Setiap dari kita pasti pernah atau sedang melalui saat suka dan duka dalam kehidupan ini.Melihat kesenangan dan kebahagian yang dikecapi oleh orang lain hati kita bertanya kenapa kehidupan kita tidak seperti mereka sedangkan kita telah berusaha sedaya upaya bersama kudrat yang ada namun nasib kita masih tetap tidak berubah lantas ramai antara kita yang kecewa dan menyalahkan takdir yang menimpa.Kita bertanya kenapa? mengapa? dan bagaimana?.
Mungkin ramai antara kita yang mengeluh apabila apa yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang telah kita curahkan.Kita terus mencuba namun segalanya bagaikan ada penghalangnya.Ada antara kita yang hidupnya hanya sederhana tetapi dilimpahi kehidupan yang ceria dan bahagia.Namun ada diantara kita yang hidupnya dilimpahi wang berjuta tetapi kehidupan mereka masih tidak tenang.Di sebalik harta dan kekayaan yang dimiliki, hati mereka sunyi.Mungkin rumahtangga mereka sering bergolak serta anak-anak yang sering bersengketa lantas mereka bertanya kenapa nasib keluarga mereka seperti ini?.
Ada juga antara kita yang lahir dalam kemewahan namun ada antara mereka berkata seandainya dilahirkan semula mereka tidak mahu dilahirkan seperti ini.Mereka juga ingin menjalani hidup bebas seperti orang lain dan tidak terkongkong.Kehidupan mereka tersekat dan perlu mengikut protokol lalu mereka juga bertanya mengapa aku dilahirkan begini?
Tanpa kita sedari bahawa segala persoalan yang pernah kita lontarkan telah pun dijawab oleh ayat Al-Quran sebelum kita lahir dan celikkan mata untuk melihat dunia ini.Jika kita amati petikan di bawah sesungguhnya kita harus menyedari dan mengakui bahawa segala persoalan dan segala ujian yang kita tempohi sebenarnya telah pun dijawab oleh ayat al-quran..mungkin ada antara anda semua pernah melontarkan persoalan ini??...mari sama-sama kita renungi dan jika anda ingin menjawabnya maka jawablah dengan jujur.
KITA BERTANYA : KENAPA AKU SERING DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB
Apakah manusia itu ingat bahawa mereka dibiarkan saja berkata bahawa “Ohh..Kami telah beriman,” sedangkan mereka belum pernah lagi diuji? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang yang sebelum mereka...maka sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui orang yang benar-benar beriman dan sesungguhnya 'Dia' juga mengetahui orang-orang yang dusta kepadanya.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu padahal ia amat baik bagimu...dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu...sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak tahu.”
– Surah Al-Baqarah ayat 216
AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu padahal ia amat baik bagimu...dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu...sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak tahu.”
– Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI YA ALLAH?
AL-QURAN MENJAWAB
“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
– Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA AKU SERING KECEWA?
AL-QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati... padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
– Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI SEGALA DUGAAN INI?
AL-QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
– Surah Al-Baqarah ayat 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
– Surah Al-Baqarah ayat 45
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA AMALANKU INI?
AL-QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri serta harta mereka dengan memberikan/menjanjikan syurga untuk mereka…
– Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
– Surah At-Taubah ayat 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
– Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TIDAK BERDAYA MENGHADAPINYA YA-ALLAH !!!
AL-QURAN MENJAWAB
“.....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
– Surah Yusuf ayat 12
Salam Sifu...
BalasPadamkoi jwb ya utk semer soklan di atas...
nt koi post dlm blog koi plak yer...
erk...yg last skali tu opkos la tdk...
BalasPadamklu berputus asa dh lama bunuh diri...
salam ozzy..
BalasPadamkoi setuju amat apa yang aok
kaborkan mengenai petikan ayat2 Quran
tu dan jawapan aok..memang kita akan di uji
tanda agar kita menginsafi yang kita adalah pinjaman saja di dunia ni..tiada yang kekal hanya Allah sahaja yang azali..wallahualam
***entri yang baik 5 star bro!!
koi lagilah setuju :]
BalasPadamwoohaaaa ini terbaik dr ladang!!!
BalasPadamentry pembangun jiwa!
>>___<<
wa copy!
terima kasih kerana mengingati...rasenye banyak lagi soalan di atas yang UJ sendiri belum bertanya kan diri...terima kasih sekali lagi kerana ini adalah muhasabah diri ini sendiri...
BalasPadamterima kasih sahabat kerana menarik diri ini dari hanyut dalam dunia yang tidak ada apa-apa erti..
terima lah kasih ini kerana berkongsi...
salam ukhuwwah:-)
w'salam semua..
BalasPadamShinju & frodo..terima kasih sudi kongsi & copy paste
zul & ampuan awang..mumgkin rakan lain juga setuju bahawa semua itu telah dijawab oleh al-quran
UJ..kasih diterima..sama2 mengingati antara kita
Ujian yang didatangkannya lebih mendekatkan kita padaNYA. Hanya Allah swt yang maha mengetahui.
BalasPadam