12 April 2011

5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011

Mungkin belum terlewat untuk aku menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger Denai Hati iaitu dengan menerbitkan entry bertajuk            "5 blog paling kerap dilawati 2011".
Sebenarnya aku merasa serba salah untuk terbitkan entry ini kerana bimbang mungkin ada antara rakan blogger yang namanya tidak tersenarai akan merasa kecil hati dan aku percaya ramai dikalangan rakan blogger yang lain agak keberatan untuk terbitkan entry ini atas alasan yang sama.Cuba bayangkan jika anda mempunyai beribu-ribu follower pastinya sukar untuk membuat pilihan.

Antara kriteria penting yang sering aku pilih untuk melawati sesuatu blog adalah pengisian dari entry yang diterbitkan.Kebiasaannya mereka ini memilih title yang mampu menarik pengunjung untuk singgah ke blog mereka bersama karangan atau susunan bahasa yang mudah difahami bukan semata-mata mereka itu popular.Aku beranggapan tidak perlulah aku terlalu menempel pada blog yang dianggap popular semata-mata untuk menagih traffic kerana walaupun popular tapi jika pengisiannya tidak menepati selera aku, maka rasanya lebih baik aku singgah di blog lain yang aku gemari terutamanya yang tersenarai di dalam bloglist aku.

Selain dari itu faktor lain adalah kerana blogger tersebut sering singgah ke blog aku.Meskipun begitu tidak bermakna setiap entrynya aku akan singgah kerana ia juga bergantung pada entry yang beliau terbitkan.Namun atas dasar menghargai kawan walaupun aku tidak menurunkan sebarang komen aku akan tetap cuba untuk singgah walau hanya sekadar klik masuk samada dengan meninggalkan pesanan pada shoutbox atau sekadar klik untuk 'menyumbang' traffic untuknya.

Tiga blogger ini adalah rakan yang terawal menjadi follower aku dan ketiga-tiganya tetap setia singgah ke blog aku sejak blog aku ditubuhkan hinggalah ke hari ini dan aku juga pastinya antara yang paling kerap berkunjung ke blog mereka sejak dari awal blog aku dilahirkan.Ini juga bermakna blog mereka bukan hanya paling kerap aku lawati sepanjang 2011 malah sejak dari dulu lagi.Terima kasih pada mereka ini :

- Rakan blogger yang berasal dari Jerantut Pahang dan banyak memaparkan entry berkisar kehidupan beliau sebagai anak jati Pahang serta isu-isu semasa.

- Rakan sekelas sewaktu zaman persekolahan dulu kini bekerja di KLCC dan rakan yang banyak membantu aku sehingga lahirnya blog aku ini.Kini blognya melangkah jauh dan menjadi antara blog yang semakin popular dikalangan blogger.Tahniah Zul semoga terus success dan terima kasih sekali lagi.

-Blogger peramah yang berasal dari Pekan Pahang dan menggelarkan dirinya Shinju Lala.Aku sendiri tidak mengenalinya atau bersua muka dengannya.Mungkin di hari perkahwinannya nanti insyaallah aku dan rakan-rakan lain akan hadir jika diundang untuk melihatnya buat pertama kali (dekat dah rasanya tu cuma tarikh belum ditetapkan lagi hehe..) 

- Blog yang agak condong ke arah politik tetapi aku suka membacanya kerana hujah dan pengisiannya yang padat serta tidak terlalu berat.Blog yang terlalu fanatik dan penuh dengan unsur fitnah atau maki hamun aku kurang gemari.

- Blog yang popular dan sering menawarkan contest bersama hadiah yang menarik dan lumayan antaranya yang terbaru adalah hadiah IPad 2 kepada pemenang.Hadiah lain sebelum ini adalah notebook Acer Aspire serta beberapa hadiah lain.Walaupun aku tak pernah joint contest yang dianjurkan olehnya tetapi aku kerap berkunjung ke blognya untuk membaca entry-entry beliau yang bukan hanya sekadar entry berupa contest tetapi juga entry yang berbentuk tips ataupun ulasan dari isu semasa serta catatan umum.

Selain darinya antara blogger lain yang popular dan sering menawarkan contest adalah Redmummy.com yang berpendapatan beribu-ribu sebulan hasil dari blog, Rohaizad.com , kujie2.com dengan temanya 'hidup biar sedap', Hanis Zalika, Ben Ashaari serta ramai lagi blogger yang semakin mencipta nama sebagai blogger yang popular dan dikenali ramai terutamanya dikalangan blogger.Namun dikalangan mereka hanya Kujie2 dan Rohaizad sahaja yang kena dengan 'selera' aku, yang lainnya sekadar dengar nama kerana tidak menepati 'selera' dan 'citarasa' aku. Pastinya mereka mempunyai pengikut atau kelompok yang setia dan meminati penulisan dan entry yang mereka terbitkan.

- Beliau juga antara blogger yang sering singgah ke blog aku dan aku juga kerap singgah ke blognya walaupun tidak sekerap dulu memberikan komen atau ulasan kerana mungkin entrynya 'tak berapa kena' dengan 'selera' aku.Begitu juga dengan dia yang mungkin agak jarang ke blog aku atas alasan yang sama serta kesibukan dengan tugas ditambah lagi beliau perlu membalas kunjungan rakan lain yang semakin ramai singgah ke blognya yang kini semakin popular.Seharusnya kita perlu faham bahawa tiada unsur paksaan untuk kita singgah di mana-mana blog yang kita suka dan begitulah juga sebaliknya.Kita juga perlu faham ada masanya mood kita berbeza dan ianya turut mempengaruhi samada ketika menghasilkan entry atau ketika berkunjung ke blog rakan lain.

Selain dari 5 di atas blog lain yang kerap aku kunjungi juga adalah :


... dan ramai lagi bergantung pada entry yang mereka terbitkan tanpa mengira mereka popular ataupun tidak.

ozzy - segan kalau jadi popular...mohon maaf pada rakan-rakan yang tidak tersenarai.

9 ulasan:

  1. Wah..ada link mak disitu yea..Thanks OZ. I lap u ketat2 la cenggini!!!

    Tapi tak dinafikan, OZ mmg rajin menyinggah di blog mak dan insyaallah mak juga akan membalas setiap jejak yg ditinggalkan oleh sesiapapun

    BalasPadam
  2. terima kasih en. ozzy. setinggi2 penghargaan kerana selalu melawat blog saya yang tak seberapa. kepada peminat2 en. ozzy serai wangi ni, jemputlah datang ke blog saya di Hisyam Muhibah

    BalasPadam
  3. Salam Sahabat, kawan ttp terharu sebab blog kawan diantara blog pilihan utama anda terima kasih berbanyak TQVM.
    New Entry "Jangan sembarangan makan."

    BalasPadam
  4. Salam......"terharu...pilu..terkedu..masih ada yg menghargai dan amat bermakna buat aku insan kecil di maya blogger yang tak berpenghujung.."

    BalasPadam
  5. As'salammualaikum en.ozzy..

    Terima kasih kerana blog amy tersenarai sama.. terharu pulak! Maaf juga kerana sejak dua menjak nie amy jarang singgah di rumah en.ozzy mahupun rakan blogger lain kerana amy terlalu busy..apa pun sekiranya ada kelapangan waktu amy pasti akan singgah di sini..

    BalasPadam
  6. Salam...alamak...blog aku xde la pulak isk3... hehehe..it's ok..citarasa yg berbeza la tuh. Ape2pun teruskan perjuangan xkira walau macamana hasilnya..yg penting..you are what you are.

    BalasPadam
  7. As salam..

    Mekasih,terharu heheh..
    mekasih sbb tulis peramah n bukannya omeh..huhuh :P

    Semoga terus sukses dan jadi blogger terkemuka suatu hari nanti...

    InsyaALLAH...jemput tu tetap jemput tp lambat lg la kot... (blushing)

    BalasPadam
  8. As salam..
    Terima kasih krn sudi juga kunjungi teratak ku walaupun terlalu usang..

    BalasPadam
  9. hihihi, ozzy, hany menepek disini, semalam busy sikit...ni curi masa...hohoho

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...