28 Januari 2011

BANTUAN UNTUK ADIK MUHAMAD HAIRUMAN

Melihat penderitaan adik Muhamad Hairuman yang  melecur akibat terkena renjatan kabel elektrik aku teringat peristiwa sewaktu aku tinggal di hospital beberapa tahun dulu.
Pesakit yang ditempatkan dibelakang katilku turut mengalami nasib sama cuma bezanya ia tidak seteruk apa yang dialami oleh adik Muhamad ini di mana hanya kakinya saja yang disambar api dan melecur teruk dan usianya aku anggarkan 24 tahun ketika itu.

Sewaktu nurse cuba membersihkan kakinya dia terjerit-jerit menahan sakit hinggakan nurse tersebut pun dia mahu terajang.Apabila emaknya tiba untuk memujuk dan menjaga dia, dia masih lagi marahkan emaknya.Aku mendengar dia berkata "mak datang sini buat apa..kalau nak tambahkan lagi sakit baik tak payah datang".

Namun kasih sayang seorang ibu tiada bandingnya apabila aku melihat emaknya tetap sabar dan hanya mendiamkan diri meskipun dimarahi oleh anaknya.Pagi-pagi aku lihat emaknya mengelap badan anaknya dengan kain basah untuk menyegarkan tubuhnya dan malamnya emaknya hanya tidur di atas kerusi sambil kepalanya beralaskan tilam anaknya berbaring.Dari apa yang diceritakan oleh ibunya pada isteriku yang pada waktu itu turut menjaga aku anaknya itu sering menendang atau menyepak ibunya dan mungkin ini balasan dari perbuatannya bisik hatiku...wallahualam.

Berbalik pada kisah adik Muhamad tolong jangan samakan dengan apa yang aku ceritakan berkenaan pemuda tadi.Mungkin ini dugaan Allah padanya dan tidak semestinya ia sebagai balasan atas apa yang telah dilakukan di dunia ini kerana segalanya hanya dia dan Allah sahaja yang maha mengetahui namun pada aku dugaan ini amat besar bukan hanya padanya malah pada ahli keluarganya yang lain.Kita semua difahamkan dia dan adik beradiknya yang lain adalah anak yatim piatu.

Tidak cukup dengan derita menahan sakit ( kawasan yang melecur perlu dicuci dan dibersihkan setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman ) kedua-dua pergelangan tangannya pula terpaksa dipotong kerana saraf pada anggota tersebut tidak lagi berfungsi dan boleh memudaratkan anggota badan yang lain.Baru seminggu dia kehilangan tangannya doktor memaklumkan pula sebelah kakinya juga akan dipotong atas alasan yang sama.Saat ini pada siapa untuk dia mengadu selain dari kakaknya Maryuni Miskon.Pastinya layanan seorang kakak dengan seorang ibu adalah berbeza.


Melalui akaun Maybank yang diberikan oleh kakaknya dan disiarkan samada melalui media cetak atau tercatat dalam blog rakan lain aku cuba menghulurkan sedikit sumbangan tetapi malangnya hingga ke hari ini transacsion tersebut masih gagal.Aku menyeru juga agar rakan-rakan lain turut sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung untuk rawatannya meskipun hanya dengan nilai satu ringgit jika dikumpulkan oleh keseluruhan blogger yang dianggarkan telah lebih satu juta orang bermakna akan ada satu juta ringgit di dalam akaunnya.Jika nak hulurkan lebih tidak kira berapapun jumlahnya tak perlulah dicanang satu dunia kerana yang penting adalah keikhlasan kita.Mungkin satu hari nanti orang lain pula turut membantu kita apabila saat itu kita juga amat memerlukan bantuan sepertinya.

Ini adalah nombor akaun yang diberikan - 1620 3063 2448 atas nama kakaknya Maryuni Bt Miskon.Jika sesiapa tahu nombor yang sebenarnya harap dapat beritahu dan sebarkan atau jika nombor akaun tersebut salah harap dapat dibetulkan.

ozzy - yang penting kita ikhlas untuk membantu meskipun jumlahnya kecil...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...