16 April 2013

TAK SAYANG KE DENGAN AMALAN KITA?

Sebagai umat Islam kita semua tahu bahawa antara perkara yang akan dihitung di akhirat nanti adalah amalan kita semasa kita hidup di dunia ini.Kalau baik amalannya maka baiklah ganjaran yang akan kita terima dan begitulah sebaliknya jika banyak amalan buruk atau jahat maka bersedialah kita untuk terima hukuman dan balasannya.

Setiap dari kita mengimpikan ganjaran yang baik buat kita kerana itu kita cuba perbanyakkan amalan kita dan berusaha untuk menutup ruang atau sekurang-kurangnya mengecilkan ruang dari membuat dosa. Dalam ertikata lain kita maximumkan amalan baik dan minimumkan amalan yang tidak baik.

Dalam setiap tindakan kita mungkin kita dah merasakan apa yang kita lakukan itu bukanlah satu dosa lantaran kita beranggapan bahawa kita berada di pihak yang benar tetapi kita lupa bahawa yang menentukan dosa dan pahala itu adalah Allah yang maha esa.Kita juga sering terlupa bahawa kita mampu menipu dan mengaburi mata orang lain tetapi kita tidak akan sesekali berjaya menipu Allah yang maha kuasa hatta hanya sekadar niat sekalipun.

Dalam keghairahan dan ketaksuban kita ketika berbicara tentang dunia politik tanpa kita sedar di sinilah kita menghimpun semula dosa yang cuba kita kambus.Sering aku perhatikan ramai diantara kita yang menghabiskan waktu di masjid atau di surau antara solat maghrib dan solat isya' dengan bersembang tentang politik.Topik yang dibualkan pastinya berkaitan isu semasa samada dipetik dari berita yang dibaca ataupun yang dibawa oleh orang lain.Sekiranya berita tersebut adalah berita yang tidak sahih atau berita palsu maka ianya boleh kita anggap sebagai fitnah.Apabila menjadi fitnah dan kita sebarkan lagi berita tersebut maka kita turut tergolong menjadi orang yang menyebar fitnah dan di sinilah dosa kita mula terhimpun tanpa kita sedari.

Dari segi zahirnya penampilan kita tiada cacat celanya dengan mencontohi dan mengikuti syariat dan panduan yang telah digariskan dalam Islam.Begitu juga dengan tingkahlaku dan amalan kita segalanya dijaga dan dilaksanakan sebaik mungkin.Sayangnya segalanya menjadi sia-sia kerana sikap maksum kita terhadap dunia politik yang seringkali menonjolkan banyak kepalsuan dan fitnah.Sesuatu yang perlu kita tanya pada diri kita sendiri adalah "wajarkah aku perkatakan tentang perkara ini sedangkan aku sendiri tidak pasti samada berita yang aku sampaikan ini benar atau tidak?"seterusnya kita bertanya lagi pada kita sendiri mahupun rakan yang lain "tak sayang ke dengan segala amalan kita selama ini?".
  
Ada dikalangan kita yang amalannya sedang-sedang saja dan jarang ke masjid tetapi terhindar dari perlakuan fitnah ini samada beliau tidak berminat untuk memperkatakan tentangnya ataupun sedar bahawa ianya boleh menambah dosa maka setelah dihitung dan ditimbang dosa pahalanya silap-silap dosa pahalanya sama berat dengan mereka yang sering ke masjid.Justeru itu wajarlah kita bertanya pada diri kita "tak sayangkah aku pada amalan aku selama ini?".Daripada menabur fitnah dan menjaja cerita atau berita palsu alangkah baiknya jika waktu antara solat maghrib dan solat isya' itu diisi dengan membaca Quran atau melakukan perkara lain yang lebih berfaedah.

Lebih malang lagi apabila berita fitnah ini dipanjangkan lagi ke kedai kopi setelah habisnya solat isya' dan ditambah lagi dengan adunan maki hamun serta cacian dan hinaan maka apa lagi yang tinggal pada kita ketika melangkah pulang ke rumah?.Jika pada awalnya sebelum maghrib sewaktu melangkah menuju ke masjid untuk solat berjemaah kita mengharapkan bekalan pahala berlipat kali ganda malangnya sewaktu pulang ke rumah yang banyak kita bawa hanyalah bebanan dosa.

Seharusnya kita perlu sedar bahawa mereka yang berada dalam dunia politik sememangnya dibayar gaji untuk berpolitik.Maka tidak hairanlah sekiranya mereka diserang atau menyerang seteru mereka dengan apa cara sekalipun kerana ada imbuhan buat mereka.Sedangkan kita, apakah imbuhan yang kita dapat?mungkin cuma dosa yang sia-sia...fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

ozzy - sampai masa pergi mengundi...

28 Mac 2013

SAWANG

Pernah dengar orang sebut sawang?.Pernah tengok macam mana rupa sawang?.Kalau tak pernah tengok haa.. tu lah dia rupa sawang.

Sawang yang berbentuk seperti jaring ini sebenarnya adalah perangkap yang dibuat oleh labah-labah untuk menjerat mangsanya.Ianya diperbuat daripada air liur labah-labah yang membuat bentuk seperti jaring kerana itu apabila ada serangga kecil yang terbang dan tersangkut pada perangkap ini, serangga tersebut akan melekat dan tidak akan jatuh ke bawah.Ketika itulah labah-labah ini akan terus menerkam dan menangkap mangsanya.

Biasanya sawang ini banyak terdapat di tempat yang tidak dimasuki angin atau terdedah pada angin yang kuat.Contohnya di dalam rumah yang ditinggalkan, di dalam gua serta di tempat lain yang tidak terdedah pada angin yang kuat serta hujan.

Sawang ini juga boleh hinggap pada BLOG yang telah lama ditinggalkan hehehehe..contohnya blog aku ni.Kerana itu hari ini aku singgah untuk mencuci semua sawang-sawang tersebut sebelum aku tinggalkannya semula hehe..

Jangan marah arrr...bersawang tak apa lagi jangan tuan punya blog kena sawan sudah hehehe..

ozzy - sibuk dan menyibuk...

16 Mac 2013

KENAPA NAK TIRU

Pernah meniru?..tentu pernah kan, kalau tak banyak sikit ye tak?..tiru atau meniru ni pun ada dua jenis tiru yang baik dan tiru yang buruk.Boleh juga kata yang elok dengan yang tak elok atau yang berfaedah dengan yang tak berfaedah atau yang seumpama dengannya lahh...

Tiru benda yang elok memanglah bagus dan amat digalakkan contohnya meniru perbuatan atau perangai yang baik dan apa sajalah yang baik-baik supaya kita pun ikut menjadi baik seperti kata pepatah "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan".

Itulah yang biasa kita dengarkan? tiru benda baik atau tiru benda buruk tetapi ada satu jenis lagi tiru yang tak ada motif.Maksudnya bila tengok orang lain buat dia pun ikut nak buat alasannya saja nak ikut trend semasa alasannya sebab ramai yang buat macam tu.Contohnya kalau yang ada kereta tu bila tengok orang lain buat lowered (rendahkan kereta) dia pun nak tiru, smart katanya.Kesannya? bila tempuh bonggol terpaksalah sengetkan kereta takut bawah kereta tersagat dek bonggol.Alasan lain sedap bila corner..macam lah start kereta terus corner je hehe..


Bila tengok kereta lain bertampal sticker kat bahagian bumper atas exzos kita pun ikut tiru tampal sticker kat situ tanpa bertanya atau selidik kenapa sticker tersebut ditampal di situ?.Bila ramai buat kita pun ikut tampal dengan alasan "nampak cantik ramai yang buat macam tu".Padahal sebab sebenar orang lain tampal adalah disebabkan exzos keretanya dah keluarkan asap hitam, jadi sebab nak lindung bumper keretanya dari kotor dengan asap maka sticker ditampal lah disitu.Yang kita ni enjin masih elok belum makan minyak hitam kata orang tu, ikut tampal sebab tengok ramai orang tampal..itu je sebabnya ..ini dinamakan ikut dan hehe..

Paling bahaya bab "ikut dan" adalah bila ada yang suka-suka alihkan kedudukan exzos mereka daripada kedudukan asal.Contohnya masa beli kereta exzosnya di kanan tapi kerana nakkan lain dari yang lain atau nak ikut macam kereta lain dia pun alihkan exzosnya ke arah berlawanan.Jika kita perhatikan spesifikasi setiap kereta kedudukan exzosnya adalah jauh daripada tangki minyak untuk mengelakkan risiko kebakaran samada dari haba panas exzos ataupun percikan api yang mungkin terbit dari exzos tersebut. Cuba perhatikan kenderaan anda mesti kedudukan exzos berlawanan dengan tangki minyak (kalau tangki minyak di kanan exzos akan dipasang di sebelah kiri dan begitulah jika sebaliknya).

Masih ingat lagi satu ketika dulu trend arial kereta dibengkokkan?.Ramai yang meniru gaya ini, tak pasal² arial yang tegak jadi bengkok hehe..Kisah asalnya kenapa arial tu bengkok adalah disebabkan tuan punya kereta tu tak dapat masukkan keretanya ke dalam garaj kerana arialnya tersangkut. Setiap kali nak masuk kereta tersangkut dengan arial, jadi terpaksalah dia masukkan arial tu ke dalam dan bila memandu terpaksalah dia tarik semula arial tersebut sebab siaran radio tak jelas.Akhirnya dia dapat satu idea iaitu dengan bengkokkan arial tersebut, tak payah lagi nak tarik keluar masuk arial tu.Bila orang lain tengok "cantik juga" maka dia pun buat.Akhirnya ramai yang ikut buat walaupun kereta terparking kat tengah padang.

Itulah antara contoh tiru meniru yang nak kata baik pun tak baik, nak kata buruk pun tak buruk cuma apa yang sering aku perhatikan 'budaya' tiru meniru ni memang biasanya orang kitalah.Mudah terikut dan meniru orang lain berbanding bangsa lain tetapi bangsa lain sangat berat nak tiru apa yang bangsa kita buat.Cuba tengok apa yang bangsa lain tiru atau ikut kita?jarang sangat kann...

ozzy - tiru idea..  

14 Mac 2013

KENAPA HANTARAN KAHWIN SEMAKIN TINGGI


Hantaran kahwin semakin tinggi sekarang ni, tak mampulah aku..itulah antara alasan dan sebab kenapa pemuda sekarang ni ramai yang belum kahwin lagi.

Itulah juga antara isu yang sering menjadi topik hangat pemuda sekarang ini yang teringin sangat nak kahwin, pilihan dah ada bercinta pun dah lama tapi masuk bab hantaran aduhh...terus geleng kepala.Kerjanya cuma sebagai kerani pejabat atau pembantu kedai bila hujung bulan congak gaji tolak duit sewa rumah, tolak bayar ansuran motor, tolak duit petrol, tolak hutang kawan, tolak duit untuk belanja makan, tolak itu sikit ini sikit balance gaji bersih tinggallah RM200..baru nak menyimpan motor pulak rosak, baju seluar pun dah lusuh lama tak berganti, awek ajak gi jalan²..adehh koyak lagi duit simpanan hehe..

Bila sembang dengan awek tersayang usha² agak² "berapa bapak you letak hantaran ekk?"..awek jawab "sekarang biasalah bang..paling kurang pun sepuluh ribu".."uishhh!!..ngapa mahal sangat? tak leh kurang ke" dan aweknya jawab lagi "sekarang harga barang semua dah mahal cik abang oiii!! dulu yelah..tanah sekangkang kera baru seratus dua je sekarang mana dapat dah..mau ribu² harganya "..."banyaklah kangkang keranya...kalau gitu gayanya entah bilalah kita ni..hmmm"..dan seterusnyalah perbualan mereka sampai dah masuk lima tahun bercinta masih belum ada tanda² bila nak jadi nikahnya..congak punya congak kalau simpan 100 sebulan nak cukupkan 10 ribu mau makan masa 8 tahun itupun kalau tak berusiklah....baru cerita bab hantaran belum masuk bab lain lagi..aduuiii!!

Apa pula pandangan aku yang dah kahwin ni? hehe...Aku bagi introlah sikit kisah zaman aku kahwin dulu hehe..memang berbeza dengan zaman sekarang ni.Masa zaman aku kahwin tu rata² rate hantaran adalah antara 3 ribu ke 5 ribu.Tiga ribu tu kira standard orang sengkek macam akulah, kalau 5 ribu tu kira high class la sikit ala-ala artis la gitu kononnya hehe...Campur tolak gedebuk gedebak dengan balanja lain termasuk kenduri kat rumah aku (belah lelaki) habislah dalam 5 ribu..dan Alhamdulillah sampai sekarang rumahtangga aku bahagia dan aman damai.

Walau apapun aku berpendapat ada banyak sebab kenapa hantaran kahwin sekarang ini semakin mahal antaranya memang benar barang keperluan sekarang ini semakin mahal dan sebab ke dua mungkin mengikut trend atau harga hantaran semasa, maksudnya orang lain letak 10 ribu kita pun ikut letak 10 ribu walaupun kalau ikut perkiraan kita boleh kurangkan harga tu tapi inipun bersebab juga.Antara sebabnya kalau letak harga rendah takut nanti orang mengata "eh!!..5 ribu je hantaran anak dia..entah².. ??" apa maknanya tu? faham-faham jelah mulut orang ni..murah salah mahal pun salah..sebab itulah kita ni selalu Serba Salah...kan.

Apa yang aku lihat adalah memang senario majlis perkahwinan hari ini adalah berbeza dengan dulu dan kita kena tengok juga lokasi di mana perkahwinan tersebut diadakan.Okey..kita tengok senario yang dialami oleh orang yang tinggal di bandar dulu.Kita ambil mereka yang berada di kelas pertengahan yang biasanya duduk di rumah flet.Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah di mana nak buat majlis tersebut?.Kalau nak buat di ruang parking kereta tak dapat kebenaran sebab ruangnya sangat terhad sampai kereta pun parking berlapis.Bila cari dewan pula kebanyakan dewan yang berdekatan telah ditempah oleh orang lain terlebih dulu maka terpaksalah cari dewan yang jauh sikit walaupun harganya agak tinggilah juga.Contohnya dewan DBKL ada yang dikira sewa ikut jam RM100 sejam, kalau 8 jam jadi 800 ratuslah itupun belum termasuk kelengkapan atau charge lainnya..

Kemudian kena cari pula tukang masak, tukang angkat hidang, basuh pinggan dan sebagainya, mana nak cari pemuda pemudi yang nak buat kerja tu sekarang ni?.Entah jiran sebelah pun tak kenal tiba-tiba nak panggil buat kerja tu?..jangan harap lah hehe..kalau ada pun cuma 2-3 orang mana cukup kan?..Maka jalan mudah call saja khidmat catering yang banyak sekarang ni..Purata harga yang diletakkan oleh pihak catering sekarang ini adalah kira ikut 'kepala'..satu kepala RM10, nasib baik dapatlah kurang sikit satu kepala RM8.Kalau kita anggarkan tetamu yang akan datang dalam seribu 'kepala' maka kiralah sendiri RM10x1000=???..ada 4 kosong di belakangnya!.

Bila dah buat kenduri tu rasa sunyi pulak kalau muzik tak ada ataupun kalau geng kompang tak ada. Takkan sunyi je bila rombongan pengantin tiba kan?.Nak sewa geng kompang pun duit juga, nak sewa muzik pun duit juga kan?.So, nak jimat, sewa jelah geng muzik termasuk karaoke sekali jimatlah sikit.Bila rombongan pengantin sampai pasang jelah muzik kompang..jadilah adalah juga bunyi kompangnya kan hehe..bab ni terbang lagi dalam 3 ke 5 ratus..duit juga tu.

Kira punya kira termasuk survenier untuk tetamu samada bunga telur atau coklat atau apa saja hadiah lainnya, makeup pengantin dengan upah mak andamnya habislah semuanya dalam RM13,000!!...itu belum lagi campur dengan kelengkapan bilik pengantin dengan katil, cadar , almari dan sebagainya silap² bayar ansuran dengan court mamoh hehe..maka kalau kita pertimbangkan faktor ini, memang harga hantaran RM10 ribu itu adalah munasabahlah kan..tapi ramai yang cakap "kan dapat balik duit tu bila orang datang mesti diaorang hulur duit kan?..untung lagi apa?"..itu hanya kebarangkalian atau kalau kira orang hulur duit memanglah boleh dapat tapi kena fikir juga faktor lainnya seperti berapa yang dihulur setiap seorang? dan faktor ketidakhadiran tetamu yang diundang..mungkin undang 1000 tapi yang datang cuma 800 lagi 200 tak dapat datang sebab ada hal lain..dari 800 tu juga kena tolak sedara mara sekitar 100 orang yang bukan semuanya nak hulur kan??..catering tetap kena bayar untuk 1000 kepala jangan lupa tuuu..Kalau nak cerita sewa hotel bagai itu dah kira lain lah kan..

Kita tengok pulak senario majlis perkahwinan yang dibuat di kampung.Isunya juga sama kenapa hantaran kahwin tinggi.Isu lain yang juga sama adalah untuk mencari pemuda pemudi untuk angkat dan basuh pinggan, tukang masak, tukang angkat hidang dan sebagainya.Bab tukang masak mungkin ada geng lama yang masih boleh memasak tapi kesihatan mereka dah kurang mengizinkan. Pemudi pemudi pun ramai dah berhijrah ke bandar kalau balik pun cuma singgah makan dan tengok pengantin.Nak harap yang ada 4-5 orang pun buat kerja nak tak nak..kejap timbul kejap tenggelam hehe...akhirnya terpaksalah cari catering juga dengan harga yang hampir sama dengan catering di bandar.Cuma yang dapat jimat hanyalah dari segi tempat sebab mungkin boleh buat di halaman rumah.Kalau khemah, kerusi meja memang dah kongsi sesama orang kampung maka dah jimat kat situ tapi kalau tak ada maka terpaksalah kena sewa kosnya mungkin sekitar 2-3 ratus..

Samalah macam di bandar, kalau tak ada muzik sunyi pulakkan?.Nak jimat gunalah radio sendiri itupun kalau ada, kalau tak ada terpaksalah sewa juga geng karaoke.Kalau kat bandar bunyi kompang dengan radio tapi kat kampung seganlah sikit kalau buat macam ni kan?.Jadi terpaksalah sewa geng kompang mungkin upahnya dalam RM 300..Akhir sekali kira punya kira jumlahnya hampir sama dengan apa yang orang di bandar belanjakan mungkin dapat kurang dalam 2 ke 3 ribu.Bila di bandingkan antara belanja di bandar dengan belanja di kampung jumlahnya pun hampir sama, maka itulah sebabnya kenapa harga hantaran ini juga hampir sama sebab prosesnya juga seakan sama!...

Kecuali kalau kita bandingkan dengan orang kampung dulu, contohnya zaman aku dululah hehe..bab angkat hidang, bancuh air, basuh pinggan, pasang meja dan semuanyalah kitaorang semua bersama mereka yang lebih dewasa kowtim dengan PERCUMA..cuma bab memasak, potong ayam atau daging tu serah pada otai-otailah hehe..barang keperluan pula sama-sama pakat menyumbang antara jiran sekampung sorang sekampit beras dan sekilo gula..bayangkan berapa banyak jimatnya berbanding jika upah yang dibayar kepada ketering jika satu kepala dikira RM10!!..Aku berpendapat di sinilah kos sebenarnya yang membuatkan ianya menjadi tinggi.

Bagi yang pernah alami atau pernah buat kenduri zaman hari ini mungkin akan mengangguk tanda setuju atau mengakui perkara ini tetapi bagi yang belum alaminya memang mudah untuk kita katakan "nak bagi kahwin ke nak jual anak ni?"..aku sendiri pun tak berani nak kata apa-apa sebab anak-anak aku masih kecil lagi maka lebih baik diam saja takut nanti kena turn aku congak punya congak mau cecah sampai 20 ribu!!..manalah tau kan harga barang lagi 20 tahun akan datang entah berapa naiknya...

Apa kata kalau korang pulak yang congak kut dapat murah lagi hehe..

ozzy - nak murah nikahkan aje tak payah buat kenduri...

12 Mac 2013

BILA KITA JADI BLOGGER POPULAR

Pasti ramai dikalangan blogger menyimpan hasrat untuk muncul sebaris dengan blogger yang dah popular lebih-lebih lagi apabila membaca pengakuan salah seorang blogger popular Redmummy.com yang pernah meraih pendapatan sehingga RM12 ribu sebulan...

Kalau tak dapat banyak tu pun tak apalah asalkan blog aku popular, mungkin itulah ayat yang sentiasa bermain difikiran blogger ketika mula-mula membuat blog.Demi mengejar impian tersebut maka bermacam cara telah mereka buat, berbagai tips telah mereka ikut, berbagai teknik telahpun dipraktikkan dan bermacam petua telah mereka amalkan malangnya tak juga popular.

Segala idea telah mereka curahkan sepenuhnya dalam blog tapi hasilnya tetap sama.Setiap ayat disusun rapi agar nampak sopan walaupun tingkahlakunya diluar sana berlawanan dengan wajah yang ditampilkan di dalam blog.Jadi hipokrit pun tak apalah kerana matlamat menghalalkan cara kan!.Kat luar cerita lain kat blog cerita lain takkan nak tunjuk yang tak elok pulak kut dengan orang lain.Kalau ada yang tak elok simpan jelah kat luar kan...gitulah lebih kurang ceritanya.

Tulis punya tulis, karang punya karang tapi tak juga tersenarai sebagai blogger popular.Mereka pun berfikir dan mengkaji di mana silapnya.Kemudian mereka (blogger) mula terfikir untuk membandingkan blognya dengan blog blogger yang popular.Hati mereka mula berkata "apa yang bestnya dengan blog diaorang ni..lebih kurang je ceritanya"

Haaa!!!...itulah bezanya apabila kita jadi blogger popular.Setiap apa yang kita tulis atau setiap entry yang kita terbitkan pasti mendapat perhatian dari pengikut atau follower kita tetapi sebenarnya mereka yang dah popular ni pun bukan senang-senang gitu je jadi popular, buat blog terus popular..tidak.Mereka juga sama seperti blogger lain yang sentiasa mencari idea pada awalnya untuk naik berada di atas.Mereka juga perlu mengerah idea dan meluangkan banyak masa untuk memikat hati pembaca seterusnya menarik pembaca untuk menjadi pengikutnya.

Bila dah jadi blogger popular maka apa ceritapun yang kita tulis orang tetap akan datang baca.
Kadangkala saja buat tajuk gempak tapi entrynya saja nak melawak tengok berapa ramai yang datang serbu nak baca contohnya tajuk " HATIKU BERDEBAR " kemudian isinya cuma " hatiku berdebar kerana nak tengok berapa ramai yang akan datang singgah hehe.." cuma sebaris ayat tapi disebabkan dah jadi blogger popular maka berpusu-pusulah pengunjung akan datang untuk mengetahui apa ceritanya.Kalau bukan popular atau suam-suam kuku tak ada siapa pun yang akan kesah silap-silap kena kutuk lagi hehe..itulah bezanya.

Contoh lain adalah cuba kita tengok entry salah seorang blogger yang tersenarai sebagai blogger popular Ben Ashaari.Bagi blogger baru pastinya mereka tertanya-tanya "apa yang hebatnya dengan dia ni?cerita pun banyak tulis tentang anaknya je..tak menarik langsung..boring je blog dia, cerita macam tu pun boleh jadi popular..tak menarik langsung"...itu kata blogger baru sebab mereka tak kenal dia dari awal tapi bagi blogger yang dah masuk dalam kategori blogger otai pasti tahu dan masih ingat dimana kekuatan blognya satu ketika dulu betul tak?..cuba dari dulu dia buat entry macam tu jawabnya hanyut juga hehe...

Itulah perbezaannya apabila kita cuma seorang blogger biasa berbanding dengan blogger popular. Kadangkala terdapat banyak juga faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada seseorang blogger itu menjadi popular antaranya paras rupa atau keperibadiannya.Kalau rupa cantik atau wajah macho maka ia boleh menjadi satu advantage untuk memikat selera pembaca dan selebihnya bergantung juga pada nasib dan rezeki kitalah kan kecuali kalau kita terjun dan memilih untuk menjadi blogger politik senarionya tak sama kerana blog politik tidak bersandarkan pada wajah untuk berada di ranking yang paling atas.Nak jadi blogger politik hati mau kering dan tiada siapa yang ambil kisah walau badan kurus kering kerana yang penting adalah pengisian blog mesti padat dengan berita panas dan mencari point untuk menyerang pihak lawan.Mereka pun akan jadi popular tapi popular dari sudut yang berbeza.

Dah popular ke belum?..tentulah belum kan sebab kalau dah popular tak adalah nak masuk ke sini kan hehe..jangan marah arrrr..

ozzy - blogger timbul tenggelam...

11 Mac 2013

NILAI SEBUAH KEMAAFAN

Bagi kita umat Islam pasti faham dan tahu bahawa maaf bermaafan itu amat dituntut dalam agama kita. Kerana itulah apabila tibanya hari raya kita semua amat digalakkan untuk saling kunjung mengunjung dan memohon maaf antara sesama kita.

Ketika masih berada di bangku sekolah kita sering diingatkan oleh cikgu ataupun ustaz agar segera memohon jika kita ada buat apa-apa kesalahan pada orang lain.Memohon maaf dan memberi maaf dilihat sebagai amalan terpuji dan amat digalakkan..itulah yang diajar sejak kita dari kecil lagi.Ketika itu kita beranggapan kalau buat salah mesti minta maaf dan kita akan rasa bersalah selagi kita tidak meminta maaf atas perbuatan kita itu.

Lama kelamaan apabila menginjak ke alam dewasa aku melihat harga dan nilai sebuah kemaafan itu menjadi begitu tinggi.Aku mula tertanya-tanya dan semakin pelik kenapa nilai sebuah kemaafan diletakkan sebegitu tinggi?.Seolah-olah orang yang meminta maaf itu akan jatuh maruahnya sedangkan sewaktu bersekolah dulu kita amat digalakkan untuk meminta maaf kerana sifat tersebut dianggap sebagai satu sifat yang mulia..memohon maaf dan memaafkan orang lain, apa yang susahnya?Apakah ini bermakna definasi atau pengertian ucapan maaf itu berbeza sewaktu kita di zaman kanak-kanak dengan zaman ketika kita dewasa.Persoalannya kenapa ia berbeza sedangkan ungkapan maaf itu adalah sama? tulisan dan hurufnya tetap sama tiada beza dan hakikatnya juga apabila dewasa kita pula mengajar kanak-kanak agar memohon maaf dan juga memaafkan orang lain.Apakah ini bermakna kita akan melalui versi maaf yang berlainan dalam dua frasa yang berbeza??..

Masyarakat hari ini juga dilihat amat berat untuk meminta maaf dan lebih malang lagi apabila permohonan maaf sengaja dituntut atau didesak dan apabila pihak yang didesak meminta maaf maka pihak yang menuntut akan tersenyum lebar seolah-olah mereka bangga dan mencapai kemenangan.Hakikatnya apa yang aku faham dan apa yang diajar ketika memohon maaf adalah memohon maaf dengan hati yang ikhlas apabila kita melakukan kesalahan.

Dalam situasi yang lain pula terkadang dapat dilihat ungkapan maaf diungkapkan dengan begitu mudah sebagai contoh apabila membuat ucapan atau penulisan kita akan selitkan ayat "saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa..." samada dipermulaan atau dipenghujungnya.Apakah ayat tersebut juga akan menyebabkan maruah kita tergadai atau hilang?atau ayat tersebut hanya sebagai perencah untuk menambat selera pembaca sedangkan realitinya dalam kehidupan seharian kita amat payah untuk meminta maaf kerana meletakkan maaf itu dalam ruang yang berbeza.

Entahlah...itu mungkin pendapat dan pandangan aku, mungkin pemikiran orang lain tidak sama kerana setiap dari kita mempunyai pandangan serta perspektif yang berbeza walaupun asasnya kita diajar perkara yang sama sejak dari kecil.Kehidupan kita turut berputar dengan putaran yang sama yang mana kanak-kanak akan membesar menjadi dewasa dan mereka juga akan berhadapan dengan versi MAAF zaman dewasa tetapi mereka juga akan tetap kekal mengajar kanak-kanak versi maaf zaman kanak-kanak..pelik tapi benar.

Apa yang aku bimbangkan adalah apabila ucapan maaf menjadi satu ungkapan keramat yang tidak boleh dilafazkan dengan mudah walaupun kita ada membuat salah samada sikit atau banyak. Kemudiannya ia menular menjadi satu virus yang membentuk satu budaya iaitu jangan mudah mohon maaf.Sekiranya ini terjadi maka kanak-kanak tidak lagi diajar dan digalakkan memohon maaf samada sesama mereka atau dengan orang yang lebih tua , ibu bapa akan mempertahankan anak mereka dari memohon maaf , suami isteri semakin berat untuk memohon maaf dan akhirnya maaf menjadi satu ungkapan keramat yang tidak boleh dilafazkan sebegitu mudah.Maka apa akan terjadi seterusnya pada generasi kita yang akan datang apabila tiada lagi ungkapan maaf...fikir-fikirkan.

Seperkara lagi yang menarik untuk kita sama-sama renungkan apakah ayat atau ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin" apakah satu hari nanti hanya akan tinggal ucapan "Selamat Hari Raya" sahaja kerana MAAF itu menjadi terlalu berharga!!...

ozzy - tetap mohon maaf jika ada yang terasa... 

8 Mac 2013

TAWARAN PERTAMA YANG AKU TERIMA SEJAK BERGELAR BLOGGER

Penglibatan aku dalam menulis blog ini bermula pada tahun 2010 yang pada asalnya hanya berniat untuk menulis kisah perjalanan hidup yang aku lalui dan bagi mereka yang mengikuti kisah yang aku catatkan dulu pasti masih ingat berbagai catatan pengalaman yang pernah aku paparkan ketika itu.

Pada awalnya juga aku cuma berniat untuk dijadikan seperti sebuah diary tapi lama-kelamaan ia berjaya dihidu oleh ramai blogger yang turut sama berminat untuk mengikuti paparan kisah tersebut.Lama-kelamaan apabila semakin ramai yang menjadi 'follower' aku pulak merasa segan dan kerana itu semua catatan tersebut aku pindahkan ke tempat lain mungkin sebagai tatapan anak cucu aku nanti sekiranya mereka berminat untuk membaca kisah benar hidup aku dengan berbagai pengalaman dan peristiwa pahit dan manis.

Sebenarnya sejak dari dulu sehinggalah ke hari ini jika ditanya 'awak ni blogger tu.. kan?'  aku sendiri pun susah nak jawab walaupun akhirnya aku menjawab ye, pada akulah sebab semua daripada kita sebenarnya adalah seorang blogger sekiranya setiap dari kita mempunyai blog kita sendiri so apa yang peliknya kan?.Maka apabila ditanya atau bercerita tentang blogger pada aku istilah blogger ini hanyalah pada mereka yang mendapat gaji hasil dari penulisannya dalam blog.Maksudnya dia adalah seorang penulis blog sepenuh masa yang mendapat upah dengan menulis sama seperti seorang wartawan.

Okeylah panjang pulak intronya hehe...sebenarnya apa yang aku nak tulis dalam entri aku kali ini adalah berkenaan satu tawaran yang aku terima sepanjang aku bergiat dalam penulisan blog ini.


Malam tadi sewaktu aku membelek email aku terpandang pada satu email yang bunyinya agak menarik 'BAKAT UNTUK IKLAN FELDA' dan kandungannya seperti yang aku print screen di atas.

Ini adalah tawaran pertama yang aku terima sejak aku mula berkecimpung dalam bidang penulisan ini.Mungkin ada entri aku yang catatkan mengandungi bermacam info atau mungkin juga gaya penulisan aku sedikit berbeza walaupun ada kalanya merapu je lebih hehe..tetapi kehadiran tawaran seperti ini sebenarnya bagaikan satu pengiktirafan ke atas penulisan kita.Mungkin selama ini kita beranggapan kita hanya penulis amatur yang jauh standardnya dengan penulis yang lebih berpengalaman tetapi bagi orang lain yang membacanya mungkin mereka dapat menghidu bakat yang ada dalam diri kita dan mungkin bakat tersebut boleh diketengahkan untuk menjadi sesuatu yang memberi faedah pada diri kita dan juga orang lain.

Aku pun sebenarnya bukanlah seorang yang bergelar 'blogger' popular seperti RED MUMMY, BEN ASHAARI ataupun sehebat Hanis Zalikha yang kini sudah pun bergelar pelakon ataupun blogger lain yang lebih popular yang mempunyai beribu-ribu follower tetapi jika benar tawaran ini merupakan satu tawaran yang memberikan satu pakej yang menarik aku anggap ia adalah rezeki buat aku atau mungkin aku akan serahkan pada sahabat aku itu belum pasti kerana buat masa ini aku masih menantikan perbincangan lanjut dengan mereka.Siapa sangka mungkin suatu hari nanti anda semua yang bergelar 'blogger' juga bakal menerima tawaran yang lebih menarik kan?..so selamat menulis dengan berhemah dan jadilah diri sendiri bukannya sebagai blogger yang asyik copy paste hehe..

Apa yang aku ingat aku cuma pernah terbitkan dua entry berkenaan Felda sebelum ini iaitu :

i)  http://ozzy2u.blogspot.com/2011/09/peluang-pelaburan-dalam-koperasi.html (antara yang meraih
    jumlah traffic serta komen yang tinggi setakat ini ) - entri yang mengisahkan tentang KPF

ii)  http://ozzy2u.blogspot.com/2011/07/aku-anak-peneroka-felda.html  (juga meraih jumlah
     pembaca yang agak tinggi )

Seterusnya aku cuba mendapatkan sedikit maklumat mengenai syarikat ini (sykt pengiklanan DRAFTFCB) dan sedikit maklumat aku perolehi di sini

-> http://www.draftfcb.com/join.aspx

->  http://www.draftfcb.com/findus-detail.aspx?city=kuala%20lumpur

-> https://www.facebook.com/OfficialDraftfcb 


Dan sedikit sebanyak dari maklumat tersebut rasanya aku tahu apa yang mereka inginkan...

ozzy - kalau ada tawaran menarik lagi jgn lupa hubungi aku di ozzy2u@gmail.com hehe ...

7 Mac 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU ; SEMBANG KOSONG DI KEDAI MAMAK

~ Gambar Hiasan ~

Bagi mereka yang sedang berhadapan dengan detik mencemaskan ini terutamanya penduduk yang terlibat di Lahad Datu seperti di Felda Sahabat, kampung Tandou serta kawasan berhampiran pastinya dalam hati mereka hanya mampu berdoa agar diri mereka selamat dari diserang oleh pemberontak dari Sulu ini.Apa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah keselamatan diri serta ahli keluarga kerana itu yang paling penting ketika ini.

Berbeza pula bagi kita yang tidak berada di tempat mereka.Pastinya peristiwa ini menjadi antara topik hangat sewaktu berkumpul dan bersembang di kedai kopi.Maka muncullah berbagai persepsi serta pandangan masing-masing.Masing-masing mengemukakan hujah dan sebab begitu dan begini mungkin berdasarkan fakta atau berita yang dipaparkan oleh akhbar, TV mahupun dari sumber internet.

Antara komen yang aku dengar dari perbualan di antara mereka yang lepak di kedai mamak :
(Sila baca hingga habis sebelum membuat sebarang komen jika berminat untuk membuat komen di ruangan komen di bawah)

" ...Yang aku pelik dan musykilnya kenapa diaorang ni bangang sangat? Yang pergi hantar polis tu buat apa? Ini bukan tugas polis inikan tugas askar? sepatutnya dari awal lagi arahkan je askar kita serang diaorang tu.."

" ...Ada ke hantar askar kita pergi perang naik Air Asia! memalukan jelah..mana pergi kapalterbang tentera?..benda dah ada guna jelah simpan buat apa?.."

" ...Ini semua memang plan kerajaan la ni..nak lewatkan PRU...bila dah jadi perang macam ni depa akan beri alasan waktu tak sesuai..eleh!!..."

" ...Hah!! baru polis tahu macamana rasanya kena serang!..kalau dengan puak bersih bukan main lagi diaorang belasah..sekarang baru padan muka..nak runding mendenya kalau dah tau diaorang tu penceroboh tembak jelah.." 

" ...Engkau rasa polis yang mati terbunuh tu kira mati syahid tak?..aku rasa taklah sebab diaorang bukan berjuang untuk pertahankan agama tapi melawan musuh yang sama beragama islam..dah bunuh orang islam mana kira mati syahid macam tu.." (bab ini aku tak setuju mendengarnya kerana syahid atau tidak itu adalah urusan Allah)..rasa nak nyampuk je perbualan diaorang.

" ...Aku tak fahamlah apa perasaan diaorang ni?..bila jadi perang macam ni pun masih nak mengata dan menyalahkan sesama kita..aku rasa kalau satu negara kita kena serang pun kita tetap macam ni juga takkan bersatu, itu sebab kalau negara lain nak takluk pun mudah sebenarnya..cuma tunggu masa je lagi.." 

" ...Diaorang yang kata macam-macam tu bolehlah cakap macam pandai sangat sebab tak kena kat keluarga atau anak beranak diaorang..esok lusa kalau kena kepala sendiri baru tahu rasa macam mana.."

" ...Asal jadi apa-apa je salah Anwar!!..aku peliklah diaorang ni macam kat malaysia ni dah tak ada orang lain dah!!..esok kalah bola pun salahkan Anwar jugak..apalah!!! .." (hehe..bab ni aku nak tergelak)

" ...Eh!! orang Sulu tu sapa?kenapa tiba-tiba je bila dah dekat nak PRU nama diaorang muncul? ..kalau betul-betul nak serang takkan ramai tu je tentera dia?..rakyat sekarang bukan bodohla nak buat skrip macam ni..huh!!.."

" ...Tu semua kerja pihak keselamatan biarlah diaorang buat kerja..diaorang tau apa yang diaorang buat kita kat sini berdoa jelah semoga diaorang tu semua selamat..mulut orang ni macam-macam boleh cakap..nak buat macammana mulut masing-masing, hati masing-masing, pandangan masing-masing.."

Itulah antara beberapa luahan dan pendapat dari mereka yang berada jauh dari kawasan yang terlibat.Itu antara yang aku dengar sembang mereka di kedai mamak belum lagi di dalam internet seperti FB, twitter, blog dan sebagainya.

Anda bagaimana?..pastinya pendapat dan hujah kita juga mungkin berbeza berdasarkan persepsi masing-masing.Apa yang pasti kita di sini sedang enak menjamu selera dan tidur lena di malam jumaat yang indah ini tanpa gangguan dan bunyi tembakan..itulah yang harus kita pertahankan maka bersyukurlah dan nikmatilah kehidupan dengan aman tanpa memikirkan banyak syak wasangka sesama kita di bumi bertuah ini.

ozzy - sambil update blog di kedai mamak...jom ngeteh.

5 Mac 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU: ANTARA AIRMATA , DENDAM , KEBENCIAN DAN PERSAUDARAAN

Seluruh rakyat Malaysia kini menumpukan perhatian dan mengikuti perkembangan atas apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah.

Aku juga antara jutaan rakyat Malaysia yang terus mengikuti perkembangan semasa samada melalui kaca TV, akhbar mahupun blog.Enggan menjadi bagaikan pemberita tidak rasmi seperti blogger lain yang seringkali mengupdate berita terkini.Walaupun aku tahu inilah peluang untuk blogger meraih traffic yang tinggi tapi aku lebih gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa dari semua sumber yang ada.Apa yang penting adalah isu keselamatan anggota keselamatan kita yang ditugaskan di sana.

Pada anggota keselamatan yang terkorban aku ucapkan takziah pada seluruh keluarga mereka dan semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada.Semoga keluarga mereka tabah dan menerimanya dengan hati yang tenang.Deraian air mata dari seluruh ahli keluarga serta anak yang mungkin masih belum mengerti apa-apa mengiringi pemergian pahlawan negara ini yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.Airmata, itulah antara yang tumpah kesan dari peristiwa ini.

Akibat dari ketabsuban kita yang begitu dahagakan mainan politik, peristiwa ini bagaikan pentas untuk kita meneropong dan memperincikan setiap apa jua tindakan dan apa jua yang berlaku dari segi keuntungan politik.Setiap pandangan lahir dan terbit dari perspektif yang berbeza.Biar dari mana perspektif itu dilihat, biar dari sudut mana ia digambarkan, biar dari lubang mana ia di gali hakikatnya nyawa yang terkorban bukan seperti sebuah lakonan opera yang selepas opera itu tamat pelakonnya akan muncul semula bertepuk tangan bersama para penonton.

Ketabsuban politik kita kini melangkaui jauh dari sifat kita sebagai seorang manusia dan juga sebagai umat Islam yang sepatutnya mempunyai ciri-ciri kemanusian yang ada perasaan belas kasihan dan simpati.Sifat kebencian dan dendam kita menguasai segalanya dalam kehidupan kita kini sehingga tidak lagi mampu membuat pertimbangan antara pengorbanan dan kepentingan diri sendiri.Rasa simpati kita kini dikambus dengan perasaan benci dan dendam meskipun kepada anak kecil yang belum tahu membaca apalagi unuk mengerti apa-apa tentang dunia politik.

Apa yang berlaku telah menzahirkan antara airmata dan tangisan, dendam dan kebencian serta nilai persaudaraan antara kita umat Islam seluruhnya.Nyawa kita kini diukur dari sudut politk sebagai penanda aras bukan lagi dari segi amalan dan keimanannya...

ozzy - bangsa lain bertepuk tangan lagi dan lagi..

2 Mac 2013

BANK MANA PILIHAN ANDA

Negara kita mempunyai banyak senarai institusi kewangan atau bank yang menawarkan berbagai service.Sebagai pengguna pastinya kita mencari dan memilih bank yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk kita.

Antara bank yang menjadi pilihan aku adalah Maybank dan Bumiputra Commerce.Sebabnya adalah mudah kerana mereka menyediakan banyak cawangan di seluruh negeri.Selain itu kemudahan mesin ATM turut mudah didapati samada di setiap bandar mahupun hampir disetiap stesen minyak.Inilah yang pengguna inginkan perkhidmatan yang senang dan mudah.

Kalau nak bandingkan kelebihan antara dua bank tersebut dengan bank² yang lain pun tak banyak  bezanya samada dari segi urusan perbankan mahupun service yang ditawarkan termasuklah dari segi 'interest rate' cuma yang membezakan adalah dari segi kemudahan yang disediakan.

Kalau bab berurusan dikaunter dari segi apa jua urusan paling ramai yang menyampah adalah bila berurusan dengan bank rakyat dan juga bank simpanan nasional.Ayat biasa yang akan keluar adalah "lembap betullah diaorang ni buat kerja..terhegeh-hegeh".Aku sendiri turut mengakui memang cukup malas kalau nak pergi berurusan dengan dua bank ini.Kalau ke bank rakyat jika dilihat dari segi persekitaran ataupun dekorasi bank tersebut memang aku akui suasananya cukup kemas dan cantik.

Tapi bila masuk bab nak tunggu nombor giliran kita naik aduhhhh!!! memang amat mengecewakan walaupun ketika itu pelanggan yang menunggu cuma lima orang je pun termasuk aku.Bila tengok di kaunter uniform staffnya memang kemas dengan imej korporat.Bila dah pakai baju korporat siap berkot macam tu, yang aku dapat tengok yang lelaki kontrol macho dan perempuannya pulak control ayu gituuu..tapi service terhegeh-hegeh...alahai!.

Cuma yang memberi kelebihan pada bank rakyat ni hanyalah dividen sahamnya adalah antara yang tertinggi dalam negara kita.Mungkin itu jelah kut yang menyelamatkan dan menaikkan nama bank ini selain dari khidmat pajak gadai Ar-rahnu yang ditawarkan.

ozzy - letih menunggu kerana penantian itu satu penyiksaan

1 Mac 2013

BILA BLOG JADI FORUM


Pada mereka yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini sebagai blogger pasti pernah merasai berbagai pengalaman pahit manis sepanjang tempoh tersebut apatah lagi bila mereka aktif sebagai seorang blogger yang sentiasa mengemas kini blog mereka dengan berbagai bahan berita ataupun cerita.

Bila dah popular dan nama menjadi terkenal pastinya setiap entri mereka akan ditunggu oleh follower masing² untuk membaca entri yang ditulis dan seterusnya menurunkan komen masing².Ada juga yang baca cuma dua tiga baris terus tulis komen sebab malas nak baca habis.Ini dinamakan komen nak ambil hati atau komen ada makna hehe..

Tentu ramai yang seronok bila mendapat komen yang positif seperti pujian atau kata² semangat dan ramai juga yang mendapat maki hamun samada dikalangan blogger sendiri mahupun dari individu luar yang sering memilih sebagai 'anonymous'.Ada juga dikalangan blogger itu sendiri memilih 'anonymous' masa mengutuk bagi mengelakkan identiti sebenar mereka tersiar..haaa!! kalau senyum je makna pernah buat la tu kan hehe..

Blog yang paling mendapat komen berbentuk caci maki adalah blog politik hehe..kalau nak rasa dan berminat bolehlah create blog politik satu dan tengok 'Anon' datang serbu bagi komen.

Macamana pulak bila blog kita dah jadi macam forum?.Pernah terjadi pada blog korang tak?Biasanya ini berlaku bila entri yang kita hasilkan berbentuk info tentang sesuatu samada tentang sesuatu produk mahupun perkhidmatan.

Inilah yang aku sendiri alami bila blog aku dah jadi macam ruangan forum, dah jadi macam seisi soal jawab hehe..Walaupun entri ini yang bertajuk " Peluang Pelaburan Dalam Koperasi Felda "  telah lama diterbitkan iaitu pada 15 sept 2011 tapi sehingga ke hari ini masuk tahun 2013 masih ada lagi yang singgah untuk bertanya atau memberikan komen dan untuk tidak menghampakan aku akan cuba jawab setiap pertanyaan mereka walaupun aku sendiri bukanlah pakar yang tahu serba serbi tentang KPF.

Ini membuktikan bahawa blog kini menjadi semakin popular sebagai medium untuk menyampaikan berita ataupun maklumat dan kesempatan ini patut diambil oleh para blogger samada untuk memberi khidmat kepada umum dalam bentuk info ataupun mempopularkan diri mereka sendiri.Mana tahu kalau nasib baik boleh jadi macam blogger Hanis Zalikha yang kini disambar menjadi pelakon filem, bukanlah maksud aku semua blogger akan menjadi pelakon filem tapi maksud aku adalah mungkin kita akan diberi peluang yang lebih baik seperti penyanyi ke, penulis ke, juruhebah ke atau bermacam lagi tawaran lain yang lebih lumayan.

Inilah antara komen dan pertanyaan dari pembaca di ruangan komen dalam entri tersebut.


Kalau rasa nak tengok seisi soal jawabnya boleh klik DI SINI  dan kalau nak tolong jawabkan untuk aku pun boleh juga hehe.. begitu juga dengan entri berkenaan Pelan Rumah DI SINI  ...

Kalau anda juga seorang blogger, korang pula macamana? banyak terima komen positif atau negatif?

ozzy - moga dapat manfaat dari apa yang kita sampaikan...

28 Februari 2013

IDEA UNTUK MENULIS

Ramai orang kata bukan mudah nak cari idea ni..pusing sana pusing sini, menung sana menung sini tapi idea tak masuk-masuk jugak..pecah pala mikir hehe..

Ada pulak dah dapat idea tapi tak tahu nak terjemah macam mana, tak tau nak tulis macamana sudahnya tulis separuh berhenti..bila sambung balik jalan cerita dah jadi lain hehe..Maksud aku di sini adalah idea pada seorang yang bergelar blogger untuk update blog.Sebut pasal idea memang ada banyak cabang seperti idea untuk mereka cipta, menyusun atau mengemas rumah dan bermacam lagilah idea lagi termasuklah idea untuk menipu hehe..

Ada juga yang dah tak ada idea tapi tetap nak update blog..macam aku sekarang nilah hehe..idea yang datang cuma idea merapu hehe..saja nak update blog walaupun feel nak menulis tak berapa ada sebenarnya.

Terkadang idea tu datang dengan sendirinya..tengah mandi tiba-tiba datang idea..tengah makan pun boleh datang idea, tengah memandu, tengah berjalan dan bermacam tengah lagi lah hehe..so kalau dapat idea masa dok tengah tu maka eloklah idea tu dibawa ke tengah kan..hehe

Tak apalah merapu pun merapu lah asalkan aku tak mengata sesiapa, tak susahkan sesiapa tapi ada pulak yang kata 'apa yang kau merapu ni..susahkan aku je datang singgah ke blog kau ni'..laaa gitu pulak dahh!!..

ozzy - serba tak kena..hmm..

27 Februari 2013

APA CERITA??

Apa cerita?..jawabnya banyak cerita tapi tak tau nak tulis cerita apa hehe..

Itulah orang kata, orang lain nak buat blog awak pun nak buat blog...orang lain nak jadi blogger awak pun nak jadi blogger tapi sudahnya blog terbiar begitu saja.Ada yang jawab tak apalah sekurang-kurangnya kalau orang tanya ada blog? dia boleh jawab ada..kau adoo?? hehe..

Kalau nak tanya pasal cerita sebenarnya hari-haripun ada je ceritanya kan kecualilah kalau kita ni dok terkurung je dalam penjara, hari-hari tengok dinding dengan pagar besi je kan..kalau bebas macam kita ni dah tentu macam-macam perkara yang kita tengok, kita dengar mahupun kita lalui sendiri kan..Sebab lain mungkin sibuk dengan tugas seharian dan juga perkara-perkara lain yang lebih penting agaknya..

Bagi golongan dewasa cerita yang tengah hangat sekarang ni bila bersembang dah tentunya cerita pasal POLITIK..sana sana orang sembang pasal politik, sini kata sana..sana kata sini.Buka FB penuh dengan cerita politik, twitter pun cerita sama.Bagi yang fanatik tu jangan cakaplah..24 jam kalau boleh nak cerita politik ye tak? cuma yang tak bestnya cerita punya cerita last-last bermasam muka..dah tak nak menegur atas sebab fahaman yang berlainan, ideologi yang tak sama dan sokongan yang berlainan..hmmm.

Aku pulak apa cerita?..cer citer cer citer hehe..Memang ada banyak cerita tapi nak duduk ngadap lappy ni untuk menaip cerita tu yang malas.Kalau nak menulis fikiran perlu fokus pada apa yang nak ditulis baru rasa seronok dan ada feel.Kalau setakat nak update blog ambil sumber dari internet kemudian copy paste pun boleh tapi buat masa ni aku kurang minat dengan cara tu.Rasa macam blog akhbar jee..

Ada beberapa topik yang aku nak tulis tapi belum dapat feel lagi.nantilah...

ozzy - mood nak bercerita belum sampai..

31 Januari 2013

MISTERI DI SEBALIK NOMBOR 13

Memperkatakan tentang nombor kita semua tahu kaum China merupakan kaum yang paling percaya tentang maksud nombor samada nombor tersebut memberi tuah atau membawa malang/sial.Kepercayaan ini adalah kerana sebutan nombor tersebut memberi makna dalam bahasa mereka.

Bagi kaum lain atau masyarakat lain yang turut percaya pada nombor tersebut mereka pun turut ikut dengan memberi anggapan yang sama walaupun bila nombor tersebut disebut dalam bahasa mereka ia tidak pun memberi sebarang makna!.(contohnya nombor 8 dalam bahasa melayu adalah 8 lah dan bukan kaya) Pernahkah kita dengar orang sebut "wahh.engkau sudah 8 lah sekarang, kereta besar duit banyak" ..tak ada kan!

sumber - http://falihinjasmy.blogspot.com/2011/01/gempar-misteri-tingkat-no-13.html

Di sesetengah tempat atau negara nombor yang sering diperkatakan adalah nombor 13 yang membawa maksud yang tidak baik atau malang/sial.Kerana itu di tempat mereka tidak ada rumah yang bernombor 13.Begitu juga dengan bangunan yang dibina tiada nombor 13 walaupun jika dikira ia terletak di tingkat 13! dan kerana itu juga tiada nombor 13 pada butang lift.Kemudian wujud pula friday night 13..apa cer pulak tu?fobia sungguh dengan no 13 ni ye...

Bagi kaum China pula mereka lebih percaya kepada angka 14 yang membawa maksud mati atau maksud yang kurang baik pada pemiliknya.Kerana itu juga bangunan yang mereka dirikan pula tiada nombor 14 dan tingkat tersebut akan jadi 13A dan kerana itu juga mereka tidak akan memilih rumah nombor plet bernombor 14.

Bagaimana pula dengan masyarakat kita yang beragama Islam?apakah kita juga percaya pada kedua-dua nombor tersebut?

Apa yang terkandung dalam Al-Quran yang turut memberi tafsiran menarik untuk direnungkan adalah dari surah Hud ayat 113 yang bermaksud " Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH S.W.T.Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan ". (Surah dan ayat ini amat popular pada penggiat politik).

Satu fakta menarik untuk direnungkan bersama tentang nombor 13 adalah ia merupakan nombor terakhir dan nombor yang sama dimiliki oleh setiap manusia di dunia ini sekiranya dicampurkan dua nombor terakhir tahun mereka dilahirkan dengan umor mereka.Sebagai contoh jika kita dilahirkan pada tahun 1978 dan umor kita ketika ini adalah 35 tahun apabila dicampurkan dua nombor terakhir untuk tahun 1978 iaitu 78+35(umor) hasilnya adalah 113.Jika tak percaya sila cuba campurkan dua nombor terakhir tahun anda dilahirkan dengan umor anda ketika ini hasilnya adalah tetap 13 (bagi yang lahir sebelum tahun 2000 semua hasilnya adalah 113 dan bagi yang lahir bermula dari tahun 2000 hasilnya adalah sama 13).

Sekiranya fakta ini diambil kira maka wajarlah kita bertanya dari segi logik akal benarkah nombor 13 ini membawa sial sedangkan itulah nombor yang dimiliki oleh seluruh manusia di dunia ini tak kira apapun bangsa atau agama mereka.Jika ia membawa sial bermakna semua manusia di dunia ini adalah sial!! ..ishhhhh!!! nak ke kita ngaku yang kita ni semua sial?..bukankah kita selalu berkata "bercakap berdasarkan fakta" dan itu adalah fakta berkenaan nombor 13 dan jika nombor 13 dianggap sial sebagai fakta maka terimalah kenyataan bahawa kita semua adalah pemilik nombor 13!!..

ozzy - semua tu karut dan kita pun jangan jadi pak turut..

21 Januari 2013

BUNTING ICE BLENDED

Papan iklan merupakan salah satu cara untuk kita mempromosikan atau memperkenalkan produk kita.Antara yang paling popular digunakan oleh peniaga adalah kain rentang atau 'bunting' (bukan bunting pelamin hehe..)..

Antara sebab bunting ini menjadi popular adalah kerana kos pembuatannya yang murah dan mudah diperolehi berbanding dengan membuat papan iklan.Seperti bunting yang aku buat ni kosnya cuma RM40 dan harganya akan menjadi lebih murah jika diorder dengan kuantiti yang lebih banyak.Contohnya harga yang ditawarkan pada aku jika tempah dua adalah RM60 (jadi RM30 satu) dan mungkin kalau lebih harganya akan jadi lebih murah.

Bunting ini sebenarnya bukanlah satu kemestian tapi lebih kepada satu tarikan untuk menarik perhatian pelanggan selain untuk mempromosikan produk kita.Menariknya kita boleh tempah mengikut citarasa atau selera kita sendiri tapi janganlah pulak jual ice blended letak gambar kereta sport atau gambar motor tak kenalah tu kan.Untuk memudahkan proses membuat bunting ini adalah dengan mengumpul gambar yang kita mahukan berdasarkan tema perniagaan kita itu melalui carian di internet atau melalui Google. Kemudian gambar tersebut kita serahkan pada designer yang akan membuat bunting tu nanti dan ini lebih memudahkan dan mempercepatkan proses mereka.

Biasanya aplikasi atau software yang mereka gunakan untuk membuat bunting ini adalah photoshop dan software ini juga memang popular untuk membuat sticker mahupun bisness card.Kita boleh memberi input rekabentuk apakah yang kita inginkan berdasarkan kreativiti kita sendiri atau boleh serahkan saja pada mereka untuk membuat design untuk kita.Sering berlaku ramai yang tidak berpuashati dengan hasil dari rekaan orang lain kerana tidak menepati citarasa mereka kerana itu aku berpendapat kita sendiri yang tentukan apakah rekabentuk yang kita inginkan.

Seperti dalam gambar di atas itu adalah bunting yang aku design sendiri mengikut citarasa aku sendiri dan aku amat berpuashati dengan hasilnya walaupun terpaksa duduk bersama dengan designernya selama 4 jam lamanya.Antara kriteria utama yang aku inginkan adalah tema yang 'colourfull' bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak memandangkan mereka ini merupakan pelanggan utama ice blended ni.Ia juga boleh menarik perhatian golongan dewasa yang bersifat keanak-anakan hehe.. 

Kemudian boleh letak apa saja nama yang kita inginkan atau jenama kita sendiri.Oleh kerana perniagaan ini untuk anak bujang aku maka aku letaklah nama dia.Mana tau satu hari nanti nama tersebut boleh menjelma menjadi satu jenama yang boleh dikomersialkan ye tak?..

Okey..pada yang berminat untuk memulakan langkah untuk menjadi usahawan aku ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya.Tak kisahlah apa saja perniagaan yang ingin kita lakukan apa yang penting ia adalah satu perniagaan yang halal dan tidak melanggar undang-undang.Terkadang ramai juga yang memperlekehkan perniagaan kecil-kecilan seperti ini tapi sebenarnya mereka lupa bahawa 'Ikea' yang ketika itu baru berusia 17 tahun bermula hanya dari produk yang dibuat sendiri dalam rumah begitu juga dengan 'KFC' yang bermula dari sebuah kedai di stesen minyak..apa salahnya kalau kita bermula dari depan rumah? kan....

teringin nak cuba buat ice blended - bukan susah pun!!

ozzy - jangan sia-siakan peluang yang ada ...

13 Januari 2013

ICE BLENDED DAN BURGER OZZY


Sambungan daripada ENTRY aku sebelum ini, inilah dia wajah gerai burger dan Ice Blended yang aku usahakan dan diuruskan oleh anak bujang aku yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM nya.

Kelihatannya tidaklah sehebat atau secanggih mana seperti yang dilakukan oleh peniaga lain tapi ianya sudah cukup bagi pengusaha yang menjalankan perniagaan ini secara sambilan dengan modal yang kecil dan diusahakan di taman perumahan seperti ini.Namun, perkara penting yang paling utama adalah dari segi faktor kebersihan.Walau secanggih mana wajah gerai yang kita tampilkan tetapi jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan maka pelanggan akan membuat penilaian serta tafsiran yang negatif.Kesannya kita mungkin bakal kehilangan pelanggan dan kesan yang lebih buruk lagi adalah apabila pelanggan tersebut menjaja berita yang kurang baik pada rakannya yang lain.

Satu perkara yang jarang kita temui dan lihat adalah peniaga burger yang mencuci atau membasuh telur terlebih dahulu sebelum memecahkan telur tersebut di atas kuali.Tidak kira samada untuk membuat benjo atau daging yang bersalut dengan telur (burger special).Walaupun mungkin telur tersebut telah pun dibasuh sebelum ini tetapi teknik membasuh telur di hadapan pelanggan merupakan satu teknik mainan psikologi untuk menarik perhatian pelanggan seterusnya memberi 'markah' kebersihan yang tinggi pada kita.Walaupun ia nampak remeh tapi memberi kesan yang besar apabila pelanggan tersebut menyebarkan apa yang mereka lihat sebagai berita positif pada rakannya yang lain seterusnya memberi advantage pada kita.Rasa burger tidak banyak bezanya antara satu sama lain tapi inilah satu faktor yang boleh memberi kelebihan pada kita.See..mudah kan tapi berapa ramai yang peka pada perkara ini?.


Ini pula bekas yang aku gunakan untuk mengisi serbuk ais blended.Kosnya tidaklah mahal cuma Rm4.50 je setiap satu bekas.Kemudian bekas tersebut ditampal dengan nama perisa serta gambar yang diambil dari internet.Bekas yang digunakan juga agak 'colourfull' bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak yang merupakan pelanggan utama dan ianya juga satu mainan saikologi.Walau murah tapi memberi impak yang berkesan untuk menarik perhatian si kecil.Apa yang penting adalah sedikit sentuhan kretiviti daripada idea kita sendiri kerana tiada standard yang ditetapkan untuk perniagaan ini.Hak kita, buat saja apa yang kita suka.Begitu juga dengan bahan perisa samada buger atau ice blended ia turut bergantung pada kreativiti kita untuk menambah apa jua bahan tapi harus diingat penambahan perisa bererti akan berlaku penambahan kos.So, pandai-pandailah agak kalau masih boleh untung 'why not' jika ia berjaya menarik lebih ramai pelanggan.

Pada yang berminat dan ingin mencuba jangan sia-siakan peluang yang terhidang.Walau ramai yang berkata 'alah tak ada bisness lain ke nak buat' tapi kalau ianya memberi pulangan yang menguntungkan kenapa tidak.Mungkin ia sebagai tapak untuk kita memulakan langkah untuk membuka perniagaan yang lebih besar atau mungkin ia sebagai pengalaman awal untuk kita merasai pengalaman sebagai seorang peniaga atau pengusaha.

ozzy - lebih baik ada daripada langsung tak ada.

8 Januari 2013

MEMULAKAN PERNIAGAAN SAMBILAN ICE BLENDER DAN BURGER YANG MUDAH DAN MURAH


Ice blender kini semakin terkenal dan menjadi kesukaan pada kanak-kanak.Perniagaan ini juga memberi pulangan lumayan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini. Namun, segalanya bergantung juga pada lokasi yang dipilih, jika kena pada tempatnya pasti sambutan yang diterima amat menggalakkan dan memberi keuntungan lumayan.

Kini, aku juga turut terjun dalam perniagaan ini dan syukur Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan.Pada awalnya aku cuba survey berapa modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini ternyata ramai pembekal atau pengusaha sudah mula mengorak langkah untuk menjadikan perniagaan ini dalam bentuk francais dengan berbagai jenama masing-masing.Bagi yang ingin memulakan perniagaan ini secara full time atau mempunyai modal yang lebih maka cara mudah adalah dengan membeli pakej yang disediakan oleh pihak pembekal antaranya adalah dari pembekal di SINI.

Anda boleh membeli dan memilih apa saja pakej yang ditawarkan bergantung pada budjet dan mengikut kesesuaian ruang tempat anda berniaga.Kalau budget tinggi dan ruang juga sesuai maka anda boleh memilih full pakej termasuk sekali dengan t-shirtnya, itupun jika anda berminat.

Bagaimana pula bagi mereka yang hanya ingin membuka perniagaan ini secara sambilan dengan budget yang paling minima? atau mungkin sekadar ingin mencuba untuk 'test market'?.Aku pasti ramai yang ingin mencuba cuma mungkin rasa kurang yakin atau mungkin merasakan sukar untuk mendapat lokasi yang sesuai.

Okey..kalau ada maknanya anda samalah dengan aku hehe... aku juga memulakan perniagaan ini atas sebab utama adalah untuk memberi duit poket pada anak bujang aku yang sedang menunggu keputusan periksa SPM.Daripada duduk saja lebih baik buat bisness kecil-kecilan macam ni dapat juga duit poket dan paling penting dapat mengelakkan dari membuang masa dengan melepak atau membuang masa dengan kerja yang tak berfaedah.

Untuk memulakan perniagaan ini perkara pertama yang aku buat adalah survey peralatan yang akan digunakan.Kalau beli melalui pakej yang ada memang semua dah lengkap termasuk payung, serbuk perasa, blender, storage dan sebagainya tinggal buka dan jual je lagikan..tapi sebab harganya yang mahal maka aku rasakan lebih baik aku beli perkakas tersebut dengan modal yang lebih rendah tambahan lagi di rumah aku memang dah ada satu mesin ice blended jenama electrolux jadi tak payah aku beli lagi just gunakan saja yang dah ada tu.

Itulah model yang aku gunakan Electrolux EBR 2001 dengan kuasa 350W tapi malangnya tak sampai 2 minggu aku gunakan salah satu dari mata pengisarnya dah pun patah dan menyebabkan proses untuk mengisar ais menjadi lambat kerana air batu lambat untuk dikisar itupun aku gunakan 'baby ice' yang lebih kecil dari ketulan ais biasa.Satu lagi kekurangan jenama ini adalah alat pengacaunya agak pendek menyebabkan agak sukar untuk mengacau di bahagian bawah ais tersebut. (anak aku yang komplen bukan aku hehe..)

   
Untuk memberi lebih keselesaan maka aku gantikan jenama yang lebih popular pada penjual ice blended ini iaitu jenama Panasonic model MX 900M micro cutter 350W dengan bilah mata pengisar bersadur titanium tapi jangan tersilap ia cuma 'bersadur' titanium tapi bukan dibuat daripada titanium okey!.Apabila aku serahkan pada anak aku perkara pertama yang dia komplen adalah ais susah nak hancur.Berbanding dengan jenama electrolux yang kami gunakan sebelum ini ianya lebih laju kerana mempunyai 2 speed tapi model ini hanya sediakan 1 speed.Selain itu tempat penutupnya juga agak ketat kerana bersalut getah berbanding dengan electrolux yang menggunakan sistem 'lock' pada penutupnya.Kelebihan lain cuma pada alat pengacau yang berada pada paras maksimum hampir dengan mata pengisar.Harga yang aku beli adalah RM159 di kedai elektrik SengHeng dan memang jarang dapat ditemui dikedai biasa cuma mungkin terdapat di Tesco atau Giant hypermarket.

Persoalannya kalau gunakan yang ini pun tak tahan, jenama apa agaknya yang lebih tahan dan lebih lasak?.Bagi mereka yang sudah mula maju dan berjaya meraih keuntungan lumayan pastinya akan mencari mesin yang lebih 'heavy duty' dan mahal harganya tapi ia memang satu pelaburan yang berbaloi kan sebab kita dah nampak hasilnya tapi bagi mereka yang baru bertatih dengan jumlah keuntungan yang masih diparas rendah sudah tentunya perlu memikirkan kos tersebut kerana modal pusingan perlu dibelanjakan untuk menyediakan peralatan lain juga seperti sebuk perisa, cawan, cap, ais, whiping cream dsbnya..


Berbalik pada modal tadi perkara seterusnya yang aku perlu survey adalah di mana nak dapatkan pembekal serbuk ice blended dengan harga murah dan paling terdekat?.Setelah disurvey paling dekat yang berjaya aku temui adalah di kawasan Ampang iaitu berhampiran dengan hospital Ampang.Harga yang ditawarkan adalah RM15 sekilo berbanding dengan pembekal lain yang meletakkan harga antara RM17 ke RM20.Perisa yang aku pilih pun cuma 7 perisa berdasarkan perisa yang selalu dibeli oleh budak².Kalau nak ikutkan cuma 2 je perisa yang popular samada coklat atau vanilla tapi saja aku tambah untuk bagi nampak penuh sikit meja tu nanti kan dengan bermacam perisa.Serbuk coklat tabur memang banyak dijual cuma whipping agak sukar ditemui dan biasanya dijual dikedai yang membekal peralatan bakeri.Harga yang aku beli sebotol adalah Rm16 dan mungkin di tempat lain lebih murah aku sendiri pun tak pasti tapi kalau nak bandingkan dengan yang dijual di pasaraya harganya lebih mahal. 

Seterusnya aku survey pula di mana nak dapatkan cawan plastik untuk dua saiz.Saiz kecil yang biasa dijual dengan harga Rm2 dan saiz besar yang biasa dijual dengan harga Rm3.50.Cawan ini biasanya mudah diperolehi di kedai yang menjual barangan plastik ataupun di pasaraya tapi masalahnya adalah amat susah nak cari yang jual penutup jenis bulat melengkung tu, yang biasa dijual adalah dari jenis leper.


Setelah puas pusing mencari akhirnya aku berjaya juga temui pembekal cawan tersebut bersama penutupnya sekali berhampiran dengan rumah aku.Sebelah kiri tu adalah bekas kecil dengan harga Rm15 seratus pcs. dan sebelah kanan tu adalah bekas besar dengan harga Rm14 seratus pcs.Pelik juga kenapa bekas kecil harganya lebih mahal?.Kata pembekal memang bekas kecil harganya lebih mahal bukan pada cawan tapi mahal pada penutupnya antara sebabnya adalah proses pembuatannya lebih rumit.Ada yang kata tempat lain lebih murah samada di Jalan Pasar atau pasar Chow Kit tapi kalau setakat murah seringgit dua baik aku beli sini sajalah sebab bila campur kos petrol, nak cari parking lagi ditambah dengan jalan yang sesak/jem lupakan jelah hehe...

Langkah berikutnya adalah aku kena beli bekas untuk mengisi serbuk ice blended.Antara kriteria utama yang aku pilih adalah penutupnya kemas dan mudah dibuka serta bekas tersebut tidak mudah pecah. Seterusnya yang aku pilih adalah saiz serta penutupnya yang beraneka warna bagi nampak menarik. Akhirnya ciri tersebut berjaya juga aku temui dengan saiz bekas yang sederhana, penutup yang beraneka warna dan paling penting 'thread' pada penutupnya mempunyai pusingan yang sikit dengan harga Rm4.50 setiap satu.Maksudnya ia mudah dibuka dengan satu putaran dan ditutup juga dengan satu putaran tujuannya adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses membuka dan menutup bekas tersebut yang diisi dengan powder ice blended. Alhamdulillah..strategi ini nampaknya berkesan menjadikan tugas anak aku semasa menjual ice blended ini lebih pantas.Akhir sekali aku print dan tampal nama perisa pada setiap bekas tersebut yang kesemuanya mempunyai 7 perisa.

Terakhir sekali adalah aku beli sebuah meja kecil dan juga khemah untuk memulakan bisness ini.Meja tu pun aku pilih yang jenis kukuh dengan adanya 'support plate' di bawahnya dengan harga Rm60 manakala khemah aku beli yang bersaiz 8 x 8 kaki dengan harga Rm120.Oh ya satu lagi bekas ais batu saiz sederhana aku beli dengan harga Rm45. 

Okey jom kita kira berapa modal yang aku sediakan untuk memulakan perniagaan ini.

Blender - Rm159
Serbuk Perisa - Rm15 x 7 perisa = Rm105
Whipping cream - Rm16
Coklat tabur - Rm3
Cawan kecil - Rm15 (100 pcs)
Cawan besar - Rm14 (100 pcs)
Straw yang boleh lipat - Rm2.50 (100 pcs)
Bekas serbuk - Rm4.50 x 7 = Rm31.50
Meja lipat - Rm60
Khemah (mcm pasar malam) - Rm120 saiz 8x8 kaki
Bekas ais batu - Rm45
Ais batu (baby ice) - Rm4
Jumlah kesemuanya = RM575.00

Hari pertama dibuka kami lebih membuat latihan praktikal dengan mengisar ais dan pakat² rasa sesama anak beranak dan saudara mara atau boleh disebut sebagai 'on job training'.Maklum sajalah buka bisness tanpa latihan cuma berdasarkan pemerhatian semata-mata atau mudah kata main agak² je.Masa nilah kami tentukan berapa sukatan yang perlu dibuat untuk mendapatkan rasa ice blended yang sedap berdasarkan komen masing².Kami juga sepakat untuk menjualnya dengan harga cuma Rm1.50 untuk cawan kecil dan Rm3 untuk cawan besar berbanding dengan harga pasaran Rm2 untuk cawan kecil dan Rm3.50 untuk cawan besar.

Hari kedua maka secara rasminya perniagaan ice blended kami ini dibuka.Maklum saja kedai baru maka pelanggan pun belum ramai lagi tambahan pula gerai kami dibuka di depan rumah kami di kawasan taman perumahan maka pelanggannya juga terdiri dari penduduk di kawasan tersebut dan taman yang berhampiran.Pulangan untuk hari pertama kami memulakan perniagaan ini cuma Rm8 sahaja dan kami anggap ianya adalah satu proses biasa kerana ramai yang belum tahu.Hari kedua jualan kami meningkat kepada Rm25 dan hari seterusnya setakat hari ini setelah 2 minggu berniaga jualan setiap hari adalah antara Rm40 ke Rm60 sehari bermula dari 11 pagi hingga 8 malam.Satu angka yang agak baik jika faktor lokasi diambil kira serta modal yang rendah.Alhamdulillah..

Satu perkara yang tak dijangka berlaku adalah pada awalnya aku sangkakan budak² cuma sukakan vanilla atau coklat tapi akhirnya perasa lain turut laris sebab budak² ni makin pandai, sekarang diaorang suka campur² perasa tersebut...haisshhh !!!.


Kemudian aku memikirkan apa lagi yang boleh dijual dengan modal yang rendah memandangkan masih ada ruang yang kosong dibawah khemah tersebut.Tak lain dan tak bukan adalah burger kerana ia juga semakin menjadi 'fast food' yang menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini.Okey set...langkah pertama adalah dengan mencari store burger yang murah dan menerusi internet melalui laman mudah.com aku berjaya memperolehi store burger yang masih cantik buatan stainless steel dengan harga Rm700.Store tersebut terletak di Selayang dan aku terbangkan store tersebut dengan menggunakan kenderaan Hilux rakan aku dengan upah Rm100 dari Selayang ke Pedas/Linggi negeri 9.

Langkah seterusnya aku beli dapur dengan harga Rm65, kuali dengan harga Rm75 dan peralatan lain termasuklah scrapper,penekan roti,pisau,bekas sayur,roti burger,daging/ayam burger,telur,sayur  dan sebagainya dengan kos permulaan kira² Rm200.Ini bermakna kos keseluruhan termasuk stall, transport, kuali dan dapur adalah sebanyak Rm1,140.00 dan dicampur keseluruhan modal permulaan untuk memulakan kedua-dua perniagaan ini adalah lebih kurang Rm1,140 (burger) +  Rm575 (ice blended) = Rm1,715.00.

Untuk burger memang tiada masalah kerana aku memang berpengalaman berniaga burger sebelum ini (pun masa tunggu keputusan SPM penghujung tahun 90an dulu) dan aku mencurahkan segala pengalaman serta tips berguna pada anak aku bagaimana cara memasak roti burger supaya garing dan rangup tanpa memenyek roti tersebut.Sering aku perhatikan ramai penjual burger yang memenyek/menekan roti tersebut hingga leper dan penuh dengan minyak akibat terlalu kuat ditekan dan ada juga yang sampai hangit.Inilah tips yang jarang penjual burger dapat melainkan skill yang diperolehi selain dari kepekaan mereka sendiri terhadap kehendak dan selera pelanggan.Perkara kedua yang aku ajar adalah bagaimana membelah daging mengunakan scrapper dengan cepat dan ditengah belahan tersebut diletakkan sedikit kicap dan terakhir sekali adalah ramuan yang digunakan termasuklah pemilihan perasa cili sos dan mayonis serta sedikit black papper sebagai penambah perisa.

Hasilnya daripada tips yang aku berikan pelanggan yang datang akan terus datang berulang-ulang dengan tambahan order.Ini menandakan tips tersebut berjaya memberi rasa yang enak pada hidangan burger tersebut walaupun belum lagi yang aku dengar mereka memuji depan aku tapi 'hints' tersebut sudah cukup memberi makna yang positif.Perniagaan dibuka dari jam 3 petang hingga jam 11 malam dan harga jualan untuk daging ayam adalah Rm2.20 dan daging lembu Rm2.00.

Setelah 2 minggu berlalu Alhamdulillah kedua-duanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jualan bersih ice blended sekitar Rm40 ke Rm60 sehari dan keuntungan bersih buger setelah ditolak modal adalah sekitar Rm30 ke Rm50.Jika dicampur keduanya maka untung bersih untuk anak aku masuk ke kantungnya adalah antara Rm70 ke Rm110 bermakna pendapatan sebulan adalah sekitar Rm2,100 ke Rm3,300, satu angka yang agak lumayan untuk seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.

Tiada apa lagi yang ingin aku katakan walaupun kesemua modal aku yang keluarkan tanpa mengambil semula modal tersebut tapi yang penting adalah semangat dan keinginan anak aku sendiri untuk berniaga dan mungkin ini juga sebagai satu langkah permulaan untuk memberi ruang dan pengalaman untuknya. Sesuatu yang ingin aku katakan di sini bahawa sekiranya tiada minat dan kesungguhan maka berapa banyak modal sekalipun yang kita keluarkan ianya tidak akan berjaya kerana mereka atau kita melakukannya secara terpaksa.Apa yang penting adalah semangat untuk mencuba dan semangat untuk berjaya.

ozzy - Syukur Alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...