16 Disember 2010

FEMININ ATAU MASKULIN

Budaya meniru gaya pelakon atau artis popular sememangnya sinonim dengan remaja samada lelaki atau wanita.Jika lelaki pastinya meminati pelakon perempuan dan jika perempuan pula pasti sebaliknya kecuali jika mereka jenis gay atau lesbian.

Jika dahulu hero hindustan menjadi tumpuan kini selera remaja beralih arah pada hero Korea pula semenjak filem atau drama korea mula mengisi slot siaran tv di negara kita.Peminatnya pula banyak terdiri dari kaum wanita yang impikan heronya manakala kaum lelaki agak kurang meminati mungkin kerana wajah mereka lebih kurang sama seperti wanita cina atau jepun yang berkulit putih...

Fesyen mereka turut menjadi ikutan dengan gaya rambut serabai.Kalau kat kampung mereka panggil fesyen rambut ni 'rambut sarang ayam' atau 'rambut sarang burung'.Kelebihan lain pada hero korea ni selain berkulit putih, hidung mereka juga kebanyakannya mancung serta fizikal mereka yang tinggi. Ciri-ciri inilah yang menepati selera anak gadis kita zaman ini.Manakala hero hindustan pula meskipun kulit mereka tidak seputih seperti hero korea mereka diminati kerana tubuh mereka yang sasa dan berbulu selain dari hidung yang sudah tentunya mancung.Mereka ini lebih dianggap maskulin atau jantan/gagah berbanding dengan hero korea yang rata-ratanya lebih berwajah 'keayuan'.

Inilah yang biasanya tiada pada lelaki Melayu yang rata-ratanya berhidung rendah dan berkulit sawo matang atau kuning langsat.Nak buat rambut 'sarang ayam' juga kurang menjadi kerana rambut semulajadi tidak terlalu lurus meskipun banyak dah sapu jelly rambut dan lenguh tangan nak menggentelnya. Akhirnya pergi ke salun semata-mata inginkan fesyen seperti ini.Kerana inginkan yang berhidung mancung pilihan yang mudah di negara kita adalah Mat Bangla.Bangla pun bangla lah janji dapat yang hidung mancung.Bila dah tertipu hidung mereka tetap tak mancung tapi makin kembang.

Kalau kulit halus dan gebu dengan gaya berjalan berlenggang lenggok itu bukanlah maskulin.Ia lebih sesuai dikategorikan sebagai feminin.Jika diletakkan tangan mereka dengan tangan seorang wanita mungkin kita tidak dapat bezakan kerana nampak seakan sama.Berbeza dengan lelaki maskulin yang tangan atau lengannya lebih tegap,berotot dan berurat serta kasar.

Ciri-ciri gadis feminin pula tentunya dengan wajah sopan bersama tutur kata yang lemah lembut.Jika berjalan langkahnya teratur.Apa yang banyak kita perhatikan kini ciri-ciri ini semakin kurang.Gadis hari ini lebih suka bergaya lasak dan menampilkan imej yang agak 'keras' alasannya simple dan mudah bergerak.Bakal mertua pun terima saja meskipun dalam hati berkata 'perghh...rambut macam sarang ayam jadi menantu aku'. Kalau dihalang bimbang pulak nanti anak lari dari rumah.

Inilah yang dikatakan selera manusia kerana hakikatnya manusia memang sukakan kecantikan tapi bila ditanya apakah ciri-ciri yang menjadi pilihan kamu? mereka menjawab wajah bukan menjadi ukuran yang penting dia seorang yang sederhana , beriman dan bertanggungjawab... hmmmmm ye ke!!....

ozzy - selera manusia kadangkala bermusim...

11 ulasan:

  1. Salam pozi..nie kawan nak bagi link utk nak buat shoutbox dll tu aok boleh gi situ ejas mana yang patut:) http://maribinablog.blogspot.com/2010/12/cara-pasang-jquery-tab-menu-accordion.html

    TerBZ pulak hari ini :(

    BalasPadam
  2. .. macam-macam budak-budak sekarang, yang kita tengok elok mereka kata tak elok. Yang tak cantik dimata kita mereka kata cantik walaupun berserabai..

    BalasPadam
  3. Salam...

    Ade jek hero Korea ngn Jepun hat maskulin..
    heheh..yg mcm ppuan tu koi x bape minat tgk..
    Tp Hindi siyes koi x minat,tegap la cemane pun..

    BalasPadam
  4. AAP - Ok bang ..terima kasih

    Mohamad - Begitulah selera anak muda

    Cik Shinju - Ada..tapi yg lebih diminati yg berwajah cute tu..

    BalasPadam
  5. salam..
    aku ni kategori mende erkk?
    rasanya Jantan Macho dan segak
    begaya..la la la..he he..

    BalasPadam
  6. w'salam Zul..

    segak bergaya lagi tu..

    BalasPadam
  7. salam

    sekarang nie macam2 org buat fesyen rambut kan???

    BalasPadam
  8. w'salam angah..

    Mcm2 fesyen blh kita tgk skrg ni..

    BalasPadam
  9. salam saudara ozzy,
    kalo lelaki yang terlalu metroseksual pun haru kan. kdg2 tu bersiap kalah pompuan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...