19 Disember 2010

SALAH SIAPA

Mungkin kita pernah terbaca atau biasa menggunakan ayat sebegini " Akew x dpt dtg sakit peyut..nape ko windukan aku kew..poyo laa..kim salam kat d owg ye..nanti bile chat akew call ko yer.."

Apa pula kita nak balas atau nak kata?....Mungkin kita boleh kata begini " kepalew otak kew..akew lukew baru tuewwe".herot mulut nak nyebutnya nak kata sengal tak sengal tapi kalau sengal mungkin dia kata macam ni " hepala hohak hau..ahu luhu bahu hahu "..haaa yang ni baru kena sebab kita faham dia tu sengal.

Siapa mereka itu?..mereka itu adalah bangsa kita.Kita yang merosakkan bahasa kita maka wajarkah kita menunding jari menyalahkan orang lain?.Salah siapa?...

Jika kita cuba bertutur atau menulis bahasa inggeris contohnya, meskipun kita kurang fasih tapi kita masih menyebut dan mengeja dengan betul.Contohnya " hello sir..can give me one smoke?..wah your smoke feel good ".Meskipun mat saleh tu tahu dari segi tatabahasanya salah tapi dia masih tersenyum kerana dia faham apa yang ingin kita sampaikan...maka dia hulurkan sebatang rokok.

Jika nak dibandingkan dengan loghat di setiap negeri yang ada di negara kita ini ianya sudah tentu tidak sama dari segi sebutannya dengan bahasa melayu.Setiap negeri mempunyai loghat daerah mereka sendiri tetapi matapelajaran yang digunakan tetap dalam bahasa melayu.Bermakna kita mengeja dan menulis adalah dalam bahasa melayu.

Apabila bahasa kita diperlekehkan tempiasnya turut terkena pada bangsa kita.Tidak perlu menunding jari menyalahkan orang lain dengan berkata itu semua agenda mereka untuk merosakkan bahasa melayu kerana kita sendiri yang telah merosakkannya.Mungkin kita pernah mendengar kata-kata 'Bahasa jiwa bangsa'...inilah yang kita pamerkan 'jiwa bangsa' kita ketika ini...

Biasa bila kita marah kita akan berkata " tak reti bahasa ke? "...tapi sebenarnya siapa yang tak reti bahasa kalau itu bahasa yang kita gunakan...

ozzy - suka dengar bangla cakap melayu...

14 ulasan:

  1. betul2...itu bhs bebudak zman skang nih..mmg tgeliat and trbelit2 serta trpusing2 pun mulut nih nk mbaca..uhuk2..

    BalasPadam
  2. Sakit. Sakit. Sakit.

    Sakit kepala, sakit hati melihat ayat-ayat begini, apatah lagi di laman blog.

    Semoga kita dijauhkan dari mengamalkan ejaan-ejaan songsang sebegitu.

    BalasPadam
  3. salam Ozzy..
    bahasa mat rempit dan bohsia
    je tu..kira "kod kawasan" la nih
    deme tu je yang faham..he he

    BalasPadam
  4. Moralnya terkadang saya pun tak reti nak baca ayat budak2 sekarang nie. Utk itu marilah kita kembali menulis pada ayat dan perkataan yang betul agar perkara ini tidak terus berterusan.

    Singgah ker mereka beromo 40an sakit juga nak paham :( Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal, maka tak cinta"

    BalasPadam
  5. mak uda kalau dapat msg mcm ni mmg tak layan, kalau anak saudara atau anak murid, mak uda suruh buat ayat betul2 br send pada mak uda...

    BalasPadam
  6. Atika - kdg2 Pening kita membacanya

    Ashrafi - memang sakit hati juga bila bacanya.

    Zul - Hati2 zul..bahasa budak2 skrg..kot nanti anak sendiri yg tulis x kan nak kata bohsia gak kot.

    Yassin - Bagi yg 40an memang sakit nak membacanaya.

    Mak Uda - Elok buta mcm tu..

    Relevan - Kita yg rosakkan bahasa kita.

    BalasPadam
  7. Byk berlaku kat lam sms..huhu.. penin aku nak mbacanya.. lantak situ.. *.*

    BalasPadam
  8. Manusia mahu hidup ringkas yang mungkin..

    BalasPadam
  9. btol tu..kdg2 yg byk berbahasa mcm tu budak2 skolah la..ssh nk cari yg berumo mngeja mcm tu.. konon cute la ckp mcmtu..tp wat pening ade la..

    BalasPadam
  10. hehehe...
    bagus entri ni. akeww stujeww!!
    (taip sambil2 herot mulut)

    BalasPadam
  11. As'salam..

    good entry amy setuju sangat.. buat pening kepala je nak membacanya..

    p/s : amy copy pic en.ozzy untuk entry nie.. maaf x minta kebenaran dulu..

    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/12/review-blog-bicara-ozzy.html

    BalasPadam
  12. w'salam Amy..

    Nak ambik pic?..x pelah sapa2 pun blh ambik..
    review blog..alahai segannya bukan blog glamor pun ni..

    BalasPadam
  13. ramai yang guna bahasa macam ni dalam penulisan kat blog. sometimes langsung tak paham apa yang mere cuba sampaikan sebab terlalu berseni bahasanya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...