7 Januari 2011

ANUGERAH SKRIN - POTONG DAN SAMBUNG

Melihatkan gaya artis atau selebriti perempuan hari ini masing-masing bagaikan berlumba-lumba untuk berkemban dan mempertontonkan segala apa yang ada.Bukan hanya kehidupan peribadi mereka didedahkan malah peribadi mereka sendiri turut mahu didedahkan.

Anugerah skrin 2010 baru-baru ini secara terang-terangan mempamerkan dan memperagakan aksi mereka.Inilah anugerah yang untuk skrin kita..maka tepatlah siaran tersebut di namakan Anugerah Skrin.

Tidak perlu dikupas lagi dengan panjang lebar sebab apa dan kenapa mereka berpakaian seperti itu kerana aku pasti dah berbuih mulut orang ramai memperkatakan perkara yang sama.Bila dah berkali-kali diingatkan maka ayat mudah "kubur lain-lain...dosa tanggung sendiri".Semakin ramai yang perkatakan, semakin tinggi kain diselak... semakin kurang kain yang disarung ...semakin jarang kain yang dialas dan semakin ketat kain yang dipakai.Apabila Anugerah ini terpampang di skrin mungkin baru kali ini 'anugerah' ini sampai ke skrin pak Pak Menteri lalu memaksa Pak Menteri menegur fesyen artis kita..siapa artis kita tu?..sama agama dengan Pak menteri kita...

Teringat aku ketika zaman rock dahulu.Isu berkenaan artis rock berambut panjang menjadi topik hangat ketika itu.Isu ini melibatkan artis rock lelaki yang dikaitkan dengan gejala soial dan keruntuhan akhlak remaja kita di zaman itu yang meniru fesyen serta gaya mereka yang berambut panjang.

Akibatnya pak menteri ketika itu iaitu Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat atau Pak Mat mengambil tindakan tegas melarang mereka membuat persembahan atau lagu mereka di gam sekiranya enggan memotong rambut.Dua penyanyi utama yang merupakan ikon rockers ketika itu iaitu Awie Wings dan Amy Search bersedia mengorbankan rambut mereka demi menjaga periuk nasi dan meneruskan minat mereka dalam bidang muzik.Mereka yakin meskipun rambut mereka dipotong itu hanyalah sekadar imej tetapi yang penting bakat dan lagu mereka masih tetap terus diminati.Upacara memotong rambut ini disiarkan secara live dalam segmen Selamat Pagi Malaysia di ' skrin tv '..Ini pun boleh disebut ' Anugerah Skrin '.

Jika upacara potong rambut ini di siarkan secara live dan tujuannya pasti demi kebaikan pada semua pihak kenapa tidak kita siarkan pula upacara sambung kain dan siarkan secara live.Ini juga demi kebaikan semua pihak khususnya golongan remaja wanita.Kalau menteri kebudayaan seorang lelaki apa salahnya wakilkan pada menteri wanita tetapi pastikan juga menteri tersebut memakai kain yang mencukupi.

Sekiranya cadangan aku ini diterima aku rasa pasti ramai yang ternanti-nanti upacara sambung kain ini disiarkan secara live sebagaimana upacara potong rambut dulu yang juga disiarkan secara live. Apatah lagi jika upacara ini melibatkan artis popular.Amacam??..berapa ramai yang setuju untuk menonton Anugerah Skrin ini....

ozzy - pak oh pak .. ada berani ?  

10 ulasan:

  1. Pertama dapat tiket utk saya satu :) nak nengok show tu hehehe.. apapun peradaban perempuan melayu islam hari ini sudah lebur sebab mungkin juga perlajaran TATARAKYAT @ perlajaran SIVIK sudah tidak di ajarlah utk jenerasi muda hari ini. Tawarikh pun dah tak tau @ sejarah org hari ini sebut huhuhu...

    BalasPadam
  2. Salam...

    Sape artis yg dlm gambor ter?
    X pasan la,nmpk jalur montot jek..huhuh
    Semoga mereka semua diberi hidayah olehNYA...
    Upacara sambung kain mgkin leceh sket,
    goner nak nyambungnye..Mgkin boleh diganti dgn upacara membungkus artis tersebut dgn kain..miahahaah...kijam!

    BalasPadam
  3. memang mudah bila sebut 'kubur masing-masing....tak perlu amik tahu pasal orang lain'

    tak ke mereka sedar bila mati nanti...xkn merangkak ke kubur dengan sendiri kn.....

    biasa artis yg cakap mcm tue artis yg tak berpelajaran...dan kalau ada org biasa yg cakap mcm tue pun kita boleh agk orang mcm tue jenis apa kn...

    BalasPadam
  4. artis sekarang,,,kalau tgk lama2,,fuuhh kacau2...berpeluh,,,hahaha

    BalasPadam
  5. tak tau la nk cakap camna dgn artis sekarang en. ozzy. takda rasa segan silu lansung mereka ni. mak ayah dah takda ke? anak-anak? maruah mereka kita nak kena jaga jugak, kan.

    BalasPadam
  6. salam..
    ermmm...sapa punya kerja ye dulu?
    arwah dah orang tua tu..lagi pun
    zaman kita,sekolah pun kena potong
    rambut..bengang je aku ngan mawie..
    siap protest terus botakkan kepala..

    BalasPadam
  7. ozzy: kedai2 kain mesti laku giler klu idea awak tu betul2 dibuat...ha3....

    BalasPadam
  8. KALAU X PAKAI BAJU LAGI SUSAH KOT ..DAH TU JE KAIN YG ADA ...YG LAIN MAK YE PAKAI TUK TUDUNG RAMBUT ..HEHEHE

    BalasPadam
  9. Salam Ozzy,
    Perkara ini bukan perkara baru.. namun dipandang remah. Yang tak tahan menengonya orang yang kisah denga perkara ini. Bagi yang tidak kisah... tiada apa-apa kesan ke atas mereka. Semoga mereka kembali kepangkal jalan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...