14 Januari 2011

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Kata pepatah yang sering disebut apabila kita memandang penderitaan seseorang yang menanggung beban samada dalam kehidupan seharian mahupun kesakitan yang dialami.Pepatah ini juga turut dikaitkan dengan nasib malang yang menimpa diri seseorang.

Pada yang memandang mereka hanya dapat membayangkan penderitaan individu tersebut tetapi bagi yang mengalaminya pasti lebih merasai penderitaan dan kesakitan yang sebenar.Untuk melihat pepatah ini tidak perlu pergi jauh kerana ia terpampang di depan mata.

Berat mata mak ayah memandang anaknya memikul beg sekolah berat lagi bahu anaknya memikul beg tersebut.Inilah gambaran jelas yang dapat kita perhatikan hari ini.Apabila aku sendiri melihat anak aku yang bertubuh kecil menggalas beg yang sarat dengan buku aku terasa seolah-olah beban tersebut belum layak untuk dipikul oleh seorang budak seperti itu apatah lagi dia seorang perempuan.Namun apakan daya demi tuntutan pihak sekolah dan demi masa depannya maka terpaksalah aku atau anda semua sebagai bapa atau ibu hanya mampu melihat anak-anak memikul beban tersebut.

Alternatif bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memperkenalkan beg sekolah yang beroda. Persoalannya apakah dengan langkah yang diperkenalkan ini mampu mengatasi masalah tersebut. Demi meringankan beban anak-anak ramai ibubapa membelikan beg beroda ini bagi menggantikan beg yang digalas.Aku turut menyahut seruan tersebut dengan membelikan beg beroda ini.Malangnya hanya beberapa hari saja anak aku guna selepas itu dia kembali semula menggalas beg.Bukan hanya aku malah ibubapa yang lain turut merungut apabila anak mereka juga enggan menggunakan beg beroda ini.Alasannya beg beroda ini lebih menyiksakan..tapi kenapa?

Ini adalah kerana sekolahnya tidak sama rata keseluruhannya.Memasuki pintu pagar sekolah memang selesa untuk menyeret beg tersebut.Selepas beberapa langkah dia terpaksa mengangkat beg tersebut untuk menuruni tangga.Dia kembali menyeretkan begnya apabila melalui kaki lima dan sekali lagi beg tersebut di angkat untuk menaiki tangga menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 3.Jika orang dewasa pun termengah-mengah menjinjing beg tersebut sebelum tiba ke tingkat 3 inikan pula budak-budak.

Ternyata langkah memperkenalkan beg beroda belum berjaya mengatasi sepenuhnya masalah ini. Untuk sekolah yang dibina sama rata atau tidak bertingkat mungkin ini adalah pilihan yang terbaik tetapi bagi yang sekolahnya banyak tangga pastinya mereka menolak untuk menggunakan beg beroda ini kerana ia lebih menyusahkan pada mereka.

Antara langkah yang boleh diperkenalkan aku mencadangkan penggunaan komputer/laptop bagi menggantikan buku latihan atau buku teks.Memandangkan sekarang ini harga komputer/laptop semakin menurun dan beratnya semakin ringan serta saiznya yang semakin kecil aku rasakan kaedah ini mungkin lebih sesuai di mana murid-murid tidak lagi perlu membawa buku yang banyak untuk ke sekolah.Apabila komputer/laptop diperkenalkan maka penggunaan buku teks boleh dimansuhkan dan subsidi bagi buku teks boleh digunakan untuk membeli laptop.

Komputer/laptop ini juga boleh digunakan sehingga murid tersebut tamat sekolah untuk sekurang-kurangnya sehingga darjah 6 sebelum digantikan dengan komputer baru apabila mereka memasuki sekolah menengah. Walauapapun ini hanyalah cadangan aku dan pastinya kajian secara terperinci perlu dibuat sebelum kaedah ini diperkenalkan pada semua sekolah.

ozzy - mungkin juga buat masa ini murid sekolah perlu diberi subsidi susu anlene untuk kuatkan tulang... 

15 ulasan:

  1. setuju! buku teks hanya sebagai rujukan dan sekiranya diperkenalkan penggunaan 'laptop' yang hanya mempunyai aplikasi2 tertentu, ini lebih memudahkan.

    BalasPadam
  2. salam..
    menuntut ilmu perlukan
    pengorbanan..tak terbayang
    mak ayah kita dulu berjalan
    kaki berbatu semata nak menuntut
    ilmu...

    BalasPadam
  3. Terenggani pelopor penggunaan laptop di
    sekolah rendah..sbb tu tiapkali UPSR negeri tu paling cemerlang..Tapi bak kata dek Abg Zul..
    org zaman dulu lg susah..p skolah pun jalan kaki..
    Bdk2 skang kat skolah jer nak kena jinjing beg pun..dr umah naik keta..

    Mgkin penggunaan lokar mcm kat obersi tu boleh dipertimbangkan kat negara kita ni..x payah bwk buku byk2 dah..simpan dlm lokar kat skolah jek..

    BalasPadam
  4. Zul & Cik Shinju..

    w'salam Zul..Jika untuk dibuat perbandingan dgn zaman dulu bermakna kita terima saja apa jua keadaan pada hari ini & tak siapa nafikan zaman dulu lebih susah.sejujurnya sampai ke hati korang melihat anak2 berpanas/hujan berjalan2 berbatu2 pergi ke sekolah dgn beg yg berat sedangkan anak org lain naik bas atau dihantar oleh ibu bapanya?.Topik/cadangan ini berkenaan beg sekolah yg lebih berat berbanding dulu.

    BalasPadam
  5. Cik Shinju ... Penggunaan loker juga antara salah satu alternatif yg boleh dicuba...cuma ia mungkin akan ada sedikit masalah sekiranya pelajar ingin buat ulangkaji atau kerja rumah

    BalasPadam
  6. salam bro...

    uitt angah pun tak sanggup nak tengok budak2 gendung beg berat macam batu..eh gendung ke ancang ye?? apa2 la yee hehehee

    BalasPadam
  7. isu beg berat yang terpaksa digalas budak2 t merupakan isu lapuk yg tak da jalan penyelesaiannya..kesian budak jd mangsa..perancangan lain boleh buat tapi nak atasi beg berat bertahun2 tak selesai

    BalasPadam
  8. 4km pernah jalan ke sekolah beg ringan je time tu..dulu dulu..

    BalasPadam
  9. setuju penggunaan locker, macam sekolah di luar negara n beberapa sekolah antarabangsa di malaysia..lebih efektif saya rasa

    BalasPadam
  10. setuju guna locker yg berkunci, mcm sklh kt oversea tu. kesian tgk anak-anak pikul beg berat.

    BalasPadam
  11. Masalah besar kadang cikgunya juga haram dok nengok buku tu sesekali aje nyruh budak buka buku teks tu :)

    BalasPadam
  12. locker memang penyelesaian tetapi realiti sekolah, ialah dari segi kewangan dan maintenance, kerana rata2 sekolah awam kerajaan punya masalah kewangan dalam penyelenggaraan bangunan, perabot dsb.

    BalasPadam
  13. kita yang menengok ni puh dah teras beratnya ini kan pula budak2 yg bawa... betul ni klu buat locker nanti ada pulak caj tambahan kena bayar... mak bapak lagi pula yg susah

    BalasPadam
  14. Idea lain, sediakan locker kat sekolah...jadi buku2 semua disimpan di sekolah.

    BalasPadam
  15. Beg beroda memang menyeksakan pelajar... saya x pernah beli beg beroda utk anak2 semasa mrk bersekolah dulu... sebagai guru, dulu semasa saya mengajar di sek. rendah, saya menyimpan semua buku teks,buku latihan dan buku kerja pelajar dalam almari di dalam kelas... pelajar hanya bawa balik buku yg ada kerja sekolah sahaja. X dak complain dr ibubapa.. semuanya beres x membebankan pelajar... tapi sekarang saya mengajar kat sek. men. dah jadi terbalik pulak... beg pelajar lebih kecil drp beg cikgu....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...