13 Disember 2010

SUDAH BLACKLIST

Gara-gara menyertai Bloglarian kini aku telah disenaraihitam atau 'blacklis' oleh siapa?.Aku telah di 'blacklist' di pondok bernombor 103 oleh kuncu-kuncu bloglarian ataupun di SINI.

Setelah mengetahui pondok tersebut aku lantas ke sana untuk melihat jiran terdekat yang turut sama di 'Blacklist'.Dari pondok tersebut aku cuba untuk menziarahi jiran terdekat dan hasilnya apa yang aku dapati adalah > banyak traffic datang dari bloglarian!.


Bagi orang orang yang malas blogwalking macam aku ni peningkatan traffic dalam waktu yang singkat seperti itu sudah cukup baik dan aku akui traffic aku memang ciput.Aku percaya pada mereka yang lebih rajin pastinya traffic mereka lebih tinggi.Jika itu yang anda inginkan 'kamu usaha..kamu buat maka kamu juga yang akan dapat ganjarannya'....jangan menipu seperti 'blogwalking auto' kerana ramai yang tidak suka... siapa yang rugi? mereka dan keluarga mereka....

Jika anda perasan diantara sumber traffic tersebut datangnya dari blogger Denaihati dan beliau berada dalam senarai antara blogger terkenal dan popular.Begitu juga dengan KUJIE2 yang juga merupakan blogger yang tidak kurang hebatnya sesekali ada juga singgah ke blog aku yang tak seberapa ini.Mungkin ada satu dua entry yang mereka berminat untuk baca.Kepada mereka berdua aku ucapkan terima kasih dan aku hargai kehadiran mereka meskipun mereka hanya singgah sebagai 'silent reader'.Kepada yang belum kenal mereka berdua terutamanya blogger baru anda boleh singgah ke blog mereka itupun jika anda berminat untuk membaca penulisan mereka yang sering padat dengan info tapi kalau bertujuan untuk blogwalking di sana rasanya baik lupakan saja kerana mereka tidak sediakan shoutbox.Untuk lebih mengetahui sila klik pada nama mereka yang aku 'bold' kan itu.

Pada yang rajin blogwalking dan ingin meningkatkan lagi traffic aku cadangkan anda mendaftar dan singgah di Bloglarian.Di sana terdapat banyak rumah (setakat ini sudah 100 lebih dan setiap page ada 5-6 buah blog).Dari situ anda boleh singgah pada senarai rumah yang ada selain dari group anda sendiri.Blogger popular seperti Ben Ashaari juga mendaftar di sana dan berada di rumah nombor satu..boleh lihat di SINI...Apapun terpulang pada anda samada berminat atau tidak dan untuk melihat di mana aku diletakkan dan bagaimana ia disusun sila klik di SINI...

Terima kasih pada pemilik dan admin bloglarian dengan usaha anda yang kreatif ini.Aku percaya selain faedah yang dia sendiri dapat mereka juga turut membantu blogger lain.Inilah yang kita inginkan saling membantu dan sama-sama mendapat faedah.Cuma satu yang aku fikirkan sekiranya rumah tersebut boleh dibuat 'random page' ianya lebih bagus.Maksud aku setiap kali kita buka rumah kita jiran kita turut bertukar dan bukan jiran yang sama seperti sekarang ini...boleh ke?..

                                                          Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang, 
                                                          Dua tiga boleh ku cari,
                                                          Manakan sama Bloglarian...

ozzy - Biasa orang sebut "we share a piece of cake"...ada juga yang selalu dapat serdak je..

15 ulasan:

  1. salam Ozzy..
    aku masih tak faham konsep
    blog larian ni..apa pun jika
    menyumbang traffic ke blog kita
    tak salah mencuba...

    BalasPadam
  2. w'salam Zul..

    Nanti kalau kau singgah sana kau akan lebih faham dengan konsepnya...betul tu aku setuju tak salah mencuba.

    BalasPadam
  3. Salam En. Ozzy,
    keh pun tok paham lagi weh.. tok care pun lagi mende ni.. nanti lah lepaih keh dan nengok mende hok patut baru keh buleh komen yg lebih baik

    BalasPadam
  4. w'salam En. Hisyam..

    Bolehla singgah sana tengok-tengok apa yang ada.

    BalasPadam
  5. Salam pozi ..kawan dah lama jadi follower blog ini rasanya penah gak daftar keknya tak jadi apa pun, mungkin kawan kurang faham konsep dia gamoknya.

    Cerlah aok tulung kawan getek :)

    BalasPadam
  6. AAP - W'salam bang..

    Rasanya masa aok jadi follower tu blm ada lagi bloglarian ni..cubalah daftar kat sana.

    BalasPadam
  7. dari awal lynn memang x suka auto blogwalking nie...sebab tu x joint bloglarian...

    BalasPadam
  8. Lynn Hamzah...

    Bloglarian bukan autoblgwalking..sila ke sana untuk lebih faham..

    BalasPadam
  9. Salam...

    Jemput singgah umah koi..
    no-53..

    BalasPadam
  10. w'salam Cik Shinju..nanti saya dtg singgah

    BalasPadam
  11. tahniah.. satu perkembangan yang baik tu. semakin seronok nak berblogging bila semakin ramai yg sudi menziarahi blog kita

    BalasPadam
  12. sebenanrya inilah 'kuasa' backlink yang terdapat diruangan komen 'commentluv'

    kadang2 bukan tuan blog yang klik, tetapi pengunjung lain yang berminat dengan sesuatu tajuk entri.

    tahniah..moga terus berkembang pesat utk tahun2 mendatang

    usaha tangga kejayaan - copy paste dari buku rekod cikgu sekolah..hehe

    BalasPadam
  13. Kujie..

    Betul tu..saya juga beranggapan itu mungkin hanya backlink dari blog Kujie yang diklik oleh org lain.Jangan risau saya x akan gunakan populariti kamu utk jadi popular.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...