31 Januari 2011

BLOGGER YANG TERKEJUT

Entry kali ini merupakan kesinambungan segmen yang diterbitkan oleh saudara Rohaizad yang sebelum ini memberikan tajuk Blogger Yang Tersepit.Aku turut sertai segmen tersebut dan diterbitkan di SINI.

Untuk tajuk kali ini masih lagi aku ingin paparkan berkenaan hidup yang mewarnai dunia seseorang yang bergelar blogger dan jika berminat anda boleh sertainya di SINI.

Ada beberapa sebab dan tujuan seseorang itu terjun ke dunia blog.Salah satunya untuk meluahkan perasaan yang terpendam atau meluahkan isi hati pada sesuatu tempat.Dengan adanya blog maka dapatlah ia dijadikan medium untuk menulis segala apa yang tersirat.Selain dari itu ia turut dijadikan aktiviti untuk mengisi masa lapang dengan menulis dan berkongsi maklumat.

Dalam meluahkan isi hati pasti banyak topik yang ditampilkan antaranya berkenaan politik tanahair,hubungan keluarga,kisah cinta,hubungan kaum dan bermacam lagi hal yang berkaitan dan terkandung di minda.Ada kalanya apabila luahan tidak dapat dikawal ia bakal mengundang padah terutamanya yang melibatkan politik dan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum.Dalam keadaan yang tidak dijangka maka jadilah apa yang dikatakan BLOGGER YANG TERKEJUT apabila tanpa disangka surat saman mencecah jutaan ringgit tiba ke tangannya.

Kes yang berlaku baru-baru ini pastinya turut membuatkan bukan hanya Blogger yang terlibat terkejut malah blogger lain turut terkejut apabila tanpa disangka seorang blogger telah disaman sebanyak rm 6 juta oleh salah seorang pemilik restoran kari kepala ikan seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star di SINI.Reviewnya berkenaan restoran tersebut tidak disenangi oleh pemilik restoran itu.Bukan hanya Blogger itu saja terkejut malah pihak Google turut terkejut apabila disaman sebagai defendant kedua.Maka jadilah GOOGLE YANG TERKEJUT dan BLOGGER YANG TERKEJUT.Sememangnya dunia ini adakalanya penuh dengan kejutan.

Mungkin banyak lagi pengalaman yang dialami oleh seorang blogger yang membuatkan dirinya terkejut apabila mula menceburkan diri dalam dunia blog.Bagi diri aku belum ada lagi apa-apa elemen yang membuatkan aku terkejut semenjak berkecimpung dalam dunia blog kerana mungkin belum ada lagi topik sensasi yang aku pernah terbitkan.Banyak perkara yang telah aku duga apabila mula berjinak-jinak dalam dunia blog antaranya pasti wujud persengketaan sesama blogger dan ianya tidak mengejutkan aku apabila perkara ini benar-benar berlaku.

Mungkin ada antara blogger yang pernah menjadi BLOGGER YANG TERKEJUT apabila ia hanyut dalam dunia blog atau boleh disimpulkan sebagai kejutan budaya blog antaranya blogwalking dan mencari idea untuk menghasilkan entry.Masa yang ada banyak dihabiskan dengan blog sehingga mengabaikan banyak perkara lain serta menjejaskan rutin seharian samada tugas sebagai isteri,suami,ayah,pekerja,pendidik,pelajar dan sebagainya terus terabai.Sebelum rumahtangga hanyut atau terus karam dan sebelum diberi amaran beringatlah serta berhati-hatilah sebelum anda menjadi BLOGGER YANG TERKEJUT.

ozzy - terkejut dari mimpi....

29 Januari 2011

TAMBAH PENDAPATAN DENGAN HEARTBEAT



Tambahkan iklan dalam blog anda untuk tambahkan pendapatan.Jika sebelum ini ramai yang hanya bergantung dengan Nuffnang kini muncul iklan baru yang boleh dimuatkan dalam blog anda.Paling penting iklan ini tidak akan menjejaskan status anda di Nuffnang.Jangan bimbang kerana iklan ini juga tidak akan menjejaskan pendapatan anda melalui iklan nuffnang.

Antara tawaran menarik yang disediakan adalah seperti di bawah.


Jika berminat cuma klik sahaja iklan yang terletak pada Header blog ini dan promote pada rakan-rakan anda.Anda akan di bayar sebanyak rm 2 sekiranya rakan anda berminat dan klik pada iklan tersebut..so jangan segan-segan silalah klik.

Terima kasih pada Azzey yang mempromosikan iklan ini seterusnya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.Jika masih belum yakin anda boleh klik di SINI untuk melihat pendapatan yang telah mereka diperolehi dari iklan ini.Selamat mencuba....

ozzy -  peluang yang ada jangan lepaskan...

28 Januari 2011

BANTUAN UNTUK ADIK MUHAMAD HAIRUMAN

Melihat penderitaan adik Muhamad Hairuman yang  melecur akibat terkena renjatan kabel elektrik aku teringat peristiwa sewaktu aku tinggal di hospital beberapa tahun dulu.
Pesakit yang ditempatkan dibelakang katilku turut mengalami nasib sama cuma bezanya ia tidak seteruk apa yang dialami oleh adik Muhamad ini di mana hanya kakinya saja yang disambar api dan melecur teruk dan usianya aku anggarkan 24 tahun ketika itu.

Sewaktu nurse cuba membersihkan kakinya dia terjerit-jerit menahan sakit hinggakan nurse tersebut pun dia mahu terajang.Apabila emaknya tiba untuk memujuk dan menjaga dia, dia masih lagi marahkan emaknya.Aku mendengar dia berkata "mak datang sini buat apa..kalau nak tambahkan lagi sakit baik tak payah datang".

Namun kasih sayang seorang ibu tiada bandingnya apabila aku melihat emaknya tetap sabar dan hanya mendiamkan diri meskipun dimarahi oleh anaknya.Pagi-pagi aku lihat emaknya mengelap badan anaknya dengan kain basah untuk menyegarkan tubuhnya dan malamnya emaknya hanya tidur di atas kerusi sambil kepalanya beralaskan tilam anaknya berbaring.Dari apa yang diceritakan oleh ibunya pada isteriku yang pada waktu itu turut menjaga aku anaknya itu sering menendang atau menyepak ibunya dan mungkin ini balasan dari perbuatannya bisik hatiku...wallahualam.

Berbalik pada kisah adik Muhamad tolong jangan samakan dengan apa yang aku ceritakan berkenaan pemuda tadi.Mungkin ini dugaan Allah padanya dan tidak semestinya ia sebagai balasan atas apa yang telah dilakukan di dunia ini kerana segalanya hanya dia dan Allah sahaja yang maha mengetahui namun pada aku dugaan ini amat besar bukan hanya padanya malah pada ahli keluarganya yang lain.Kita semua difahamkan dia dan adik beradiknya yang lain adalah anak yatim piatu.

Tidak cukup dengan derita menahan sakit ( kawasan yang melecur perlu dicuci dan dibersihkan setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman ) kedua-dua pergelangan tangannya pula terpaksa dipotong kerana saraf pada anggota tersebut tidak lagi berfungsi dan boleh memudaratkan anggota badan yang lain.Baru seminggu dia kehilangan tangannya doktor memaklumkan pula sebelah kakinya juga akan dipotong atas alasan yang sama.Saat ini pada siapa untuk dia mengadu selain dari kakaknya Maryuni Miskon.Pastinya layanan seorang kakak dengan seorang ibu adalah berbeza.


Melalui akaun Maybank yang diberikan oleh kakaknya dan disiarkan samada melalui media cetak atau tercatat dalam blog rakan lain aku cuba menghulurkan sedikit sumbangan tetapi malangnya hingga ke hari ini transacsion tersebut masih gagal.Aku menyeru juga agar rakan-rakan lain turut sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung untuk rawatannya meskipun hanya dengan nilai satu ringgit jika dikumpulkan oleh keseluruhan blogger yang dianggarkan telah lebih satu juta orang bermakna akan ada satu juta ringgit di dalam akaunnya.Jika nak hulurkan lebih tidak kira berapapun jumlahnya tak perlulah dicanang satu dunia kerana yang penting adalah keikhlasan kita.Mungkin satu hari nanti orang lain pula turut membantu kita apabila saat itu kita juga amat memerlukan bantuan sepertinya.

Ini adalah nombor akaun yang diberikan - 1620 3063 2448 atas nama kakaknya Maryuni Bt Miskon.Jika sesiapa tahu nombor yang sebenarnya harap dapat beritahu dan sebarkan atau jika nombor akaun tersebut salah harap dapat dibetulkan.

ozzy - yang penting kita ikhlas untuk membantu meskipun jumlahnya kecil...

25 Januari 2011

IKAN PUYU DAN RAHSIANYA

Sebelum ini aku memelihara ikan 'Kap China' atau disebut juga ikan 'Koi' dalam akuarium tapi kesemuanya tidak dapat bertahan lama.Bagi yang ingin memelihara ikan ini penjagaan air amat penting disamping makanan yang diberikan.Oleh kerana aku bela pun hanya sekadar untuk mencantikkan ruangan di dalam rumah maka aspek penjagaan kurang diberi perhatian.Akibatnya ikan tersebut tidak bertahan lama dan mati selepas beberapa bulan sahaja.

Jika di KL antara lokasi tumpuan untuk mencari berbagai jenis ikan peliharaan ramai peminat ikan akan pergi mencarinya di Jalan Pasar yang memperagakan berbagai jenis ikan termasuk accessories dan kelengkapan yang berkaitan hidupan haiwan yang hidup di dalam air termasuk juga spesis kura-kura.

Dengan harga serendah rm 2 seekor berbagai jenis ikan peliharaan terutamanya ikan kap boleh didapati di sini dan harganya mengikut saiz ikan tersebut.Ikan kap ini juga terbahagi kepada jenis dari China atau dari Jepun.Ikan kap Jepun harganya sedikit mahal kerana rupa bentuknya yang lebih cantik.Kedua-duanya aku pernah cuba tapi kedua-duanya pun tak tahan lama mungkin kerana aspek penjagaan yang kurang diberi perhatian.Kata mudahnya malas nak jaga hehe..

Daripada membiarkan akuarium aku kosong rasanya lebih baik aku masukkan apa saja jenis ikan asalkan ia tidak kelihatan kosong kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Kalau kena tangkap seekor jentik-jentik dendanya rm 100 kalau 10 ekor dah jadi seribu..tak pasal-pasal duit terbang.Nak bela ikan tapi malas nak jaga jadi ikan yang paling mudah dan tahan lasak untuk dibela adalah ikan PUYU.

Masa aku balik kampung aku ternampak ada orang jual ikan ni yang diletakkan di dalam satu bekas.Harganya cuma 5 ringgit untuk 12 ekor yang saiznya tidaklah besar.Ikan puyu ni pun sebenarnya cantik juga kalau kita pandai pilih.Kalau nak cantik lagi makeup kan dulu atau suntik botox macam orang la juga kan.Mungkin dari segi standard dan jenama atau dari segi harganya apabila disebut ikan puyu ramai akan cebikkan bibir atau tak nak pandang jadi jangan sebut ikan puyu katakan saja ikan flower horn.Ada la sikit-sikit iras flower horn jugak tu kan bentuknya.

Selain dari itu ikan puyu ni jenis tak memilih.Berilah makanan apa saja tolak kayu dengan batu je yang lain semua dia bedal.Kalau nyamuk nak bertelur memang tak ada chance..tak sempat landing dah kena sambar.Ikan puyu ini dikatakan amat bagus dipelihara untuk mencegah kehadiran serta gangguan makhluk halus.Kepercayaan ini juga turut diikuti bukan hanya pada kaum melayu malah kaum india juga percaya ikan ini dapat menghindari makhluk tersebut.Betul atau tidak wallahhualam... Pada aku itu bukan tujuan sebenarnya aku pelihara ikan tersebut tetapi jika ia berkesan bermakna itu adalah satu bonus pada aku dan mereka yang malas nak menjaga tapi rajin nak pelihara hehe...

Satu rahsia yang selama ini aku tidak tahu tentang ikan puyu ini adalah ikan puyu ini akan tidur terbaring dengan mengiring seperti kita manusia apabila tiba waktu tengah malam antara jam 12 malam ke atas.Pertama kali melihat aku terkejut apabila melihat mereka terbaring dengan mengiring samada di atas batu atau lantai akuarium serta dicelah pokok.
Pada mulanya aku sangkakan mereka nak mati tetapi bila aku dekati mereka akan segera bangun dan naik ke permukaan kerana menyangkakan aku nak beri mereka makan.

Ikan lain yang aku pelihara sebelum ini tidak ada yang terbaring atau mengiring seperti ikan ini.Kalau ada pun ikan yang tengah nazak tercungap-cungap nak mati.
Setiap malam aku melihat ikan ini tidur seperti manusia..apakah ada misteri disebaliknya?.. sebaiknya jangan fikir apa-apa dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiii..

ozzy - nak tambah ikan bandaraya pulak lepas ni....

24 Januari 2011

HATI-HATI DENGAN BERUANG

Sesiapa yang gemar pergi berburu perlulah berhati-hati kerana bimbang dengan kemunculan sang beruang.
Binatang ini dikatakan amat ganas dan tidak mengenal belas kasihan terhadap mangsanya.Meskipun badannya besar tetapi ia mampu berlari dengan pantas.Antara senjata utama binatang ini adalah kuku dan taringnya yang tajam.

Binatang ini juga mempunyai deria bau yang cukup tajam dan boleh mengesan mangsanya pada jarak yang jauh.Ia juga berkebolehan untuk memanjat sesetengah pokok dan mengejar mangsa dengan pantas.Antara strategi haiwan pemangsa ini adalah ketika ia berjaya mengesan musuhnya binatang ini akan menyorok dan 'menskodeng' dulu mangsanya sebelum menerkam dengan pantas.Dalam keadaan yang tidak bersedia mangsanya mudah tewas dan gagal bertindak untuk mempertahankan diri.Apabila haiwan ini mengganas tiada cara lain untuk menghalangnya selain dari ditembak samada dengan pelali atau peluru hidup.

Namun apa yang pasti disebalik sifatnya yang ganas dan garang di dalam kelompoknya tidak ada yang bersifat seperti manusia kecuali binatang ini amat menyayangi dan menjaga anaknya tetapi di dalam kelompok manusia ada yang bersifat buas sepertinya.Antara contohnya cuba lihat di sini

V

V

V


apa pandang-pandang??....nak kena gigit??

Untuk mengetahui kisah selanjutnya baca di sini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurubuasdijel12tahun/Article/index_html

Petikan berita - 
KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.


< --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- >


ozzy - nampak macam seiras jeee.......

22 Januari 2011

THAIPUSAM DALAM KENANGAN

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia.Mengikut kepercayaan mereka perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

Bagi penganut agama Hindu, Thaipusam merupakan hari bertaubat dari dosa-dosa yang sudah dilakukan.Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.Manakala upacara yang dipanggil Kavadi dilakukan bagi membayar niat atau nazar bagi menebus dan memohon ampun atas dosa yang telah dilakukan. Upacara memecahkan kelapa turut dikatakan bertujuan untuk membayar niat atau nazar.

Ketika bersekolah dan tinggal di kampung dulu pernah beberapa kali aku pergi melihat perayaan ini yang terletak agak berhampiran dengan tempat tinggal aku.Kuil yang terletak di Sg Jerik dan Kampung Jara berhampiran dengan Maran Pahang merupakan antara lokasi popular yang sering dikunjungi oleh penganut agama Hindu untuk menyambut Hari Thaipusam selain dari Batu caves.

Oleh kerana beberapa orang rakanku tinggal di sini maka tiada masalah ketika aku berada di sana untuk melihat upacara ini dengan lebih dekat.Di belakang rumah rakanku juga terdapat sungai kecil yang digunakan oleh mereka untuk 'mandi wajib suci' dan membersihkan dosa mereka melalui air yang mengalir.Proses ini tak perlulah aku tengok sebab tak ada yang special untuk di tengok hanya mandi biasa dan akupun memang tak berminat nak tengok.

Paling aku teruja adalah ketika menyaksikan upacara mencucuk lidah atau pipi dengan senjata tajam.Aku ingin melihat sendiri bagaimana upacara ini dijalankan kerana sebelum ini aku hanya saksikannya di dalam TV.Aku kemudiannya mendekati ke arah seorang pemuda yang dikelilingi oleh beberapa orang petugas yang bersiap sedia bersama gendang serta alat muzik yang lain.
Pemuda tersebut menjulurkan lidahnya dan ketika ini gendang akan dipalu sekuat mungkin bagi menenggelamkan jeritan pemuda tersebut.Aku melihat darah mengalir keluar meleleh ke dagunya sebelum dibersihkan.Setelah proses tersebut selesai keadaannya dilihat agak membahayakan memaksa aku menjauhkan diri kerana pemuda tersebut memegang parang sambil melibas ke kiri dan kanan.Menurut mereka pemuda tersebut berada dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri.

Cara yang sama turut dilakukan ketika upacara berarak membawa kavadi dimana Kavadi tersebut ditarik oleh penganutnya yang ingin membayar nazar dengan menyangkutkan kail yang disambungkan dengan tali pada badannya.Ketika ini aku dan pengunjung lain juga turut dilarang berada terlalu hampir kerana pemuda yang menarik kavadi ini turut dilihat berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Aku beralih ke upacara seterusnya iaitu upacara berjalan di atas bara api.Upacara ini juga merupakan salah salah upacara untuk membayar niat.Ini bermakna terdapat berbagai pilihan untuk mereka membayar niat atau nazar dan ianya dipercayai bergantung kepada besar atau kecil niat tersebut.Ramai pengunjung berdiri mengelilingi kawasan bara api tersebut termasuk aku untuk melihat upacara itu dijalankan.Di katakan abu yang ditabur pada bara api tersebut adalah abu dari mayat yang dibakar di kuil tersebut.

Apa yang uniknya adalah ketika proses ini berlangsung seorang sami akan berjalan sambil  membawa bekas yang berisi abu yang dikatakan abu mayat tadi.Sami tersebut akan mencelup jarinya pada abu tersebut dan 'mencolet' atau menyapu pada dahi sesiapa saja yang berada di sekeliling tempat tersebut.Sesiapa yang terkena akan terus pengsan atau tidak sedarkan diri.Aku juga hampir dicolet jika tidak sempat mengelakkan diri atau sami tersebut sengaja ingin bergurau!! dan memaksa aku menjauhkan diri dari tempat tersebut tetapi kerana degil aku masih ingin melihat/mengintai dari celah-celah orang ramai di situ.

Apa yang aku ceritakan ini adalah pengalaman aku dua puluh tahun dulu sewaktu aku masih bersekolah dan selepas berhijrah aku tidak lagi pergi melihat perayaan ini kerana tujuanku bukan untuk menyambutnya tapi sekadar ingin tahu dengan lebih dekat.Hari ini mungkin proses yang dilakukan sedikit berlainan dan disesuaikan dengan keadaan atau mungkin disapu dengan ubat bius terlebih dahulu.

Mengikut kepercayaan penganut agama Hindu juga, upacara mandi bunga juga turut diadakan dan  disempurnakan oleh seorang yang bergelar 'pandit' bertujuan membuang segala nasib buruk dan memberi tuah baru kepada individu berkenaan.Tujuh jenis bunga ditabur di dalam air yang dicampurkan dengan kunyit dan kemudiannya disiram ke atas mereka yang ingin menjalani upacara ini atau untuk membuang sial.

Di dalam masyarakat Melayu upacara mandi dengan tujuh jenis bunga ini juga agak popular bagi tujuan perubatan, untuk mendapatkan jodoh, penyeri wajah serta mengubah nasib malang (buang sial) pada diri seseorang.Bezanya jika Melayu dan Islam mentera serta jampinya pasti tidak sama dengan kaum Hindu manakala bunga aku sendiri tidak pasti apa jenis bunga yang diminta oleh bomoh tersebut.

ozzy - Selamat menyambut hari Thaipusam dan selamat bercuti...

PERNAHKAH KITA BERTANYA ??


Setiap dari kita pasti pernah atau sedang melalui saat suka dan duka dalam kehidupan ini.Melihat kesenangan dan kebahagian yang dikecapi oleh orang lain hati kita bertanya kenapa kehidupan kita tidak seperti mereka sedangkan kita telah berusaha sedaya upaya bersama kudrat yang ada namun nasib kita masih tetap tidak berubah lantas ramai antara kita yang kecewa dan menyalahkan takdir yang menimpa.Kita bertanya kenapa? mengapa? dan bagaimana?.

Mungkin ramai antara kita yang mengeluh apabila apa yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang telah kita curahkan.Kita terus mencuba namun segalanya bagaikan ada penghalangnya.Ada antara kita yang hidupnya hanya sederhana tetapi dilimpahi kehidupan yang ceria dan bahagia.Namun ada diantara kita yang hidupnya dilimpahi wang berjuta tetapi kehidupan mereka masih tidak tenang.Di sebalik harta dan kekayaan yang dimiliki, hati mereka sunyi.Mungkin rumahtangga mereka sering bergolak serta anak-anak yang sering bersengketa lantas mereka bertanya kenapa nasib keluarga mereka seperti ini?.

Ada juga antara kita yang lahir dalam kemewahan namun ada antara mereka berkata seandainya dilahirkan semula mereka tidak mahu dilahirkan seperti ini.Mereka juga ingin menjalani hidup bebas seperti orang lain dan tidak terkongkong.Kehidupan mereka tersekat dan perlu mengikut protokol lalu mereka juga bertanya mengapa aku dilahirkan begini?

Tanpa kita sedari bahawa segala persoalan yang pernah kita lontarkan telah pun dijawab oleh ayat Al-Quran sebelum kita lahir dan celikkan mata untuk melihat dunia ini.Jika kita amati petikan di bawah sesungguhnya kita harus menyedari dan mengakui bahawa segala persoalan dan segala ujian yang kita tempohi sebenarnya telah pun dijawab oleh ayat al-quran..mungkin ada antara anda semua pernah melontarkan persoalan ini??...mari sama-sama kita renungi dan jika anda ingin menjawabnya maka jawablah dengan jujur.


KITA BERTANYA : KENAPA AKU SERING DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB

Apakah manusia itu ingat bahawa mereka dibiarkan saja berkata bahawa “Ohh..Kami telah beriman,” sedangkan mereka belum pernah lagi diuji? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang yang sebelum mereka...maka sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui orang yang benar-benar beriman dan sesungguhnya 'Dia' juga mengetahui orang-orang yang dusta kepadanya.” 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu padahal ia amat baik bagimu...dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu...sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak tahu.” 
– Surah Al-Baqarah ayat 216
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI YA ALLAH?
AL-QURAN MENJAWAB
“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
– Surah Al-Baqarah ayat 286
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA


KITA BERTANYA : KENAPA AKU SERING KECEWA?
AL-QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati... padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
– Surah Al-Imran ayat 139
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI SEGALA DUGAAN INI?
AL-QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” 
– Surah Al-Baqarah ayat 45
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA  AMALANKU INI?
AL-QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri serta harta mereka dengan memberikan/menjanjikan syurga untuk mereka…  
– Surah At-Taubah ayat 111
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” 
– Surah At-Taubah ayat 129
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : YA


KITA BERKATA : AKU TIDAK BERDAYA MENGHADAPINYA YA-ALLAH !!!
AL-QURAN MENJAWAB
“.....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” 
– Surah Yusuf ayat 12
PERNAHKAH OZZY BERTANYA : TIDAK




                                




ozzy - pernah bertanya....

21 Januari 2011

INGAT 5 PERKARA

Semakin hari kita dapat lihat pertambahan blogger baru dari berbagai peringkat usia samada yang masih bersekolah hingga ke peringkat yang lebih dewasa.Masing-masing menampilkan berbagai tema atau genre mengikut citarasa yang masing-masing suka.Kata mudah blog aku, aku punya suka lah nak tulis apa pun.Ada yang menulis tentang diri sendiri, politik,agama,resepi dan sebagainya...lebih kurang Astro macam-macam ada.

Bagi blogger lama yang mungkin antaranya telah bertapak kukuh dalam dunia blog mungkin telah banyak panduan atau pengalaman mengenai selok belok tentang blog.Bagaimana cara-cara untuk meningkatkan traffic, cara-cara untuk menarik pengunjung dan sebagainya yang bertujuan agar blog dikunjungi.Tak kurang juga yang mencipta helah semata-mata untuk meningkatkan traffic.

Mungkin ramai juga yang pernah mengalami pahit manis dalam dunia seperti sakit hati, kecewa , sedih , gembira dan sebagainya kerana di dalam blog kita hanya menulis berbeza dengan dunia sebenar kita bercakap sambil memandang wajah seseorang atau sekurang-kurangnya mendengar suara tapi di dalam blog tulisan sebagai pengganti suara atau diri.

Kata orang jika untung sabut timbul , jika batu tenggelam.Begitulah juga dalam blog, ada yang dengan mudah menjadi popular dengan cepat dan ada juga yang melakukan berbagai usaha tapi masih belum jadi popular.Meskipun belum popular, blog masih lagi menjadi penawar sekiranya kewujudan blog bersandarkan pada minat dan sekiranya menjadi popular ia merupakan satu bonus.Dengan itu pasti tidak timbul rasa iri hati atau dengki apabila melihat orang lain popular... bersainglah dengan cara sihat.Ibarat kita pergi memancing meskipun menggunakan umpan yang sama dan memancing di tempat yang sama belum tentu ikan yang akan kita dapat sama banyak seperti apa yang orang lain dapat..berapa banyak yang kita dapat bersyukurlah kerana kita masih diberikan rezeki daripada pulang dengan kecewa.Bukan semua kejayaan boleh dicapai dengan mudah.

Semangat makin membara apatah lagi melihat ada yang memperolehi pendapatan beribu-ribu sebulan hasil dari blog.Walauapapun tujuan dan niat untuk blog terutamanya kepada blogger yang baru memulakan langkah untuk menceburkan diri dalam blog dan bertujuan untuk menambahkan pendapatan atau ingin menjadi popular ingatlah kepada 5 perkara.

1 - Blogwalking selagi sihat & larat sebelum kita sakit..kalau sakit sikit masih boleh update blog cuma tak berapa larat nak blogwalking.
- Berpada-padalah jangan sampai tugas dan kewajipan lain yang lebih utama tercicir.

2 - Masa muda tengah banyak idea sebelum tiba masa tua nanti idea dah kurang.
- Masa muda tenaga masih kuat dan idea pun banyak nak terbit sampai 5-6 entry sehari pun boleh.

3-  Masa kaya untuk beli atau upgrade laptop/computer dan bayar line internet sebelum masa miskin nak beli gula-gula pun tak ada duit.

4 - Masa lapang untuk update blog sebelum masa sempit..nak buka blog pun tak sempat.

5 - Masa hidup untuk menghadap computer..blog , facebook , youtube dsb...sebelum datangnya masa mati untuk menghadap Ilahi.
- Jangan terlalu leka....


* Masa yang ada perlu juga diisi dengan perkara lain yang turut memberi manfaat sebelum datangnya 5 perkara.

ozzy - ingatkan juga pada diri sendiri dan rakan-rakan blogger yang lain...


20 Januari 2011

BLOGGER YANG TERSEPIT

Entry ini sekadar menyahut saranan dari seorang blogger iaitu saudara ROHAIZAD salah seorang blogger yang dikatakan popular untuk menerbitkan sebuah entry bertajuk "BLOGGER YANG TERSEPIT".

Apabila disebut tersepit aku mendefinasikannya sebagai satu objek yang berada dalam kedudukan tersepit di antara objek yang lain.Blogger yang tersepit lebih merujuk pada perasaan yang bermain didalam fikiran seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai blogger tetapi tersepit antara kehidupannya di dalam dunia blog (dunia maya) dan kehidupan di dunia sebenar (realiti).

Terdapat beberapa klasifikasi mengikut kategori bagi menghuraikan keadaan mereka yang tersepit ini. Sebelum itu aku cuba fahami dulu apa tujuan dan hala tuju mereka/kita sebagai seorang blogger.Aku andaikan kebanyakan dari mereka/kita ingin menjejaki atau ayat mudah ingin menjadi seperti blogger Red Mummy yang pendapatannya mencecah 10 ribu sebulan hasil dari menjadi seorang blogger.Selebihnya sekadar menulis untuk suka-suka atau sekadar menghabiskan masa.

1- PELAJAR / GURU
- Seorang pelajar atau guru akan menjadi "BLOGGER YANG TERSEPIT" apabila banyak masa dihabiskan samada untuk update blog ataupun aktiviti blogwalking.Akibatnya banyak homework atau assignment tidak dapat disiapkan atau tertangguh atau dibuat sambil lewa sahaja.

2- PEKERJA
- Dari seorang pekerja yang dedikasi dan cemerlang juga menjadi  "BLOGGER YANG TERSEPIT" apabila turut ingin menjadi seperti Red Mummy.Mungkin pendapatan yang ada tidak mencukupi maka aktiviti blogger dilakukan.Bagi mengekalkan traffic yang tinggi seorang blogger baru perlu memperkenalkan blognya pada orang lain melalui kaedah blogwalking juga.Akibatnya masa banyak dihabiskan bagi tujuan ini.

3- SUAMI / ISTERI
- Hubungan suami/isteri turut menerima tempiasnya apabila seorang suami atau isteri menjadi seorang blogger tegar yang masanya lebih banyak dihabiskan dihadapan komputer samada bagi tujuan update blog atau blogwalking.Sebelum ini ramai memperkatakan akibat penangan facebook tidak mustahil fenomena ini turut berjangkit pada dunia blog.Puncanya jelas...kerana ingin menjadi seperti Red Mummy atau ayat mudah kerana duit.Apabila ini terjadi maka blogger tersebut turut di kategorikan sebagai "BLOGGER YANG TERSEPIT" diantara rumahtangga atau duit yang belum tentu berhasil.

4- PASANGAN BERCINTA
-  Pasangan bercinta juga tidak terlepas dari menjadi "BLOGGER YANG TERSEPIT" apabila salah seorang dari mereka menjadi blog addicted. Akibatnya hubungan menjadi hambar dan akhirnya putus akibat masa banyak dihabiskan demi blog.Hala tuju juga sama demi mendapatkan duit tambahan tapi alasan tersebut agak sukar diterima oleh pasangannya.Apabila putus cinta kesinambungan blog diteruskan pula menerusi penulisan berbentuk luahan hati dan perasaan.

Lebih malang lagi apabila waktu tengah malam sebelum ini diisi dengan sembahyang sunat dan tahajjud kini dilupakan gara-gara aktiviti blog ini. Akhirnya kalimah suci , hadis dan sunnah sekadar menghiasi laman blog tidak ubah seperti yang terpampang di dinding restoran mamak.

Kerana itu berhati-hatilah dari terjebak sebagai seorang "BLOGGER YANG TERSEPIT".Tidak menjadi kesalahan untuk menjadi seorang blogger kerana mungkin ada sesuatu yang menjadi kepuasan pada diri kita samada dari penulisan atau catatan mahupun info yang kita dapat.Mungkin juga pendapatan kita turut melonjak hasil dari menjadi seorang blogger tetapi lihatlah potensi yang ada pada diri kita ..apakah semua blogger akan menjadi seperti Red Mummy?? Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang di kendong berciciran dan jangan pula dari "BLOGGER YANG TERSEPIT" akhirnya kita menjadi "BLOGGER YANG TERGOLEK"...

KEMPEN PERANGI BLOGGER PENIPU


Entry ini adalah bagi menyahut seruan sahabat kita Anak Ulu Cheka bagi memerangi dan mendedahkan muka-muka penipu dalam blogwalking.Sebelum ini aku pernah terbitkan entry mengenai penipuan mereka tapi kali ini aku copy dari blog AUC dan Pendekar Berkuda untuk dedahkan nama-nama mereka supaya rakan-rakan lain tidak tertipu dengan mereka.

Pada rakan-rakan lain mari kita teruskan kempen ini dan sebarkan pada rakan-rakan lain terutamanya pada blogger baru atau blogger yang masih belum tahu dengan taktik mereka.Pastikan juga link mereka tidak didedahkan bagi mengelakkan ramai lagi yang klik untuk kesana.

Keterangan lanjut cara penipuan mereka sila klik di SINI  atau di sini
---> http://pendekarberkuda.blogspot.com/2011/01/cara-dan-kaedah-penipuan-trafik-dengan.html

Kempen Jom Tengok Muka Blogger-Blogger PENIPU!!!!!

17 EKOR TELAH BERJAYA DI KESAN !!
1 - Newbie - wowberita.com
2 - Kasim Ahmad - bulanpurnama89.blogspot.com (BulanPurnama | MariLompat)
3 - Innovator - rosyur.blogspot.com
4 - Joe - joharihamzah.com
5 - Fashion Girl - samredgroup.co.
6 - SK - sembangkosong.com  <---- kalian kenal mamat ni ~!!! kkhhhaakk ppptuiii!!!
7 - Popolita - popolita.blogspot.com ( rasa macam nak bagi pelempang je... )
8 - Cilupbah - cilupbah.blogspot.com (kalian pasti kenal dia~!)
9 - Anggur - akujobless.blogspot.com
10 -Melati Putih - d-ina-pengantin.blogspot.com
11 -Cahaya Cinta - ask-me-photographer.blogspot.com
12 -Suhaisweet - suhaisweet.blogspot.com - cissss !!!!
13 -GetMovie124 - getmovie124.blogspot.com
14 -Umar Yang Cute - salam1malay.blogspot.com <---- Kalian PASTI KENAL~! kkhaakk pptuiii !! <-- ludah hijau
15 -Blur a.k.a Jiwa Kacau - jiwakacau.com  <---- kalian kenal dia~!!! kkhakk ptuiiii!! <--- ludah hijau 
16 -Syamsid - flymoo.blogspot.com
17 - Joe a.k.a Faizol-1 - questwinintravel.blogspot.com
SEBARKAN KEBENARAN INI KEPADA ORANG RAMAI~! JANGAN DISIMPAN~! MEREKA INI PATUT DI AJAR~!

ozzy -  pengkhianat berada di mana-mana....

19 Januari 2011

BLOGWALKING - AUTO ATAU AUTA

Sejak akhir-akhir ini penggunaan 'auto blogwalking' semakin popular dikalangan blogger yang malas nak blogwalking secara manual seperti yang sering diamalkan sebelum ini.

Tujuannya pasti semua blogger tahu hanyalah untuk meningkatkan traffic masing-masing.Aku sendiri kurang pasti bagaimana format atau kaedah yang mereka guna pakai kerana belum pernah mencuba.Pastinya kaedah ini baik dan memudahkan pada mereka.

Agak pelik apabila kita perhatikan orang yang sama (kadangkala menggunakan nama yang berbeza) kerap berkunjung ke blog kita sehinggaa 4-5 kali sehari.Pastinya mereka ini mengharapkan kita juga berkunjung ke blog mereka setiap kali mereka singgah.Bagi menjaga hati maka kita turut singgah ke blog mereka cuma bezanya dalam format yang berlainan iaitu 'auto' atau 'manual'.Bagi mereka yang menggunakan kaedah 'auto' pastinya duduk bersandar dengan senyuman tapi bagi yang masih gunakan cara 'manual' pastinya terkial-kial jugakan.

Teringat sewaktu di kampung ada yang mengambil upah menjual kelapa atau upah mengait/petik kelapa.Bagi memudahkan kerja mereka menggunakan khidmat beruk yang dipelihara untuk memetik buah kelapa sementara tuannya hanya duduk bersandar sambil mengunyah kacang.Mereka cuma arahkan buah yang mana untuk dipetik samada nak yang muda atau yang tua.Bagi yang tiada beruk maka terkial-kial lah dia memanjat dari satu pokok ke satu pokok bersama kudrat yang ada.Kalau pokok tersebut tinggi dan sayup maka lambatlah dia sampai ke puncak.

Kebiasaannya kita dapat melihat website yang tertera (jika highlight pada nama mereka) akan terpapar contohnya abc.blogsot.com atau abc.com tetapi jika anda perhatikan sekarang ini banyak yang tertera URLCUT.COM atau URLPASS.COM.(anda boleh periksa mereka yang singgah dalam shoutmix aku ini atau shoutmix anda sendiri dengan menghalakan mouse pada nama mereka). Sekiranya hanya satu nama mungkin kita beranggapan itu adalah orang yang sama tapi apabila ramai yang menggunakan website yang sama maka timbul persoalan apakah mereka ini semua menggunakan apa yang dikatakan 'auto blogwalk'?.

Apabila timbul kesangsian ini aku sebenarnya memang malas nak singgah kerana kehadiran mereka ini tidak akan dikira sebagai Unique Visitor (UV) walau berpuluh kali mereka singgah dalam sehari jadi untuk apa aku menghadiahkan UV pada mereka dengan membalas semula jejak mereka.Sememangnya aku tahu kamu singgah walaupun bukan saja apa yang aku tulis kamu tak tahu malah mungkin tajuk apa yang aku tulis pun kamu tak tahu.


KENAPA KITA BINA BLOG

Setelah beberapa lama bina blog aku sendiri dan menjelajah ke blog rakan lain terdapat beberapa rumusan yang aku ingin ulas berdasarkan pemerhatian aku pada setiap blog yang ditemui.
Apa yang aku perhatikan terdapat beberapa ciri-ciri atau kategori pada setiap blog yang begitu significant dan digunakan sebagai platform untuk tujuan masing-masing.Ada beberapa kesimpulan yang dapat aku buat dan diklasifikasikan kepada beberapa kategori mengikut pemerhatian aku antaranya:

1-BLOG PERIBADI
-Blog seperti ini biasanya dibina oleh pemiliknya bagi catatan peribadi berkisar pada kehidupan dirinya seperti kisah peribadi yang dilaluinya termasuk bersama keluarga,kisah cinta , kisah novel , puisi , luahan hati dan perasaan serta segala yang berkaitan dengan kehidupan yang dilaluinya Kebiasaannya penulis sebegini lebih gemar mencari dan mendekati rakan blogger yang mempunyai minat yang sama serta membaca atau berkongsi kisah satu sama lain.Tema serta template yang ditampilkan biasanya kelihatan kemas dan tersusun dan tidak sesekali membiarkan blognya dipenuhi dengan bermacam-macam 'accessories'. Intonasi yang ditampilkan juga bernada lembut dan sentimental dengan penuh penghayatan serta pemiliknya seorang yang agak sensitif terutama jika dikritik.

2-BLOG KHUSUS
-Blog ini dibina atas sebab-sebab dan tujuan tertentu antaranya yang paling popular adalah blog politik dan iklan perniagaan yang mana pengisian atau entry meliputi situasi dan perkembangan semasa dari pemiliknya. Blog politik dilihat agak berisiko kerana jika penulisnya tiada apa-apa kedudukan dalam politik tapi memberi ulasan yang keterlaluan beliau harus bersedia menanggung risiko termasuk disiasat dan didakwa jika menyentuh hal-hal perkauman.

3-BLOG INFO
-Perisian blog seperti ini merangkumi info mengenai sesuatu mengikut spesifikasi dari pemiliknya antaranya info dan tips kesihatan,info sukan,info kenderaan,gossip artis dan sebagainya.Antara yang popular adalah gossip artis dan menjadi lebih 'panas' sekiranya penulis blog bijak memanipulasi keadaan dengan mengukir ayat yang lebih sensasi untuk menarik perhatian pembaca.

4)-BLOG KEAGAMAAN
-Menampilkan tema yang mengandungi banyak unsur-unsur keagamaan beserta nasihat dan peringatan dengan entry yang berbentuk ilmiah.Blog seperti ini biasanya dikuasai oleh komuniti yang suka membincangkan dan mengikuti perkembangan agama.Dikalangan blogger dilihat lebih berhati-hati dan perlu menjaga keterampilan atau penulisan terutama jika melibatkan soal seks kerana ia mungkin dianggap taboo oleh sesetengah dari mereka serta bimbang jika tersilap memberi ulasan atau komen keperibadiannya akan disalah erti.Oleh kerana itu ramai diantara mereka mengambil jalan selamat dengan membuat copy paste dari sumber yang mereka perolehi.Masalah juga timbul sekiranya blogger tersebut tergoda dengan 'godaan' blogger lain maka dia perlu berhati-hati terutama ketika meninggalkan pesanan didalam shoutbox atau shoutmix yang berbentuk sembang sosial kerana bimbang disalah erti oleh orang lain terutama pengikut blognya. Ini menyebabkan pergerakan blogger ini sedikit terbatas sekiranya blogger tersebut aktif dalam 'blogwalking'.  

5)-BLOG UMUM
-Ini adalah tema paling popular yang sering kita dapat lihat samada dari golongan berusia atau anak muda.Blog sebegini tidak meletakkan apa-apa tujuan tetapi biasanya meletakkan syarat kepada pengunjung iaitu 'ini blog aku..aku boleh tulis apa saja aku nak tulis'.Blog seperti ini juga dikenali sebagai blog suka-suka,blog merapu,blog mengarut atau blog entah apa-apa dan panggilan lain merujuk kepada blog yang tiada tujuan tertentu.Tema sebegini semakin popular setelah fenomena yang dicetuskan oleh blogger Red Mummy yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Kini tampil blogger yang semakin popular iaitu Ben Ashaari yang mengisytiharkan dirinya sebagai pencabar Red Mummy..satu persaingan yang sihat.

Sememangnya pertama kali melihat blognya ramai yang dapat mengesan karisma dan kredibility dia untuk muncul sebagai blogger yang dianggap 'hebat' dan mempunyai tarikan tersendiri terutama pada golongan wanita.Dia mempunyai idea untuk mengolah cerita dengan gaya bahasa yang bersahaja namun ada kalanya dia kelihatan sedikit celupar pada anggapan sesetengah blogger dengan komennya yang tidak berselindung dan 'tepat kena tang hidung.. kata orang utara'.Apapun kredit pada Ben Ashaari kerana kelihatan yakin dan berani untuk declare dirinya sebagai pencabar.

Blog sebegini juga turut popular dan semakin didominasi oleh kalangan pelajar yang menampilkan berbagai tema mengikut kreativiti atau citarasa masing-masing.Dari blog tersebut juga personaliti seseorang itu biasanya dapat dikesan berdasarkan template yang ditampillkan antaranya pemiliknya seorang yang kemas , teliti , bersih , selekeh , berserabut atau jenis ala kadar...jadi kepada para gadis blog anda mungkin menjadi perhatian. Ada yang menyumbat segala macam iklan atau widget sehingga blognya kelihatan semak ditambah dengan pemilihan warna yang tidak sesuai maka berkemungkinan blog seperti ini kurang digemari oleh blogger lain yang hanya sekadar singgah tanpa membaca isinya.

Menjadi kelaziman mereka akan berkunjung sesama blogger untuk 'up-traffic' atau mengusik antara satu sama lain namun apa yang dikhuatiri samada telah terjadi atau bakal terjadi adalah sekiranya timbul rasa tidak puas hati atau iri hati jika rakan blogger tidak lagi berkunjung ke blognya tetapi dikesan berkunjung ke blog orang lain atau mungkin ada kata-kata yang tidak disengajakan membuatkan individu tersebut terasa hati .. perlu diingat orang melayu kebanyakannya berjiwa sensitif.. .Lebih mengecewakan sekiranya hubungan persahabatan terputus akibat dari situasi ini.Dengan ini adalah lebih baik sekiranya blogger semua meminumkan perasaan tersebut dan menganggap aktiviti blog ini hanyalah sesuatu yang santai dan mungkin juga untuk menambah kenalan.

Sekiranya fikiran kita diterapkan dengan unsur-unsur terlalu mengejar kekayaan seperti yang diperolehi oleh Red Mummy aku beranggapan lebih baik 'shoutbox/shoutmix' dibuang sepertimana yang Ben Ashaari lakukan sekiranya berlaku perkara seperti diatas.Walau apa jua tanggapan atau komen pada blog anda... aku berpendapat itu adalah hak anda sebagai individu yang bebas bercakap apa saja selagi tidak melanggar undang-undang.Memetik kata-kata dari Pak Hamid Gurkha "orang kata lawak saya lawak bodoh..saya peduli apa!!" dan anda juga mungkin boleh berkata "orang kata blog aku blog bodoh...aku peduli apa !!!".

17 Januari 2011

SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR

Hari sabtu dan hari minggu kebiasaannya aku lebih gemar melakukan aktiviti luar samada bertemu rakan-rakan atau aktiviti lain bersama keluarga. Tinggalkan blog buat seketika untuk memberi ruang pada aktiviti lain.Kata orang sambil menyelam sambil minum air tapi sekarang air banyak dah tercemar silap-silap kena kencing tikus macam di Lubuk Yu jadi sebaiknya sambil makan sambil minum air takut tercekik pulak nanti.

Sabtu malam minggu yang lepas sekali lagi kami rakan-rakan sekelas sewaktu bersekolah dahulu berkumpul untuk menikmati satay Kajang.Memandangkan malam minggu bazar/restoran satay Kajang utama yang terletak berhampiran dengan stadium sesak dan padat dengan pengunjung maka kami memilih lokasi lain sekitar Kajang dan Bangi.Lokasi yang dipilih adalah "Restoran Sup Urat Ketin" yang turut menyajikan satay Kajang.Kami memilih satay ayam dan satay rusa serta sup urat ketin ( Zul kata pedas gila hehe ) cuma bagi aku yang sedikit cerewet kuah satay nya cair dan kurang umphhh..tak sama macam satay kajang origional Haji Samuri (jangan marah ye Ramli hehe).

20 tahun dulu kami semua bersekolah dan berada dalam kelas yang sama dan selepas terpisah lebih 20 tahun tanpa diduga rupanya kami dipertemukan semula di Kuala Lumpur setelah jejak mereka berjaya dikesan.Pastinya berbagai kisah suka dan duka mewarnai kehidupan masing-masing untuk dikongsikan bersama.Namun apa yang penting adalah jalinan persahabatan sesama rakan-rakan terus kekal hingga ke hari ini.Meskipun aku hanya berupaya menghimpun beberapa orang saja pada malam tersebut kerana tiga yang lain tidak dapat hadir atas masalah yang tidak dapat dielakkan namun ia amat bermakna kerana ada antara mereka yang belum bersua pada pertemuan yang lalu...hinggakan tidak sedar jam sudah menunjukkan 2 pagi.

Apapun terima kasih sekali lagi pada dua orang sahabatku yang sponsor makan dan minum pada perjumpaan tersebut.Juga ucapan tahniah pada kedua-duanya yang aku anggap telah berjaya dalam perniagaan bersama syarikat masing-masing.Ramli bersama syarikatnya Alaf  Teras Sdn. Bhd. yang kini produknya telah berjaya menembusi pasaran luar negara hingga ke Africa dan seorang lagi rakan Tusirin bersama syarikatnya NMtechnic Sdn. Bhd.Buat rakan yang lain termasuk diri aku juga apa yang penting kita teruskan usaha kearah yang lebih baik.Mungkin ketika ini rezeki yang dicurahkan pada sahabat-sahabat kita lebih banyak dari apa yang dicurahkan pada kita namun tidak mustahil suatu hari nanti kita juga bakal menikmatinya.

Jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T anugerahkan pada kita dan minta dijauhkan dari sifat iri hati atau dengki apabila melihat rakan-rakan kita lebih berjaya.Tahniah juga pada seorang lagi sahabat kita Azri atau "Jerry" yang telah mendaftarkan syarikatnya sendiri Permai Waja Ent. baru-baru ini dan kini dalam proses untuk mendapatkan pinjaman dari pihak MARA. Semoga perniagaannya nanti akan turut beroleh kejayaan yang cemerlang.

Antara yang hadir adalah blogger yang semakin popular saudara ZULKBO (dua dari kanan) atau anda boleh klik blognya di SINI. yang juga rakan sekelas kami.Pertemuan ini juga turut menyelitkan sedikit perbincangan berkenaan Reunion rakan-rakan seangkatan yang dirancang akan dibuat pada 1 May 2011 nanti di Cherating Pahang.Terima kasih juga pada Zulkbo kerana membeli dan melanggan produk yang aku jual serai wangi dan tungku moden.Sesiapa yang tinggal di Ampang dan berminat untuk mendapatkan produk ini termasuk batu garam bukit boleh menghubungi Zulkbo.

Hari ahad pula sebelah petangnya aku menuju ke area Subang berhampiran Kampung Melayu Subang untuk bertemu rakanku selaku pengedar di Area Subang.Ketika sedang asyik menikmati char kuew teow pemilik warung tersebut bertanya apa yang aku bawa dalam plastik jual barang ke katanya.Aku katakan aku bawa sedikit stock untuk diserahkan pada rakanku di sini.

Dia kemudiannya meminta untuk melihat barang tersebut lantas aku tunjukkan.Alhamdulillah..sudah rezeki aku agaknya malam tu dia juga berminat dan terus beli produk tersebut.Inilah dikatakan sambil menyelam sambil minum air dan sambil makan sambil minum air...

ozzy - jalan-jalan cari makan....

14 Januari 2011

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Kata pepatah yang sering disebut apabila kita memandang penderitaan seseorang yang menanggung beban samada dalam kehidupan seharian mahupun kesakitan yang dialami.Pepatah ini juga turut dikaitkan dengan nasib malang yang menimpa diri seseorang.

Pada yang memandang mereka hanya dapat membayangkan penderitaan individu tersebut tetapi bagi yang mengalaminya pasti lebih merasai penderitaan dan kesakitan yang sebenar.Untuk melihat pepatah ini tidak perlu pergi jauh kerana ia terpampang di depan mata.

Berat mata mak ayah memandang anaknya memikul beg sekolah berat lagi bahu anaknya memikul beg tersebut.Inilah gambaran jelas yang dapat kita perhatikan hari ini.Apabila aku sendiri melihat anak aku yang bertubuh kecil menggalas beg yang sarat dengan buku aku terasa seolah-olah beban tersebut belum layak untuk dipikul oleh seorang budak seperti itu apatah lagi dia seorang perempuan.Namun apakan daya demi tuntutan pihak sekolah dan demi masa depannya maka terpaksalah aku atau anda semua sebagai bapa atau ibu hanya mampu melihat anak-anak memikul beban tersebut.

Alternatif bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memperkenalkan beg sekolah yang beroda. Persoalannya apakah dengan langkah yang diperkenalkan ini mampu mengatasi masalah tersebut. Demi meringankan beban anak-anak ramai ibubapa membelikan beg beroda ini bagi menggantikan beg yang digalas.Aku turut menyahut seruan tersebut dengan membelikan beg beroda ini.Malangnya hanya beberapa hari saja anak aku guna selepas itu dia kembali semula menggalas beg.Bukan hanya aku malah ibubapa yang lain turut merungut apabila anak mereka juga enggan menggunakan beg beroda ini.Alasannya beg beroda ini lebih menyiksakan..tapi kenapa?

Ini adalah kerana sekolahnya tidak sama rata keseluruhannya.Memasuki pintu pagar sekolah memang selesa untuk menyeret beg tersebut.Selepas beberapa langkah dia terpaksa mengangkat beg tersebut untuk menuruni tangga.Dia kembali menyeretkan begnya apabila melalui kaki lima dan sekali lagi beg tersebut di angkat untuk menaiki tangga menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 3.Jika orang dewasa pun termengah-mengah menjinjing beg tersebut sebelum tiba ke tingkat 3 inikan pula budak-budak.

Ternyata langkah memperkenalkan beg beroda belum berjaya mengatasi sepenuhnya masalah ini. Untuk sekolah yang dibina sama rata atau tidak bertingkat mungkin ini adalah pilihan yang terbaik tetapi bagi yang sekolahnya banyak tangga pastinya mereka menolak untuk menggunakan beg beroda ini kerana ia lebih menyusahkan pada mereka.

Antara langkah yang boleh diperkenalkan aku mencadangkan penggunaan komputer/laptop bagi menggantikan buku latihan atau buku teks.Memandangkan sekarang ini harga komputer/laptop semakin menurun dan beratnya semakin ringan serta saiznya yang semakin kecil aku rasakan kaedah ini mungkin lebih sesuai di mana murid-murid tidak lagi perlu membawa buku yang banyak untuk ke sekolah.Apabila komputer/laptop diperkenalkan maka penggunaan buku teks boleh dimansuhkan dan subsidi bagi buku teks boleh digunakan untuk membeli laptop.

Komputer/laptop ini juga boleh digunakan sehingga murid tersebut tamat sekolah untuk sekurang-kurangnya sehingga darjah 6 sebelum digantikan dengan komputer baru apabila mereka memasuki sekolah menengah. Walauapapun ini hanyalah cadangan aku dan pastinya kajian secara terperinci perlu dibuat sebelum kaedah ini diperkenalkan pada semua sekolah.

ozzy - mungkin juga buat masa ini murid sekolah perlu diberi subsidi susu anlene untuk kuatkan tulang... 

13 Januari 2011

TERAPI IKAN "SPA FISH" MENGUNDANG BENCANA

Rawatan Spa fish atau terapi ikan merupakan rawatan alternatif bagi merawat kaki atau kulit yang bermasalah.Rawatan ini dikatakan berkesan bagi merawat kulit kaki yang bermasalah seperti ekzema dan psoriasis.Spesis ikan yang digunakan adalah spesis Garra Rufa yang diimport dari Turki dan spesis Chin Chin yang diimport dari China atau Taiwan.

Psoriasis ditakrifkan sebagai penyakit kronik yang mengakibatkan kegatalan atau keradangan pada kulit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik namun ia tidak berjangkit. Penyakit ini juga turut dikaitkan dengan faktor genetik atau keturunan.Info selanjutnya baca di SINI

Di negara kita rawatan ini juga semakin popular setelah dikatakan amat berkesan untuk merawat dan membersihkan anggota badan terutama bahagian kaki.Kaedah ini kemudiannya diperkenalkan secara meluas termasuk di tempat terbuka dan pusat membeli belah.Aku pernah berniat untuk mencuba rawatan ini tetapi apabila aku terima kiriman email dari seorang rakan semalam membuatkan aku dan juga anda semua perlu berfikir berpuluh kali sebelum meneruskan niat untuk mencuba rawatan ini.

Berikut adalah kandungan email yang aku terima...

- Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit atau rawatan alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya. 
Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.-



Pada mereka yang pernah membuat rawatan ini mungkin perlu pertimbangkan untuk pergi buat "blood test" pula selepas ini.Secara teorinya aku turut bersetuju dengan fakta tersebut sekiranya setiap kali rawatan mereka menggunakan ikan yang sama dan aku beranggapan agak mustahil untuk mereka menggantikan ikan tersebut setiap kali selepas rawatan dibuat kerana ikan tersebut diimport dari luar negara.Talak untung maa....


 ozzy - cuba try ikan piranha...

12 Januari 2011

ANGKARA IBU TIRI

Terasa sayu apabila terbaca siri kekejaman yang dilakukan pada kanak-kanak di dalam akhbar kosmo semalam.Info selanjutnya di SINI.
Lebih memilukan apabila bedah siasat ke atas kanak-kanak itu Nur Dania Qistina yang baru berusia 3 tahun mendapati terdapat 73 kesan lebam akibat di dera.Akhirnya penderitaannya berakhir setelah dia disahkan telah meninggal dunia.

Melihat pada gambar serta kesan lebam pada matanya tidak dapat aku gambarkan bagaimana siksaan dan penderitaan yang ditanggung oleh tubuh sekecilnya untuk lagi 72 baki siksaan yang lain.Dia bersama adik dan kakaknya yang berusia 5 tahun dikatakan baru sahaja dibawa berpindah oleh bapanya untuk tinggal bersama dengan ibu tirinya sejak tiga bulan lepas.

Bukan berniat untuk mendahului keputusan mahkamah tetapi sewajarnya orang yang melakukan perkara tersebut wajar diberi hukuman yang setimpal tidak kira siapa yang melakukannya termasuk ayah atau ibu kandungnya sendiri.Jika ibu tiri sekalipun perbuatan ini tidak sepatutnya dilakukan meskipun ia bukan darah dagingnya sendiri.

Antara yang menjadi penyumbang masalah ini mengikut pandangan aku sekiranya melibatkan ibu tiri adalah kerana :

 i - DENDAM
- Masalah ini mungkin berpunca dari rasa tidak puas hati antara dua belah pihak.Apabila timbulnya perasaan tidak puas hati yang tidak dapat diluahkan sepenuhnya akhirnya ia menjadi dendam lalu diterjemahkan dalam bentuk penderaan fizikal kepada anak kecil yang pastinya tidak mampu melawan.

ii - BENCI
- Sikap ini wujud akibat tidak dapat menerima anak suaminya dengan bekas isterinya.Apabila perasaan benci telah bersarang di dalam diri ia akan menjadi bertambah parah apabila melihatkan sikap kanak-kanak yang mungkin agak aktif atau melakukan perkara yang dia tidak gemari. Perasaan ini turut menjarakkan lagi jurang persefahaman sesama mereka terutamanya pada kedua ibu bapa.

iii - KEWANGAN ATAU EKONOMI
- Apabila dua faktor di atas bergabung ianya sudah cukup menjadikan kecelaruan dalam perkongsian hidup berumahtangga antara dua keturunan yang berbeza semakin meruncing.Kemelut ini bakal menimbulkan konflik dan implikasi yang lebih besar apabila sumber kewangan turut menyumbang rasa tidak selesa dalam kehidupan seharian.Mungkin pendapatan suami belum mampu melayan dan memuaskan semua kehendak isterinya serta sumber tersebut turut perlu diagihkan pada anaknya sendiri.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila ketiga-tiga faktor tersebut bergabung lantas menjadi beban yang semakin terhimpun serta menggugat emosi akhirnya apa yang dipendam diterjemahkan dalam bentuk penderaan secara fizikal walau bukan di tempat yang sepatutnya.Apabila tipisnya iman yang ada dalam diri maka tiada apa lagi yang tinggal untuk dijadikan bekalan sebagai jalan terakhir dalam membuat pertimbangan kerana kewarasan akal dan fikiran tidak dapat lagi membezakan apa yang baik dan apa yang buruk.

Walauapapun pendapat ini tidak ditujukan pada semua ibu tiri kerana ada juga ibu tiri yang bersifat penyayang  serta melayan anak tiri mereka dengan baik seperti anak mereka sendiri.

Al-Fatihah buat arwah adik Nur Dania Qistina...

           

ozzy - hanya  coretan dan pandangan dari pengalaman dan pemerhatian dan tidak semestinya tepat...
        - Ulasan ini juga bukan bermakna Ibu tiri itu bersalah selagi bukti belum ditemui dan mahkamah memutuskan dia bersalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...