3 Januari 2011

HARI JADI AKU DAN HARI PEMERGIANMU

                              
" Abah..ku doakan semoga rohmu di cucuri rahmat ilahi "
< -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- >


Hari ini merupakan hari yang bermakna buat aku kerana pada tarikh ini tercatat hari aku dilahirkan untuk melihat dunia.Pada tarikh ini juga adalah detik Ayahku meninggal dunia dua tahun lalu.Tarikh ini Abah menyambut aku ke dunia dan tarikh ini juga Abah meninggalkan aku untuk selamanya.

Aku tidak memerlukan atau mengharapkan apa-apa hadiah kerana hadiah untuk arwah lebih bermakna buatnya di sana...Al-fatihah buatmu Abah semoga Abah tenang di sana dan semoga rohmu di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Ampunilah segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan sejak aku dilahirkan.

Terima kasih Abah atas segala pengorbananmu demi membesarkan aku dan adik beradik yang lain.Meskipun dalam serba kesukaran dan kepayahan meredah ladang dan belukar...tersusuk duri menggalas beban ..menahan luka di sana sini namun abah berjaya menunaikan tanggungjawabnya membesarkan kami.Segala kenangan terpahat di hati dan jasamu tetap ku kenang dan ku sanjung tinggi...hari ini aku amat merinduimu abah..kesayuan dan kerinduan tidak dapat ku tahan lagi di saat lagu ini berkumandang.

Meskipun waktu itu abah tidak mampu menyediakan dan menghidangkan segala kemewahan namun kami semua memahami kesukaran dan keperitan abah demi membesarkan kami.Biarpun hanya sepasang selipar baru itu sudah cukup mengembirakan kami.Nasi berlaukkan telur goreng itu sudah cukup mengenyangkan kami. Betapa kepayahan itu juga mengajar kami agar kenal erti syukur dan tabah meskipun tidak setanding abah.

Tahun lepas pada tarikh ini aku mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah.Doa untuk aku dan doa untuk arwah abah.Tahun ini mungkin akan dibuat beberapa hari lagi memandangkan ramai yang sibuk untuk menguruskan persekolahan anak-anak termasuk aku sendiri perlu menguruskan anak bongsu memasuki darjah satu.Hari ini aku sekadar membacakan surah yassin untuk ku hadiahkan Abah.

Setiap kali tahun berganti bermakna semakin meningkat usia ini.Semoga hari-hari yang bakal ditempuhi menjadikan aku dan rakan-rakan semua lebih baik dari sebelumnya.Diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan,dikurniakan rezeki yang halal serta diberkati dan semoga dipermudahkan segala urusan ...amin.


ozzy - sedih bila dengar lagu mawi....

22 ulasan:

  1. doa anak2 yang soleh itu lah jua yang sentiasa berpanjangan memberikan limpah rahmat Allah kepada arwah.

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir untuk rodong dan Al Fatihah untuk arwah ayahnda...

    BalasPadam
  3. Salam pozi, selamat hari lahir semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki serta alfatihah juga buat ayahanda kita semua yang telak kembali ke rahmahtullah.

    BalasPadam
  4. Hisyam .. Terima kasih semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

    Relevan .. terima kasih

    Yassin ..Terima kasih..sama2 kita berdoa buat ayahanda yang telah kembali ke rahmatullah.

    BalasPadam
  5. salam..
    selamat hari lahir bro..
    Al-Fatihah buat arwah ayah..
    semoga di cucuri rahmat Allah

    BalasPadam
  6. Selamat hari lahir.. Al-Fatihah buat arwah

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir bro, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .... Al-Fatihah buat arwah ayah...

    BalasPadam
  8. Salam...

    Selamat Hari Lahir bro!
    Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda..
    Sayu koi baca n3 nih..

    BalasPadam
  9. Salam...
    Selamat Hari Lahir, moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...
    Al-Fatihah untuk ayah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...
    Selamat Tahun baru..

    BalasPadam
  10. Salam,
    saya doakan selamat untuk semua perkara yang bakal kita lalui dan Al-Fatihah untuk yang telah pergi...

    BalasPadam
  11. En. Ozzy, selamat ulangtahun kelahiran. AlFatihah buat arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

    BalasPadam
  12. Selamat Hari lahuir utk en OZ dan Al fatihah untuk arwah ayah. Moga dia ditempatkan dikalangan insan2 yang terpilih

    BalasPadam
  13. alhamdulillah kita dilahirkan oleh benih ayah dan ibu kita, Mak UDa pun dah tak ada emak dan abah tetapi sentiasa terkenangkannya...pastinya perasaan kita menulis entry ini adalah sama...Happy birthday lah jugak, pasti ada sebab Allah bg tarikh tu sama, semoga kita terkenangkannya selalu...

    BalasPadam
  14. selamat hari lahir walupun angah lewat wish kat bro ozzy apa pun semoga berbahagia & di murahkan rezekiii

    BalasPadam
  15. terima kasih pada semua yang memberikan ucapan dan setinggi terima kasih juga pada yang menghadiahkan al-fatihah pada arwah...

    BalasPadam
  16. slmt hari jadi buat ozzy, smoga sukses selalu, dan murah rezeki :)

    BalasPadam
  17. salam..

    selamat hari lahir en.ozzy.
    Al-Fatihah buat arwah ayah..
    semoga di cucuri rahmat Allah

    BalasPadam
  18. Nuriz - terima kasih

    Amy - w'salam..terima kasih dengan ucapan

    BalasPadam
  19. Ozzy: Slmt hari jadi utk awak. semoga dipanjangkan usia, dilimpahkan kesihatan yg baik & berterusan dan dimurahkan rezeki. AL -FATIHAH utk aruah ayah awak. Semoga aruah ditempatkan di kalangan roh org2 yg beriman...amin

    BalasPadam
  20. slmat ari lahir buat awk & AL FATIHAH utk arwah abah awk..

    BalasPadam
  21. selamat ulang tahun
    semoga dikurniakan kesihatan yg baik


    Al-Fatihah utk arwah abah

    BalasPadam
  22. semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA. insyaALLAH :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...