14 Disember 2010

MONYET BERTUAH

Monyet ini bukan hanya bertuah tapi boleh dianggap istimewa kerana berjaya melangkah memasuki dan memijak dewan dengan penuh bergaya.Jika selama ini untuk memasuki dewan tersebut perlu memakai pakaian kemas dan sopan tapi kali ini dewan tersebut rela tercemar demi menyambut kehadirannya.

Dengan gaya ala rap dengan bangga dan megah monyet ini disambut ketibaannya.Yang pasti monyet ini bukan terlepas dari kurungan tapi hadir bagaikan wira di jemput masuk ke dalam dewan.Kehadirannya disambut seolah-olah dia mempunyai immuniti sedangkan manusia lain diberi peraturan ketat dan perlu berpakaian sopan apabila berada di dewan tersebut.

Monyet ini berani kerana ada yang menyokong di belakangnya.Pastinya yang memberi sokongan juga bukan dari kalangan monyet biasa.Kerana itu juga dia begitu angkuh berterusan menghina kedudukan dan hak orang lain.Keangkuhannya semakin menjadi-jadi kerana tiada tindakan dikenakan ke atasnya maka terkinja-kinjalah sang monyet menari dan menyanyi mengikut apa jua rentak bersama lirik yang disukainya meskipun ada hati yang terluka dan semakin berdarah. Selayaknya monyet ini di lepaskan semula ke dalam hutan kerana di situlah tempat yang layak untuk monyet sepertinya dan jika terasa di sini tidak aman kembalilah ke tempat asalmu.

Kenapa sang monyet berani bermaharajalela?.Sebabnya sang harimau sering bersengketa dan bercakaran sesama sendiri.Lebih malang lagi apabila ada sang harimau yang sudi membelai dan menyusukan sang monyet.Apakah sang harimau sengaja sembunyikan kuku atau sememangnya harimau sudah tidak bertaring atau kuku dan taringnya hanya digunakan untuk bercakaran dan menggigit sesama sendiri...

Wahai sang monyet jangan selalu sangat suka menyakat dan menguji kesabaran sang harimau kerana suatu hari bila sang harimau mengganas buruk padahnya.Ketika itu jangan pula sang monyet yang lain turut bertempik dan menyalahkan sang harimau.


                        

ozzy - monyet semakin bijak memutar belit atau sang harimau semakin bodoh..

7 ulasan:

  1. hahaha pandai lak si monyer tue menyakat harimau yer???

    mungkin harimau yg ngok-ngek kottttttt

    BalasPadam
  2. Salam..

    Koi mamun gek mikir karenah monyet ter...
    Bg betis nak paha...Elok humban ke hutan jek..
    Makin lama makin mencabar kesabaran..
    Dah x hormat kpd yg sepatutnya dihormati..
    Kaduk naik junjung! Salah rimau gak,bercakaran dan menjatuhkan sesama sendiri...Bila nak bersatu ntah... :@

    BalasPadam
  3. salam..
    alahai monyet..!!
    macam-macam..huhu

    BalasPadam
  4. Salam Pozi .. dtg nengok monyet bertuah :)

    BalasPadam
  5. monyet oh monyet...
    salam kawan, pekabor...moga sihat sokmo.

    BalasPadam
  6. hoho, first time tengok video tu :P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...