21 Disember 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Meskipun ramai yang tidak suka dengan filem melayu tetapi ada antaranya boleh dianggap setanding dengan filem luar negara dari segi kualiti dan kreativiti.Cuma dari segi teknologi tidak dinafikan kita masih lagi agak ketinggalan.

Filem arahan Mamat Khalid dengan garapan lawak 'parody' atau lawak sinis yang menyingkap sikap masyarakat kita orang melayu yang masih percaya pada perkara tahyul.Sambungan dari filem zombie kampung pisang cuma kali ini sindirannya agak tajam dan sedikit terasa dengan kehilangan AC Mizal.Sekali lagi nama Limah menjadi popular selepas Halimah jongang...kenapa Limah?..kenapa bukan hantu janet?..hantu letchumi? atau hantu kum-kum?...mungkin anda dan abang Mamat tahu jawapannya.

Hantu Kak Limah balik rumah boleh dianggap filem tentang kepercayaan masyarakat kita tentang hantu ...filem yang diramal oleh ramai pemerhati untuk 'pecah panggung' dan bukan 'pecah punggung'  sambil mengheret minda penonton untuk terus berfikir sambil berhibur. Hanya selepas 2 hari ditayangkan kutipannya telah melebihi satu juta dan selepas seminggu kutipannya telah melebihi rm 3 juta berbanding filem 2 alam yang lain yang hanya sekadar retak botol..satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi filem bercorak seram komedi setelah ditayangkan baru beberapa minggu.Faktor masa ditayangkan iaitu ketika musim cuti sekolah turut menyumbang kehadiran penonton.Pada awalnya ramai yang menjangkakan ia hanya sebuah filem lawak atau seram yang skeptikal tapi abang Mamat membuktikan jangkaan mereka meleset bersama dialog yang dijangka bakal menjadi ikutan.Cuma watak 'si lembut' yang berkerusi roda dengan gaya tangan melentik agak merimaskan dan aku berpendapat watak ini tidak perlu ditonjolkan dalam filem sebegini.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita ramai yang sukakan filem yang berunsurkan humor dan ringan yang sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga contohnya filem Allahyarham P.Ramlee. Sesekali kita perlu rehatkan minda dengan menonton filem bercorak hiburan setelah otak kita banyak diperah ketika bertugas.Untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan menggunakan teknologi maju pastinya memerlukan belanja yang besar maka jalan terbaik untuk menonton filem sebegini adalah dengan menonton filem dari luar negara.

Tidak dinafikan banyak juga filem yang dihasilkan hanya sesuai dijadikan drama bukan sebagai tontonan di panggung wayang.Dengan jalan cerita yang bercelaru..lakonan yang kaku serta lawak yang bukan lawak terasa membazirkan duit membeli tiket wayang.Jangan kata beli tiket wayang terasa rugi, malah kalau kita beli CD cetak rompak yang berharga 5 ringgit pun kita rasa rugi...

Tahniah pada pengarahnya abang Mamat Khalid yang berjaya menghasilkan filem bercorak hiburan dalam masa yang sama menghukum akal penonton dengan sindiran tajam...selari dengan slogan "Filem kita wajah kita".Begitulah kreativiti orang lama bila mengarah, dalam jenaka ada yang terkena.Dalam masa yang sama kemunculan pengarah baru turut menyumbang kebangkitan filem melayu seperti Syamsul Yusof dan Farid Kamil bersama idea yang lebih segar malangnya sudah mula bersengketa..

Begitu juga orang lama kalau menulis..dalam tawa ada kiasannya..dalam senyum ada maknanya... kayuhannya bersahaja tapi ada yang gelora..dalam bersahaja ada yang terasa..bila berkata dalam maksudnya...contohnya jom lihat di SINI..

ozzy - teringin nak mengarah filem...

10 ulasan:

  1. Salam Pozi, kena tengok juga citer ini best gayanya. Dalam sinis ada makna :)

    BalasPadam
  2. macam best jer kan..tapi xde peluang nak tengok lagi...

    BalasPadam
  3. Tahniah , ummie ke sini selepas melihat review blog bicara ozzy di sinar raudah.. salam kenal dari ummie bonda

    BalasPadam
  4. salam..
    orang kata best citer ni..?
    tapi aku tak minat la citer
    melayu (maaflah) bukan sombong
    takut menyesal baik jangan tengok
    langsung..he he

    BalasPadam
  5. Akuanakpahang / SuriaAmanda - W'salam bang..bolehlah pergi tgk sambil berhibur

    Ummie Bonda .. terima kasih & salam kenal juga

    Zul - Nak buat mcm mana kalau dah x minat.....buat apa yg kita minat.

    BalasPadam
  6. salam kenal..rasanya nak bawak anak2 g tenguk ceta ni..nk bawak g melancung tkde budget so bawak tguk wayang je lah..

    BalasPadam
  7. Idalara - W'salam & salam kenal juga..boleh bawa anak2 tengok cerita ni..asalkan diaorang seronok x semestinya bawa bercuti saja.

    BalasPadam
  8. Salam Pozi, sebenar kawan tak tahu yang DISINI tu aok link kemana :) TQ kalau link ke blog kawan :)

    BalasPadam
  9. salam


    huhuhu...syira takut tengok citer hantu...

    dtg dr blog sinarraudah...follow di sini :)

    BalasPadam
  10. saya tak berapa gemar filem melayu...:D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...