Cermin merupakan peralatan penting untuk kita melihat dan meneliti penampilan diri kita sendiri.Tidak kira apa jua bentuknya fungsinya tetap sama iaitu sebagai objek yang memantulkan sesuatu imej dalam bentuk atau rupa yang sama.Jika ditanya apakah yang paling jujur di dunia ini jawapannya adalah cermin kerana cermin tidak pernah menipu siapa saja.Jika kita berdiri di hadapannya apa yang ada pada kita itulah yang kita akan lihat walau hanya sehelai rambut.
Di dalam kehidupan kita boleh merubah banyak perkara untuk mengaburi dan menipu orang lain tetapi apabila kita berdiri di hadapan cermin kita tidak akan mampu menipu diri kita sendiri kerana cermin tidak akan tertipu dan menipu.Kita berupaya menutup parut di muka dengan menyapu bedak serta solekan tetapi cermin tidak akan menipu kerana kita pasti akan muncul di hadapannya dengan wajah kita yang sebenar tanpa solekan.
Kita bijak melafazkan kata-kata dan berucap sambil mengalunkan ayat untuk mempengaruhi orang lain tetapi cermin tidak akan menipu apabila kita memandangnya kerana cermin tahu ketika itu kita sedang berdusta. Apabila berada di hadapan cermin apa yang dipertuturkan akan terpancar disebalik wajah kita yang sebenar kerana apa yang kita lihat itu adalah wajah kita dan kita tahu siapa sebenarnya diri kita serta apa yang ada di dalam hati kita sendiri.Cermin tidak sesekali menipu dan cermin mampu menterjemahkan apa yang kita pertuturkan disebalik wajah kita kerana kita tahu apa yang dipaparkan itu adalah diri kita sendiri meskipun kita berupaya memperdaya orang lain.Cermin tetap tahu segala apa yang tersirat.
Kita mampu merubah keperibadian dan watak kita menjadi hipokrik untuk mengaburi mata orang lain tetapi cermin tidak sesekali hipokrik dan menipu kerana ia sentiasa mempamerkan diri kita yang sebenarnya setiap kali kita berdiri di hadapannya.Kita juga mampu merubah penampilan kita bersama gaya dan pakaian yang dipakai tetapi kita tidak mampu menipu cermin kerana cermin akan mempamerkan segala apa yang terselindung meskipun hanya sehelai benang yang putus.Cermin juga akan memaparkan segalanya dengan jujur apabila tiada seurat benang pun yang menyelimuti tubuh kita.
Kita berupaya menulis apa sahaja demi mencapai matlamat walau dengan apa jua caranya.Kita sulami segala bait kata yang indah persis seorang pendita sehingga ramai yang terfana menatapi apa yang kita bentang dan pamerkan.Di saat menulis kita senyum bangga kerana kita berjaya serta bakal memperdaya dan memesongkan fikiran orang lain tetapi cermin tetap jujur berkhidmat dengan memancarkan wajah kita yang sebenar.Cermin tidak akan menipu kerana dia mampu menghuraikan segala apa tersurat dan tersirat.
Cermin tidak akan tertipu dan terpedaya dengan lakonan kita kerana cermin hanya tahu erti jujur & telus....
ozzy - hanya cermin ajaib yang tidak jujur....

Salam Sifu..
BalasPadamKoi salu kena tipu dek cermin..
Taik lalat belah kanan jadi kiri kalau dok depan cermin..hikhik.. :P
w'salam yun..
BalasPadamCermin tak tipu sebab tahi lalat tu tetap berada di tempatnya..
As'salam...
BalasPadamDulu masa kecik amy suke tengok cermin tapi mak marah.. last sekarang nak tengok cermin sehari pun dah malas hu3...
Salam Pozi - Tengok cermin boleh tengok aje.. pantang larang org tua2 katanya anak dara dilarang sama sekali menggunakan cermin yang pecah utk mencerminkan dirinya, itu kata org tua:)
BalasPadamw'salam amy...
BalasPadamJangan malas-malas sesekali kena cerminkan diri tu juga..
AAP - w'salam bang Yassin ..x tau pulak ada pantang larang gitu sbb koi bukan anak dara hehe..
salam..
BalasPadamrealitinya kita tak dapat lari dari
menipu,cuma bergantung pada jenis penipuan
yang bagaimana..ada setengah tipu kita gelar
tipu sunat..kenapa agaknya ya..?
kata orang, jangan selalu bergantung kpd cermin, nanti kita akan tertipu dgn apa yg terlihat dlm cermin.
BalasPadamtapi dalam kita mmg tak boleh lari dari menipu. sedikit atau sebanyak tetap nak menipu walaupun sekadar nak bergurau
w'salam Zul..
BalasPadamSeseorang itu akan terus menipu apabila dah biasa menipu..ayat 'tipu sunat' direka oleh manusia & tiada dalam hukum..
mata hati..
BalasPadamrealitinya cermin tidak pernah menipu hanya kita yang berasa malu memandang cermin ketika kita sedang menipu.
Sebab itulah ahli shir dalam citer Snow White pun percaya kat cermin.Sebab cermin tidak pernah menipu...
BalasPadam