9 Jun 2011

GAMBIT VS GAMBIR

Isu panas berkenaan kontroversi video klip Prema Yin dengan pasangannya Shah Jaszle menjadi topik hangat pada ramai blogger ketika ini.Pihak akhbar turut melaporkan perkara yang sama dengan menamakan blogger sebagai pencetus yang menghangatkan isu tersebut.

Pada awalnya aku tak tahu pun siapa Prema Yin ni, tetapi setelah membaca dan melihat isu ini barulah aku tahu rupanya dia adalah juara Who Will Win pada tahun 2004 dan naib juaranya adalah penyanyi yang semakin popular ketika ini iaitu Faizal Tahir.

Melalui bakatnya nama Faizal Tahir terus melonjak selepas itu manakala nama Prema Yin terus tenggelam atas alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.Tiba-tiba namanya kembali melonjak dengan kemunculan video klip panas yang menjadi topik hangat ketika ini.Saksikan..

            

Pastinya topik hangat ini turut memanaskan dan merimaskan kepala pengarah video klip tersebut saudara Gambit Saifullah yang dikatakan telah pergi menunaikan umrah pada tahun lepas.
Mungkin ketika menunaikan umrah cuaca di sana panas, maka bila balik ke sini bahang kepanasan itu masih terasa kerana itu video klip yang dihasilkan pun agak panas juga walaupun suam-suam je sebenarnya.

Kisahnya yang pernah mengerjakan umrah kemudian dikaitkan pula dengan video klip ini menjadikan ramuan untuk mensensasikan isu ini semakin merebak dan membara.Akibat dari kepanasan tersebut Gambit akhirnya hilang sabar dan menghadiahkan blogger 'middle finger on your face bitch' melalui twitternya ..tapi ramai blogger yang sempat mengelak dan terkena pada muka tuan director Ahmad Nisfu. Berkat tu dia punya middle finger sebab dah pernah pergi melawat buat umrah!!!!.

Aku pun tak mahu mengulas panjang just baca apa yang orang lain dah ulas berkenaan isu ini walaupun dalam hati aku tetap tidak bersetuju dengan cara dia mengarah video klip tersebut.Biarpun alasannya untuk tayangan ke Amerika ke, ke Africa ke atau ke mana sekalipun selagi ianya dilakukan oleh kita yang beragama Islam kesannya turut dirasakan oleh orang lain juga terutamanya pada kita bangsa Melayu.Apa yang nyata semakin lama kita semakin disajikan dengan kisah kontroversi seperti ini untuk melonjakkan nama seseorang artis.

Gambir pula biasanya dimakan dengan daun sirih dan dikatakan amat berkhasiat untuk mengubati masalah cirit-birit serta menjadikan gigi kita kuat dan bersih.
Sejenis lagi gambir yang amat popular terutamanya pada kaum lelaki yang gemar pergi 'memburu' adalah gambir Sarawak.Gambir ini bukan untuk dimakan tetapi kegunaannya untuk mengubat sakit gigi atau disapu bila terkena sengatan serangga yang berbisa.


Gambir diperolehi dari kulit pokok gambir yang banyak ditemui di Sarawak dan kerana itu ia digelar gambir Sarawak.Apabila disapu kulit akan terasa panas dan kebas seperti dibius.Kalau terlebih sapu kulit akan melecet dan kepanasannya mengambil masa yang lama untuk hilang.

Kerana itu kalau sesiapa yang rasa tak cukup panas, bolehlah sapu gambir ni banyak-banyak tapi jangan sapu kat 'middle finger' pulak takut nanti 'orang lain' yang rasa panas.Lagipun 'middle finger' tu kan jari hantu kalau sapu panaslah hantu tu.Sesiapa juga boleh sapu termasuklah pelakon dalam video klip tu tapi cuma digalakkan untuk pelakon lelaki je sebab pelakon perempuan tu tak panas cuma 'hot'.

Kalau Gambit vs Gambir ..mana yang lebih panas
ozzy - stok gambir dah 15 tahun habis..

5 ulasan:

  1. ozzy,
    boleh tak hany semlm baru tahu cerita full dan sebenar kes gambit ni. ahaha nampak benau tak hap-tu-det. tapi xper lah tak penting pun kan gambit nih.

    gambir tu boleh jugak buat ubat sakit gigi, gambit boleh?
    ahaha

    BalasPadam
  2. As'salam en.ozzy..

    Sebalum ni amy minat gila si gambit nie sebab amy memang mengikuti awan dania , suka tengok lakonan dia yang romantik gitu tapi selepas tersebarnya klip video tu , amy terus tawar hati nak meminati dia even klip video tu amy tengok separuh jalan tapi sungguh memalukan.. serius x suka dengan cara dia..orang sebelum buat sesuatu fikir dulu atau dia saja mencari publisiti murahan sebab dia pun bukan sepopular mana pun.amy kenal akan kehadiran dia pun melalui drama bersiri awan dania tue kalau tidak x kenal juga..

    BalasPadam
  3. Tak le sehebat mana video tu.. cuma suam-suam kuku aje namun adab sopan kita org melayu mmg tak kena video gitu :(

    BalasPadam
  4. DIa ni lulusan obersi kan..
    itu yg dia dpt dok obersi sana...
    Parents pun educated..Alhamdulillah...
    Semoga bertambah rezeki dia..boleh p Mekah
    skali lg...Kali ni harap2 dapat kesan 'sejuk' plak
    kat sana...

    BalasPadam
  5. tteibe rasa benci gilaa ngan si gambit niee..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...