8 Disember 2010

DAMAI LAUT HANYA INDAH KHABAR


Lewat petang kami sekeluarga tiba ke destinasi percutian Damai Laut di Lumut Perak.Oleh kerana ini kali kedua kami bercuti di sini maka suasana di sini tidaklah terasa asing buat kami. Persekitarannya juga tiada apa yang berubah sama seperti sewaktu kami datang tahun lepas.

Bezanya tahun lepas kami tinggal di apartment tapi kali ini kami tinggal pula di hotel.Aku memilih 2 bilik yang bersebelahan "interconnection" dengan bilik anak-anak kerana mudah untuk kami berhubung atau jika anak-anak nakkan apa-apa tak perlu ketuk pintu berkali-kali.

Seperti diduga ketibaan kami disambut oleh sang monyet yang banyak berkeliaran di sana.


" Hai semua..selamat datang "...







Lagak yang ini macam pegawai JPJ pulak siap berdiri jengok kat cermin tingkap aku agaknya mungkin dia kata " encik..lesen ada ? ".






Bilik kami bertempat di blok B (disebut wing B).Reka bentuknya hampir sama seperti swiss garden hotel di Kuantan cuma bezanya pada ruang bilik mandi yang mana sinki beserta cermin diasingkan di luar.Pintu bilik air juga tidak boleh dikunci kerana rosak dan keadaan juga sama di bilik sebelah (bilik anak kami).

Melihat pada gambar yang ditunjukkan dalam website (seperti gambar di atas) pemandangannya cukup cantik  dapat melihat langit serta laut yang membiru.Pemandangan tersebut memang benar tetapi hanya sekiranya kita dapat tinggal atau memilih bilik yang bertempat di blok A (wing A).

Inilah pemandangan yang aku dapat lihat apabila berdiri di koridor sebelah luar (wing B)..pokok 'nyor' yang rimbun serta buahnya.Pada sesiapa yang ingin menetap di sini pastikan anda memilih bilik di 'wing A' untuk pemandangan yang lebih cantik.
Lebih mengecewakan apabila charge yang dikenakan untuk menggunakan 'wifi / internet' adalah sebanyak sejam rm10.Nasib baik aku bawa sekali 'berukband' sendiri.

Tak ada apa yang menarik untuk dipaparkan di sini.Nak snap gambar laut rasanya sama je dengan laut yang lain..Gambar pokok dan padang golf pun lebih kurang sama dengan yang biasa kita tengok.Apa kata kalau tengok sajalah gambar keluarga aku itupun banyak snap dalam bilik sebab cuaca di luar yang selalu hujan.


Anak bujang aku yang sedang tunggu result PMR tengah layan internet ..facebook la tu apa lagi.









Bersama anak perempuan aku yang ke 2.

        Bergaya di sebalik pokok ...cakk!! >








Bersama anak aku yang bongsu..
baru nak masuk darjah satu.

      Bergaya di tepi kolam renang >





Selepas check out kami singgah ke Taiping memandangkan jaraknya tidak jauh dari sini dan memakan masa lebih kurang 30 minit.Kami bersiar dan berehat di sebentar di Taman Tasik Taiping dan di situ juga terletaknya zoo Taiping tapi ketika ini parking di zoo juga penuh termasuk bas sekolah dan orang terlalu ramai mungkin kerana cuti sekolah.

Anak bujang aku memilih untuk merasa mendayung sampan.

Sedang menyakat maknya mengayuh ..perangai dia lebih kurang macam akulah suka sakat maknya hehe...>


Anak-anak perempuan pula memujuk pula emaknya untuk naik 'bot kayuh'.Sudahnya maknya mengadu kaki sakit dan lenguh ..kesian.






Destinasi untuk tahun berikutnya aku lebih prefer memilih lokasi swiss garden hotel di Kuantan. Lautnya lebih selamat untuk mandi berbanding di sini yang banyak obor-obor dan batu karang.Selain dari itu terdapat banyak gerai atau kedai makan di kawasan berhampiran berbanding di sini.Jarak untuk ke bandar Kuantan juga dekat hanya beberapa kilometer sahaja dari hotel tersebut.Begitu juga barangan lain lebih mudah untuk ditemui termasuk stesen minyak.

Kepada anda yang memilih untuk bercuti di sini (Damai Laut Lumut) pastikan anda memilih bilik di 'Wing A' untuk melihat pemandangan menarik atau anda bakal hanya sekadar dapat merenung pohon kelapa.Mungkin ini percutian terakhir untuk tahun ini dan semoga tahun-tahun seterusnya aku berpeluang lagi untuk bercuti bersama keluarga.

ozzy - selamat bercuti.....

17 ulasan:

  1. Salam...

    Slmt Thn Baru 1432H...
    Kelakor tgk monyet tu berdiri tgh jalan..heheh
    X penah sampai pun ke Lumut..
    Baler wifi smpai rm10 sejam.. :@

    BalasPadam
  2. Izyan..

    Sesekali memang seronok bila bercuti dgn keluarga.

    w'salam yun..

    Selamat menyambut Maal Hijrah juga ..moga impian menjadi kenyataan..

    Memang banyak monyet kat sana..bahaya juga kalau buka tingkap kereta tu.

    BalasPadam
  3. hohohoho...melihatkan possing abg ozzy membuatkan mak tergudas!! Phelis tulun mak...
    miahahaha. Just kidding k!

    BalasPadam
  4. Lagenda..

    Itu belum possing maut hehe..ok je gurau2.

    BalasPadam
  5. x pernah jejak kaki kat sini...tentu seronok kan bercuti...

    BalasPadam
  6. Hotel kat Malaysia ni mmg mahal internet dia.

    BalasPadam
  7. Salam pergh segak tampan berpossing aok yak:)

    BalasPadam
  8. Lynn Hamzah - Boleh la cuba ke sana kalau nak merasa..cuma lokasi agak jauh.

    Echam - Biasanya kalau taraf hotel wifi free je..

    Suhana - sesekali cuti2 m'sia.

    AAP - W'salam bang - sesekali berposing pulak ..lama x posing hehe..

    BalasPadam
  9. As'salam..

    lame dah x pergi sane , mesti en.ozzy happykan gi holiday gan kuarga tambahan anak2 pun dah besar..bile la amy dapat merasa bercuti bersama anak hu3...

    BalasPadam
  10. w'salam Amy..

    Seronok pergi dgn keluarga time cuti sekolah ni.. mungkin belum ada rezeki lagi tu Amy..

    BalasPadam
  11. salam Ozzy..
    selamat bercuti..
    wahh..ke hotel kita
    yekk?he he..

    BalasPadam
  12. salam maal hijrah bro ozzy

    ye la org kata kalau nak gi tempat menginap tak perlu la kita research tengok hotel berbagai.. tapi tak semuanya sama bila sampai di sana angah dah kena dah banyak kali....

    BalasPadam
  13. Waaaaa...best nyer pi bercuti....tapi saya tak pernah sampai la kat sini...bestnyer...

    BalasPadam
  14. pernah sampai lumut tahun 1984.. merempit dgn geng2 :)

    BalasPadam
  15. wah..dh bercuti...nisa pun baru blik bercuti kat lumut...tp belum citer2 lg kat blog..hehehe...nisa setakat ni alhamdulillah tak de kes indah khabar dari rupa...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...