy....

    BalasPadam
  2. Salam...

    Blog x popular pun xpe..
    Janji dpt berkongsi rasa dgn kwn2..
    Nak marah org xleh,boleh luahkan dlm blog..miahahaha..
    Kalau berblogging fulltime harus gak kena bersungguh2..Biar smpai dpt riban2..Kalau takat hobi sampingan,elok dahulukan hal yg lbh penting..(Koi anggap blog koi tu mcm pet tau,boleh mghiburkan hati,kena jenguk selalu..:D)

    BalasPadam
  3. Salam Pozi satu saranan yang tepat, agar menjadi panduan yang berguna bagi kawan sendiri terima kasih byk2 diatas ingatan dan panduan.

    * Realitinya berblog juga amat bergantung pada untung nasib dan bintang seseorang itu, kadang2 entri tak hebat mana tapi blog tetap menjadi pujaan.

    Selamat berblog "Saya menulis sekadar suka-suka aje" :)

    BalasPadam
  4. salam..
    bnayak dah antara 5 tu
    yang koi hadapi..insaf ler nih..

    BalasPadam
  5. xoxo - sama-sama mengingati

    Yun - w'salam ...Walau dapat beribu2 pun kena beringat juga.

    Yassin - w'salam bang...sama2 kita mengingati
    * itulah dikatakan rezeki masing2..untung nasib.

    Zul - w'salam Zul.. Kita jadikan pengalaman dan segalanya sebagai pengajaran & pedoman...yang baik kita ikut..yg buruk kita tinggalkan.

    BalasPadam
  6. assalamulaikum ozzy...

    setuju bangat dgn 5 perkara sebelum 5 perkara sebelum ni ina ada buat n3 mengenai tajuk yg sama tetapi kupasan yg berbeza...kupasan ni mmg sesuai di ingatkan selalu...ada yg kena batang hidung sendiri ....
    trm ksh kerana sdi saling igat mnegigati...

    BalasPadam
  7. ingatan untuk mak gak nih..thanks ye

    BalasPadam
  8. w'salam Azlina / lagenda - sama-samalah kita mengingati

    BalasPadam
  9. SALAM,
    TAK KIRA APA JENIS BLOG DAN TUJUANNYA, YANG PENTINGNYA KANDUNGAN BLOG BERPAKSIKAN KEBENARAN.

    BalasPadam
  10. nice entry en. ozzy..mengingatkn kita yang sentiasa lupa

    BalasPadam
  11. ozzy,
    umm bagi hany susah nak jadi otai blogger nih.heheh mungkin la bg hany susah kot, bg org lain senang. tapi betol, time hany ada ms mmg akan BW ke blog2 yang sempat..sbb ada masa memang langsung tak sempat nak BW. entri pun yang autopublish jer...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...