27 Jun 2011

UMPAMA BAJI

Apabila disebut BAJI pasti ramai yang tertanya-tanya apa benda ni?. Sekali dengar macam nama orang atau nama sebuah kumpulan penyanyi.Sebutannya hampir seperti Taji iaitu senjata yang ada pada kaki ayam jantan yang digunakan untuk menyerang musuh atau mempertahankan dirinya tetapi Baji pula adalah sejenis alat yang digunakan untuk memecah belahkan sesuatu objek seperti kayu.

Sesuai dengan fungsinya untuk memecah belahkan sesuatu objek, baji secara semulajadi akan memecah belahkan apa saja objek yang ada tanpa mengira objek tersebut kukuh ataupun reput. Sekiranya objek tersebut reput maka tugas baji lebih mudah untuk memecahkannya dan baji menjadi lebih bangga apabila berjaya memecahkan sesuatu objek yang kuat dan teguh.

Baji tidak mengenal kawan ataupun lawan.Bagi dirinya tugas utama adalah untuk memecah belahkan apa saja objek yang diingininya dan baji akan merasa puas setelah objek tersebut terbelah walaupun hanya sekadar serpihan.Baji amat memerlukan sokongan untuk sentiasa diasah supaya kekal tajam dan ia juga memerlukan tenaga yang kuat bagi menghasilkan momentum secara maksimum.Baji tidak akan berfungsi sekiranya tiada sokongan kerana ia akan longlai dipermukaan objek tersebut. Kerana itu tugas baji lebih mudah sekiranya ia diketuk atau mendapat sokongan yang kuat untuk terus berkhidmat bagi memecah belahkan apa saja objek yang menjadi sasaran.

Ketika berada dipuncak baji merasakan dialah yang paling hebat.Baji dengan bangganya akan mencari apa saja untuk dibelah meskipun tahu sasarannya itu akan membuatkannya sumbing.Setiap kali mata baji dihalakan pada sasaran ia mendapat tepuk sorak agar misinya tercapai tetapi baji lupa apabila tiba masanya khidmatnya tidak akan diperlukan lagi apabila matanya menjadi semakin sumbing dan tiada siapa lagi yang mahu mengasahnya.Ketika itu baji tidak berdaya lagi untuk memecahkan apa saja objek walau hanya sebatang ranting yang kecil dan baji akan dibiarkan terpinggir dengan hina bersama karatnya.

Baji akan berkarat kerana ia diperbuat daripada besi walaupun baji menganggap dirinya bagaikan emas kerana sering dipuji.Baji akhirnya hanya laku untuk dijual sebagai besi buruk dan sumbangannya tidak lagi dihargai malah akan hanya dikenang sebagai alat untuk memecah belahkan sesuatu objek dan sebagai perosak yang tiada nilai.

ozzy - baji kini menjelma menjadi 'manusia' untuk mengambil alih tugasnya...

7 ulasan:

  1. Ade ke kumpulan Baji?
    Baji tu lebih kurang kapok la yek..

    BalasPadam
  2. Orang Melayu kita memang suka dengan baji terutama bagi mereka yang hidup dengan berpolitik.

    BalasPadam
  3. Baji... sekadar patuh dengan suruhan dan tiada pilihan...

    BalasPadam
  4. wowww hebat entri nie ,mempunyai maksud yang sangat mendalam...

    BalasPadam
  5. Kena ingat sama baji kena ada pengutuknya (tukul)
    kalau tak de bender tu dia pun tak jalan juga :)

    BalasPadam
  6. Salam...ada juga baji yg tahan lama, dicipta menggunakan stainless steel yg lebih keras sebab tu ia boleh bertahan lama. Walaupun teknologi semakin tinggi, baji masih lg wujud dan mengikuti juga peredaran zaman. Bukan lg berbentuk bongkah besar tetapi lebih kecil dan mengguna kuasa elektrik pula.

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/pendengki-adalah-pengecut.html

    BalasPadam
  7. Sebenarnya Baji punyai 2 peranan,pertama seperti kata Ozzy dalam atrikel ni..peranan kedua ialah untuk mengetat cangkul,kapak dan tukul yang longgar..(antara hulu dengan kepala 0

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...