Tahniah buat pemain bolasepak negara kerana berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama piala Suzuki 2010 malam tadi dan sebagai bekalan selesa untuk berkunjung ke Indonesia pada perlawanan akhir ke dua nanti.
Aku pasti ramai terhibur dengan corak permainan pemain negara kita pada perlawanan tersebut.
Namun disebalik kemenangan tersebut apa yang dikesali adalah penggunaan 'cahaya laser ' yang menyuluh mata pemain lawan terutamanya kepada penjaga gol.Bukan hanya laser malah penonton kita terus menampilkan adab yang tidak beretika dengan membawa masuk mercun ke dalam stadium.Sepatutnya kemenangan kita disambut dengan bersih malangnya kerana perlakuan ini pastinya ia menjadi isu untuk mempertikai kemenangan Malaysia. Jika dalam negara pun turut ada yang pertikai apatah lagi mereka yang di luar negara.
Pagi ini seorang rakan berkata " alaaa.. Malaysia menang sebab main kotor ....aku dengar mereka guna laser "..hati aku dah mula panas dan aku bertanya " kau tengok ke game malam tadi " dia menjawab tidak.Aku kata " Lain kali jangan dengar je cakap orang ..itulah yang korang suka, tuduh sana fitnah sini...yang guna laser tu adalah penonton bukan pemain yang bermain dalam padang ..Inilah yang dikatakan satu Malaysia hanya tahu mengeji tapi tak reti nak memuji "..sempat lagi aku tempelak.
Pujian harus diberikan kepada kesebelasan negara yang mempamerkan mutu permainan yang menarik dan bersemangat.Sudah terlalu lama kita dahagakan aksi sebegini dari pasukan bolasepak negara yang sebelum ini hanya sebagai hidangan untuk dicemuh.Lebih membanggakan kita tampil dengan anak tempatan sepenuhnya tanpa memerlukan pemain atau jurulatih import.
Jika pemain kita mengekalkan momentum serta semangat seperti yang ditampilkan malam tadi aku yakin kita bakal bergelar juara untuk edisi kali selepas penantian selama 14 tahun...MALAYSIA BOLEH !!!.
ozzy - rindukan pasangan kembar aidil & Zaquan...

salam..
BalasPadampada aku budak yang
melaser tu kes terpencil je..
setidaknya menaikkan semangat
player lepas tu..apapun tahniah
bekalan selesa buat pasukan Malaysia
ke Indon nanti..
Salam Pozi, Hebat dan tahniah juga drp kawan sedak juga kalau deme main bola cara tu, adalah nafsu kawan nengoknya :) New Entry "Tidak layak kah aku berblog ?"
BalasPadamw'salam Zul..- Disebabkan kes terpencil mcm tu lah satu malaysia jadi busuk..rasanya itu bkn alasan semangat player naik..
BalasPadamAkuanakpahang..w'salam bang - Betul tu kawan pun gitu juga...