Cuti pada hari sabtu lepas sekali lagi aku ke PDN atau pusat Darah Negara untuk menderma darah.
Ini adalah kali ke 17 aku menderma darah sejak dari tahun 1993 dan purata aku menderma darah adalah sekali setahun.Biasanya aku memilih untuk menderma sebelum masuknya bulan puasa tapi tahun ini agak terlewat kerana kekangan waktu ketika itu.
Sebab aku memilih sebelum bulan puasa adalah kerana mengikut teori aku ketika bulan puasa badan kita berehat dari memakan makanan seperti kebiasaannya dan ketika ini proses menyahtoksidkan makanan yang kita ambil saban hari akan berlaku.Teori aku disokong pula oleh info di SINI.
Apabila proses ini berlangsung dan dalam masa yang sama darah kita juga sedang dalam proses menghasilkan darah baru atau 'refresh' selepas kita menderma darah aku beranggapan proses ini sangat baik untuk pengaliran darah di dalam tubuh kita.Masa yang aku anggap paling ideal adalah seminggu sebelum bermulanya bulan puasa, jangan terlalu dekat kerana bimbang tubuh kita masih lemah jika baru lepas menderma.Anggapan mengatakan darah kita akan berkurangan selepas menderma darah adalah tidak tepat.
Sebab yang kedua adalah kerana ketika tibanya musim perayaan bekalan darah banyak diperlukan oleh pihak Hospital kerana sering berlaku kemalangan ketika perayaan.Bermakna kita membantu orang lain dan kita juga membantu tubuh kita sendiri.
Selain itu kita juga dikecualikan dari charge yang dikenakan di hospital kerajaan seperti ubat dan charge ketika tinggal di hospital.Keistimewaan lain yang diberi adalah kita akan dipindahkan dari ward kelas 3 ke ward kelas 2 apabila kad derma darah ditunjukkan semasa kita masuk ke ward. Perkara ini aku alami sendiri ketika aku dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.Sebaik menunjukkan kad derma darah aku terus dipindahkan dari wad kelas 3 ke wad kelas 2. Sebulan lamanya aku berada di sana dan apabila discharge aku tidak dikenakan apa-apa bayaran termasuk deposit sebanyak rm 40.00 turut dikembalikan semula.
Menyedari kebaikan menderma darah pada tubuh, ramai yang tampil di PDN untuk menderma darah adalah mereka yang berbangsa Cina.Jika dulu golongan penderma agak seimbang diantara Melayu, India dan Cina tapi sekarang ini kaum Cina lebih ramai dan mendominasi samada sebagai penderma darah atau penderma plasma/platlet setiap kali aku ke sana.Ini bermakna darah yang bakal kita terima kemungkinan besar dari darah mereka..darah mereka pastinya diproses dan bercampur dengan apa yang mereka makan.
Alasan biasa yang kita selalu dengar dari kita orang Melayu adalah " saya sibuk ..tak ada masa "..." saya tak tahan tengok darah " atau " saya takut jarum ".
Kategori darah aku adalah darah jenis 'O' dan sama dengan darah arwah ayah aku.Kerana itu bila arwah ayah aku perlukan darah tiada masalah untuk aku dermakan darah aku.Darah 'O' tidak seperti darah lain di mana darah 'O' hanya boleh menerima darah yang sama sahaja iaitu darah jenis 'O' tetapi darah 'O' boleh diterima oleh semua jenis darah yang lain.Maksudnya darah 'O' adalah dermawan kerana boleh menderma pada sesiapa saja tetapi darah 'O' cerewet kerana dia hanya mahu terima darah 'O' sahaja.
Berikut serba sedikit info yang aku perolehi dari sumber di internet atau di SINI berkenaan ciri-ciri atau keperibadian mereka yang berdarah jenis 'O'.Samada ianya tepat atau kebetulan anda sendiri yang tafsirkan kerana hanya anda yang tahu diri anda sendiri.
" Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
* Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
* Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
* Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
* Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan."
Ingin mengetahui info dan rahsia disebalik jenis darah anda sila klik di SINI , Walauapapun darah 'O' merupakan darah yang sangat dikehendaki kerana darah 'O' boleh diterima oleh mana-mana jenis darah yang lain tetapi darah 'O' hanya boleh menerima darah yang sama dengannya sahaja iaitu darah jenis 'O'.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang darah dan info mengenainya anda boleh klik di SINI.
Dermalah darah pada PDN dan bukan pada nyamuk...
ozzy - Kalau tak tahan tengok darah dan kalau takut jarum macam mana nak jihad...

salam..
BalasPadamselamat menderma darah
mulia hati aok ter..?
koi lama dah tak derma ni
last sekali berkenan pulok
kat sorang nurse tu..he he
Salam, sejujurnya saya tak pernah derma darah bimbang penyakit sakit kepala saya bertambah, itu aje... Sebab org kata lepas derma darah kepala pening2 jadi kawan bimbang pening kawan bertambah teruk :( alasanya takut ke jarum ada juga hehehe....
BalasPadamw'salam Zul - Memang ramai nurse kat situ..kalau berkenan bahaya sikit tu zul..nanti kerap sangat nak menderma
BalasPadamAkuanakpahang - W'salam Bang...Kalau memudaratkan kesihatan baik jangan derma lagipun sblm menderma kita diminta isi borang & tekanan darah kita juga akan diperiksa
nak derma darah..
BalasPadamtp takut sgt2!
salam.
BalasPadamsaya juga sempat menderma darah minggu lepas
kali ke 3 sejak 1998.. haha
perlu ditingkatkan lagi..
dalam borak2 saya dengan orang2 patologi ni
dia ada sebut yang ada trend pada masa sekarang orang2 yang positif HIV juga mendermakan darah mereka. untuk 2 tujuan, 1) untuk cek samada mereka positif HIV, 2) berniat negatif untuk menyebarkan virus ini kepada orang lain pula
lelaki ini - Kenapa perlu takut..tak sakit cuma perasaan kita saja bila bayangkan jarum tu
BalasPadamHisyam Muhibah - w'salam..Jika menderma darah di PDN sample darah kita akan diambil dan jika dikesan mempunyai positif HIV atau penyakit lain mereka akan maklumkan pada kita atau darah tersebut akan dilupuskan.
SALAM,
BalasPadamTAHNIAH OZZY KERANA SERINGKALI MENDERMA DARAH. MAAF, LF TAK PERNAH. BILA MEMBACA N3 INI, TERDORONG NAK MENDERMA DARAH. TKASIH ATAS INFO
salam deme weh...kita samalah, kome dah derma darah 28 kali sejak jaman abis sekolah dulu dah hingga sekarang, darah jenis o, setahun 2, 3 kali...badan jadi best lepas derma darah weh...
BalasPadamLuahfikiran ..W'salam Dato' - terima kasih..menderma untuk kebaikan pada diri kita & org lain juga.
BalasPadamAnakUluCheka - W'salam..dah 28 kali? lagi banyak..Bagi yang biasa menderma mcm kita sahaja yang merasainya..tapi saya tetapkan setahun sekali saja.
salam bro ozzy
BalasPadamangah tak pernah derma darah sebab angah darah tak cukuppp
Derma darah baik untuk kesihatan...
BalasPadamsalam Ozzy,
BalasPadamsaya tak pernah derma darah, terima darah aje hehehe...
baguslah Ozzy selalu derma darah...nak jugak derma tapi belum kesampaian lagi...
Angah - W'salam...darah x cukup?..ohh yeke..mcm mana nak tau darah x cukup ?..
BalasPadamReleven ...betul tu
Arol ... Biasanya kalau dah ada penyakit susah sikit Arol..x pelah derma darah bukan dipaksa..