6 April 2011

TAIKO PASAR MALAM

Bagi yang biasa berkunjung ke pasar malam tentu merasa tidak selesa terutamanya pada awal bulan kerana pengunjung yang berasak-asak untuk membeli serta mereka yang sekadar berjalan-jalan untuk melihat berbagai barangan yang dijual.
Pasar malam bukan hanya popular di kampung malah di bandar-bandar besar turut diadakan dan disediakan tapak untuk peniaga berniaga di pasar malam.

Pada mereka yang berkunjung untuk mencari bahan keperluan pasti merasa terhimpit dengan keadaan ini.Kedudukan khemah atau gerai peniaga yang terlalu rapat serta ruang tapak pasar malam yang agak terhad menyebabkan pengunjung terpaksa bergesel-gesel berhimpit-himpit untuk memilih dan mencari apa yang dihajati.Pada yang menyeret anak atau menjengjeng plastik yang penuh berisi bahan yang telah dibeli pasti merasakan sukar untuk bergerak.Kalau lambat bergerak orang yang berada di belakang akan marah silap-silap kena sondol tolak pulak nanti.

Pada mereka yang jenis bertolak ansur dan memahami keadaan tersebut mereka akan faham dan bersedia untuk memberi laluan tetapi ada juga yang berlagak macam 'taiko' pasar malam.Kalau berjalan langsung tak nak mengalah atau ke tepi..main langgar je tak kira muda ataupun tua.Mereka yang melihat hanya sekadar mampu geleng kepala sambil merungut di dalam hati.Tapi apa kata kalau sesekali orang yang selalu kena langgar ini pula jadi 'taiko' pasar malam..tapi bagaimana caranya?

Kebiasaannya kita mendengar seseorang meminta laluan dengan berkata " air panas..air panas " bertujuan supaya orang ramai memberi laluan untuknya.Cara ini agak berkesan sekiranya kita merupakan peniaga yang membawa barang dan meminta diberi laluan tetapi sekiranya kita cuma seorang pengunjung ianya tidak akan berkesan kerana tiada siapa yang akan peduli.

Cara mudah untuk menjadi 'taiko' pasar malam adalah dengan membeli buah durian dan kemudian jinjing di kedua-dua belah tangan kiri dan kanan.Kalau sebelum ini ramai yang susah nak ke tepi atau memberi laluan 'confirm' kali ini dari jauh lagi mereka dah berhenti termasuklah 'taiko' yang sebelum ini tak pernah mahu mengalah.Kalau dia tak mahu juga mengalah dan ke tepi memang sahlah dia 'taiko' sejati serta jenis kulit yang tak lut dengan senjata.

Nak rasa jadi 'taiko' pasar malam?..cubalah hehe...

ozzy - tak nak jadi taiko cuma nak jadi tauke...

9 ulasan:

  1. hahaha kena bawak durian la jugak baru orang lain takut.. idea yang bgus tu..

    BalasPadam
  2. Salam Pozi, kawan paling bosan kalau gi pasar malan org duk berborak dilaluan org lalu lalang.. macam deme tak bersalah aje haruuu :(
    New Entry "Siapa Syed Mohamad Asri | Usop Wilcha | Shy8"

    BalasPadam
  3. Paling benci kene bergesel ngan mat2 bangla...depa ni jenis selamba jek, dah le jalan sempit...boleh pegang2 tangan lagi...together gather bak mat saleh cakak...hehehe

    BalasPadam
  4. Salam..setakat 2 biji durian tu macam tak cukup. Apa kata 4 biji..2 kiri dan kan 2 lg depan dan belakang...huhu

    BalasPadam
  5. w'salam Abg Long..

    Kalau bawa lebih sangat nanti diri sendiri yang tak boleh bergerak pulak hehe...

    BalasPadam
  6. salam Ozzy
    realiti aku dah lama
    tak ke pasar malam..
    rimas orang ramai..barangan
    rumah byk aku beli di hypermarket
    je..tu pun pergi sorang..mrs aku
    senaraikan..kalau byk dia lambat
    la proses pembelian..senang aku sorang
    tak sampai sejam aku dah balik

    BalasPadam
  7. As salam...
    Koi suke p pekan sari ngn pasor malam..
    Pasor tani pun suke..Pasor ramadan (param)
    pun suke...Sbb koi suke makan..heheh..


    * X suke duyan..

    BalasPadam
  8. good idea.. lepas ni aku akan guna ni bila musim durian tiba..

    selalu aku pi sebab nak cari roti goreng je.. huiyo... payah beb, takde jual pasar siang roti nih..

    gesel-menggesel ni normal.. jantan2 and even lelaki pun suka, kannn?

    http://see-if-i-really-care.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Di Keningau pasar malamnya setiap hari/malam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...