Siput sedut merupakan sejenis haiwan yang hidup di dalam sungai serta lumpur.Jika di kampung siput sedut ini mudah diperolehi tetapi semenjak ia diketahui sebagai makanan yang semakin digemari, siput sedut ini kemudiannya dikomersialkan sebagai antara hidangan yang popular terutama ketika di bulan puasa.Kerana itu apabila tibanya bulan puasa harga siput sedut ini akan melonjak sehingga rm7 atau rm8 sekilo.Sudahlah harganya mahal siput pulak kecik-kecik nak sedut pun susah..silap sedut terus tertelan dengan kerangnya sekali.Jika hari biasa harga siput sedut ini antara rm4 hingga rm6 sekilo.
Siput sedut ini dikatakan bagus untuk sistem pernafasan kita kerana ketika kita menyedut sistem pernafasan secara automatik akan bergerak pantas dengan kelajuan purata 120 km/hour untuk setiap sedutan.Kadar ini dikatakan menyamai seperti kita melakukan latihan senaman berjalan kaki sejauh 2 kilometer.Kelajuan sedutan ini juga amat baik untuk jantung serta metabolisme badan khususnya di bahagian jantung.Ia juga bagus sebagai latihan untuk menguatkan mental dan fizikal.Ini kerana ketika kita menyedut minda kita akan tertumpu pada apa yang kita sedut sekaligus mempertajamkan tumpuan atau fokus kita.Proses ini juga melatih individu tersebut supaya bersikap sabar terutamanya jika siput tersebut tidak berjaya di sedut.
* harap jangan percaya dengan fakta mengarut ini..sebarang risiko semasa menyedut adalah tanggungjawab anda sendiri..hehe
Teringat masa aku kecik-kecik dulu ketika mula-mula belajar menyedut siput sedut ini.Oleh kerana teknik menyedut tiada latihan di sediakan maka aku pun ikut sedut bila melihat orang lain menyedut. Aku merasa pelik bila melihat orang lain dah berjaya sedut hingga setengah pinggan sedangkan aku baru berjaya sedut 3 ekor ekor sahaja.Akibat terlalu leka menyedut tumpuan aku pada nasi turut terjejas.Tangan aku dah mula kering akibat tidak menjamah hidangan.Ini adalah kerana aku geram sebab siput yang aku sedut masih tak berjaya hinggakan terasa urat tekakku dah tegang.
Aku dah mula 'fadeup' nak makan siput sedut lagi selepas itu.Akhirnya barulah aku tahu bahawa selama ini aku menggunakan teknik yang salah.Itupun sebab emak aku yang perasan dan barulah dia tegur.Sepatutnya siput sedut di sedut dari bahagian atas atau muncungnya tapi aku sedut dari bahagian bawah iaitu bahagian yang dipotong...
Selepas aku dah tahu tekniknya barulah aku menjadi penggemar siput sedut ni.Cuma kalau di KL ni agak geli juga sebenarnya kerana siput banyak diambil dari Sepang yang dikatakan tercemar dengan sisa-sisa kumbahan najis babi.Sebab itu jika ditanya pada penjual siput di pasar mereka tidak akan beritahu dari mana siput itu dibekalkan kerana jika disebut dari Sepang pembeli khususnya orang Melayu tidak akan beli.Biasanya mereka akan sebut ia dibekalkan dari Klang walaupun sebenarnya ia dibekalkan dari Sepang.
Walauapapun cuma satu saja pantang siput sedut ni.Dia hanya membenarkan anda menyedutnya tapi dia melarang keras anda melihat apa yang anda telah sedut darinya.Sekiranya pantang larang ini dilanggar kemungkinan apa yang anda sedut bakal 'disedut' semula keluar dari mulut anda.
ozzy - suka sedut sambil pejam mata..
bhgn muncung yg mana satu?
BalasPadamyg besar atau yg kecik tu?
Hamba Allah..
BalasPadamBahagian atas yang besar tu atau kepalanya.Yang kecik tu adalah bahagian yg dipotong
Mmg best siput sedut nie yang laut kurang sikit kalau sungai punya lagi best :)
BalasPadamSalam...
BalasPadamKoi x penoh makan..huhuh..
Ketnyer anok buah koi si Arisya tu gemor sangat makan siput sedut..Masalahnye dia suh orang tlg sedutkan..eee...koi mmg x tolong la..Maksu dia yg rajin melayan..
saya pun suka siput sedut, tapi kat umah sendiri je makan, kalo kat umah org or kedai makan macam segan sket..hehehe
BalasPadamlynn suka betul makan siput sedut nie...masak lemak cili api memang best arr...
BalasPadamsalam..
BalasPadamgitu ke pantang larangnya...
aku sedut je..habis seperiuk
aku sorang je selalu..semua
kat rumah tak berapa suka
Tolong sedut pastu trmasuk dalam mulut pastu luah balik bg ank buah makan..haha
Padamhahaha peringatan terakhir tu plg best. dulu tak tau termkn dengan benda yg bulat mcm plastik tu skali.huhhuu
BalasPadamSALAM,
BalasPadamMEMANG ADA PANTANGNYA. PANTANG JUMPA ! TAPI KADANG2 SEDUT KOSONG, TAK ADA APA2.
sodap....
BalasPadamsrott srott.. sedap apa siput sedut masak lemak hehe.. dah sedut terus telan, jgn nak tgk2 apa yg disedut tu haha
BalasPadamSaya ni pencari siput sedut tegar di daerah klang..
BalasPadamSiput sedut Yang blm masak klu simpan dlm peti ais bole mkn lagi ke
BalasPadamSiput sedut kalau masuk dlm peti ais ia akan mati..so akan busuk x boleh dimakan..lebih baik rendam dulu klu nak masak esoknya..
PadamOk dah faham yang last tu, sebab segelintir org akan geli bila tgk isi dia tu terus potong selera ahahaha
BalasPadam