23 Jun 2011

RANKING BLOGGER YANG POPULAR

Mungkin ada antara blogger yang tertanya-tanya sejauh mana populariti blognya sendiri dan sekiranya anda berpendapat blog anda popular dimanakah kedudukan blog anda mengikut ranking yang dikeluarkan berdasarkan analisis serta data yang diberikan.

Berikut adalah beberapa blog yang tersenarai antara blogger yang popular ketika ini.Ternyata populariti mereka sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi berdasarkan statistik serta data yang diperolehi.

Blogger yang dikatakan popular Ben Ashaari kini berada pada kedudukan yang ke 310 di dalam negara kita menurut ranking tersebut dan websitenya bernilai Rm225 ribu atau bersamaan dengan harga Mercedes Benz C200 Kompressor Elegance terbaru.Kepada mereka yang sering mempertikaikan populariti Ben Ashaari sila lihat fakta tersebut.

Redmummy terus mengekalkan popularitinya dan kedudukan terkini menyaksikan blognya berada di ranking yang ke 226 dengan nilai websitenya Rm183 ribu dalam negara kita.Rankingnya lebih tinggi dari segi pageview berbanding Ben tapi website Ben berjaya mengatasi website redmummy dari segi valuenya.


Blogger Hanis Zalikha pula kini berada pada ranking yang ke 398 dengan nilai websitenya Rm188 ribu sedikit mengatasi value Redmummy tetapi tewas dari segi ranking.

Walau apapun website ini bukan untuk mencari atau meletakkan blog yang paling popular tetapi menyediakan data tentang sesuatu website seperti jumlah pengunjung atau pembaca.Berada pada kedudukan pertama adalah google.com tetapi ia berada dikedudukan ke 3 dalam negara kita manakala Yahoo.com di tempat ke 4 dunia dan ke 5 dalam negara kita.Jika anda ingin semak kedudukan blog anda sila klik DI SINI dan masukkan URL blog anda sendiri atau sesiapa saja.Tekan butang 'reload' (anak panah berputar) untuk melihat data keseluruhannya dengan lebih detail.

Kalau anda perasan beranggapan bahawa anda lebih popular sila pergi ke link tersebut dan semak sendiri kedudukan anda dan selepas itu baru boleh canangkan pada satu dunia bahawa anda paling popular kerana ada bukti dan fakta.Jangan asyik nak berdengki atau menuduh orang lain tanpa ada bukti kerana melalui website tersebut kita boleh semak website sesiapa saja.

ozzy - blog ozzy2u bernilai rm15 ribu dan berada pada ranking yang ke 6 ribu hehe...ok la tu masuk juga dalam senarai kan.

14 ulasan:

  1. assalamualaikum ozzy..

    dah singgah sini baca tangan pun gatal le nak check blog sendiri...
    kalau ranking mmg le tak layak jatuh ke tempat berpuluh2 ribu he..he..
    my site worth pun x ckp duit le nk byr muka kereta...baru he..he..

    BalasPadam
  2. As'salam en.ozzy..

    Alamak amy x popular rasa segan pulak nak gi check.Bagi amy cukup la dengan pencapaian skg x mau terlalu femes sangat takut x terkejarkan.Blogging bukan bidang utama aky tapi business is no one.CUkup la kalau amy katakan amy dah selesa dengan keadaan sekarang.mempunyai pembaca dan rakan yang setia macam en.ozzy cewah kasi belanja kepsi la cam nie amy dah puji lebih nie hehehehehe...

    P/s: gatai juga jari nie nak gi check sekali hamek kau 3 ribu lebih daaaa

    BalasPadam
  3. SEDAR dulu pendapatan, SEDAR kemudian tiada gunanya,hehe. Oleh itu, lana sedar kedudukan lana dimata website, takmo la check,kang merajok,hehe

    BalasPadam
  4. 20 ribu??? hai, boleh bayor duit pt kalau camni,hehe. tapi abg ozzy, macamna diorang nilaikan blog tu dgn wang ringgit?

    BalasPadam
  5. SALAM,
    DAH CHECK TADI ! BLOG ME RENDAH RANKINGNYA. TAK MENGAPA ! KITA TERUS BERBLOGGING

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Jap lg nak try check....
    Thanks..

    BalasPadam
  7. tak sampai hati nak check rangking blog hijau hany tuh hihihihi....

    BalasPadam
  8. Abg ozzy, Mana satu pilihan kalbu? http://lianapm.blogspot.com/2011/06/yang-mana-satu-idaman-kalbu.html ;)

    BalasPadam
  9. salam..
    ermmm..rezeki masing-masing
    aku no 1500 lebih malaysia..
    alahai ada juga orang nak
    baca ye..alhamdulillah

    BalasPadam
  10. salam ..

    biasanya check ranking ni guna ALEXA.COM .. :)

    BalasPadam
  11. W'salam Ben ..ye betul guna alexa pun boleh cuma leceh sikit..yg ni lebih ringkas & mudah.

    BalasPadam
  12. hihi..bui dh cek..rm15 ribu jer..ok gak ler..hihi..
    so,siapa ranking pertama yer..?bui ingatkan abang ben tadi..huhu

    BalasPadam
  13. tak mimpi ler mak nk masuk dlm ranking2 ni,..

    BalasPadam
  14. boleh tak promote blog saya kat blog awak..tq
    blogzorroxx.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...