16 Jun 2011

RAWATAN BEKAM LINTAH

Lintah atau nama saintifiknya Hirudo Medicinalis merupakan sejenis spesis cacing yang yang suka menghisap darah.Jika dulu lintah banyak ditemui samada di dalam paya, sawah atau di kawasan hutan yang lembap dan sejuk tetapi hari ini lintah boleh ditemui dengan banyak setelah ia diternak bagi tujuan komersial.Berikutan permintaan yang tinggi di pasaran, kursus untuk menjadi usahawan menternak lintah turut ditawarkan kepada mereka yang berminat.

Siapa sangka lintah yang sebelum ini sering ditakuti kerana sifatnya yang suka menghisap darah serta dikeji kerana rupa bentuknya yang menggerutu serta hodoh kini boleh menjadi sumber untuk menambahkan pendapatan.Tidak kurang juga yang menjadikan ternakan lintah sebagai sumber utama dengan penglibatan sepenuh masa sebagai penternak lintah.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah, betul ke lintah gemarkan darah kotor? dan yang lebih menimbulkan persoalan adalah kenapa lintah dikatakan tidak akan menghisap darah mereka yang dijangkiti AIDS?.Jika selama ini kita menganggap lintah main sedut je tak kira apa jenis darah sekalipun ternyata anggapan kita silap sekiranya benar lintah tidak akan menghisap darah mereka yang dijangkiti AIDS.Ini bermakna lintah juga mempunyai deria rasa atau selera dan lintah juga boleh digunakan untuk mengesan samada seseorang itu telah dijangkiti virus AIDS!.

Sekarang ini bakal pengantin diminta untuk menjalani ujian darah bagi mengesahkan mereka tidak mempunyai atau membawa virus AIDS, maka alternatif yang boleh digunakan adalah dengan merendamkan kaki pengantin di dalam besen yang mengandungi beberapa ekor lintah.Jika lintah tersebut hinggap dan menghisap darah pengantin bermakna pengantin tersebut bebas dari AIDS tetapi jika lintah TIDAK hinggap bermakna kemungkinan besar bakal pengantin adalah pembawa virus AIDS.Amacam?? ada berani ke dengan idea aku ni terutamanya kepada mereka yang berkeras atau malas untuk pergi buat 'blood test'.

Sebenarnya aku nak ceritakan pada malam minggu yang lepas, aku dan bersama seorang kawan pergi menjamu selera di Up Town Kota Damansara.Biasanya kalau aku datang ke sini itu bermakna tekak aku sedang mengidam Char Kuey Teow.Memang sedap kalau tak percaya boleh singgah gerainya nombor 3 dari pintu masuk dan signboardnya berwarna hijau.

Selepas menjamu mata selera kami berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut yang menyediakan gerai jualan sambil melihat berbagai barangan yang dijual oleh peniaga.Tiba di satu gerai aku terpandang beberapa orang pemuda dan pemudi sedang menjalani rawatan 'bekam lintah'.Oleh kerana mereka duduk ditempat yang terbuka maka agak ramai juga yang singgah untuk melihat 'Lin dan Tah' sedang ghairah menyedut-nyedut.



Gambar di atas adalah gambar mereka yang pernah menjalani rawatan di situ dan aku snap gambar tersebut untuk paparan kita bersama.Begitulah rupa mereka yang dapat kita semua lihat semasa menjalani rawatan cuma aksi saja mungkin berbeza.Asalnya saiz lintah cuma leper dan sebesar anak jari budak tapi kita dapat lihat bagaimana ia membesar hampir 3 kali ganda.Awek yang sorang tu dah macam tumbuh misai melenting dan yang sorang lagi tu pulak kata 'peace no war' tapi lintah tu tetap tak peduli, war ke tak war ke dia tetap sedut sampai kenyang.Niat di hati memang aku nak cuba tetapi rasa segan sebab kita kena duduk di situ macam model lintah sambil diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang.Silap-silap ada yang ambil gambar esoknya keluar paper Harian Metro.

Bagi rawatan membuang darah kotor seperti di atas charge yang dikenakan mengikut berapa jumlah lintah yang digunakan.Biasanya untuk bahagian muka sahaja sebanyak 4 ekor lintah akan disediakan dengan bayaran rm 50 untuk kesemua lintah tersebut.Seekor lintah dikatakan menghisap diantara 10ml ke 25ml darah kotor dan masa rawatan pula  diantara 1 hingga 2 jam (untuk habiskan 4 ekor lintah) dan bergantung pada lintah tersebut yang akan jatuh dengan sendirinya setelah dia kenyang. Kalau dapat jenis lintah yang tamak dan tak mahu lekang jawabnya tunggulah sampai perut lintah tu meletup hehehe..

Bagi mereka yang ingin menjalani rawatan 'breast cancer' melalui bekam lintah ini pula, mereka akan di tempatkan di sudut tepi yang di tutup dengan tirai bagi menutup pandangan orang ramai.Untuk rawatan 'breast cancer' ini sebanyak 40 ekor lintah akan digunakan.Diulangi empat puluh ekor lintah akan digunakan untuk menyedut darah tersebut.Menurut akak yang menguruskan perniagaan tersebut kaedah ini amat berkesan untuk menghapuskan penyakit tersebut selagi mereka belum menjalani rawatan kimoterapi.Menurutnya lagi lintah tersebut akan mematikan terus 'akar' penyakit tersebut.Nak tahu lebih lanjut atau ingin mencuba silalah ke Up Town Kota Damansara dan bila aku teliti semula 'flyer' yang aku ambil rupanya dia ada websitenya sendiri sila klik DI SINI. ..siap dengan harga USD lagi tau.

ozzy - biar lintah tu sedut asalkan jangan lintah darat yang sedut.

8 ulasan:

  1. sekarag ulat pun dah digunakan dlm perubatan utk memakan sel2 kulit luka yg mati...cuma lalat2 induk dibekalkan dgn darah babi utk membiak [ini di us & neg barat]..tu yg susahnya

    BalasPadam
  2. Eeeee .. kakchik dgr rawatan ni berkesan tapi geli la sgt2 nak mencubanya. En. Ozzy da penah cuba?? org kata kan, geli-geli je rasanya.

    BalasPadam
  3. Takut juga ngan lintah nie kalau kat sawah atau sungai tu bimbang masuk kedalam lubang punggung hehehe :)

    BalasPadam
  4. salam..untuk kongsi bersama..lintah adalah di antara dua jenis ulat yang pernah diceritakan dalam kisah hadis Nabi di mana Allah mencampakkan 2 jenis ulat yang sedang memakan badan Nabi sehingga tinggal tulang sahaja(sorry tak sure Nabi apa but please refer balik) seekor ke air dan seekor ke daratan. Yang di buang ke air jadi lintah untuk tujuan perubatan(cuci darah dan sbg) hingga ke hari ini dan yang di darat jadi lebah yang mana madunya baik untuk kesihatan..Jazakallahukhairan..

    BalasPadam
  5. Dzaky Nirman..W'salam

    Info yang baik utk dikongsi bersama..terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...