Pagi ini seperti biasa aku suka melihat pemandangan indah tasik, pokok serta bangunan yang tersergam indah melalui tingkap tempat di mana aku bertugas.Pemandangan yang aku gemari agar minda terbuka luas terutama di saat aku perlu memikirkan rekabentuk produk terbaru atau membuat modifikasi , analisis atau merangka strategi serta perancangan.Cuaca mendung di awal pagi tiba-tiba kelihatan semakin gelap dan bila aku menoleh ke kanan kelihatan asap berkepul dari bangunan yang terletak bertentangan dengan office aku.
Pada awalnya aku sangkakan cuma asap yang keluar dari serombong dapur tetapi agak mustahil kerana cafe terletak di tingkat bawah sedangkan asap tersebut keuar dari bumbung atas.Lama kelamaan asap kelihatan semakin tebal memenuhi ruang angkasa dan hati aku berkata ini pasti berlaku kebakaran.
Lima minit kemudian kedengaran siren bomba dan sah telah berlaku kebakaran di bangunan tersebut.Hanya dalam beberapa minit api marak dengan pantas.Selain dari pili bomba yang sememangnya telah tersedia di situ, kewujudan tasik memudahkan lagi kerja pihak bomba untuk mengepam air dan memadamkan api.
Ini pula pemandangan biasa di negara kita apabila berlakunya peristiwa seperti ini.Laluan lebuhraya yang terletak bersebelahan dengan bangunan tersebut mula kelihatan sesak kerana ramai yang berhenti di tepi jalan untuk menyibuk tengok.Laluan yang biasanya lancar tiba-tiba menjadi sesak kerana sikap orang ramai yang 'perihatin'.Begitu juga apabila berlakunya kemalangan walaupun hanya kemalangan kecil pasti jalanraya akan 'jem' kerana keperihatinan ini.Sikap ini juga ada kalanya menyusahkan pengguna atau orang lain yang mungkin sedang mengejar masa untuk sesuatu urusan yang penting.Ia juga mungkin menyukarkan pihak yang terlibat seperti kenderaan bomba, polis atau ambulan untuk tiba dengan segera apabila terhalang oleh kenderaan yang semakin sesak.
Mungkin juga ada segelintir antara kita yang melihat peristiwa seperti ini hanya sekadar ingin mencari kelemahan pihak terbabit.Mereka menjadi perihatin untuk melihat berapa lamakah masa bomba akan tiba ? berapa lamakah pihak bomba akan berjaya memadamkan kebakaran tersebut? dan apakah cara atau teknik yang dilakukan oleh pihak bomba di waktu ini?.Kepakaran pihak bomba mula diperkata dan dipertikaikan sekiranya teknik yang mereka lakukan tidak sama seperti yang mereka tonton di kaca TV sedangkan pihak bomba perlu mengatur strategi serta teknik yang berlainan untuk setiap kes kerana bukan semua kes yang berlaku dalam keadaan atau situasi yang sama.Itulah mentaliti kita yang suka mencari kesalahan dan kelemahan orang lain tetapi apabila berlaku peristiwa yang sama pada diri kita pada siapa kita meminta pertolongan?....999.
Sayangnya juga kadangkala keperihatinan kita ada kalanya 'salah tempat'. Perkara yang lebih penting kita kurang ambil peduli contohnya dari segi kebersihan samada di tempat awam mahupun rumah sendiri.Begitu juga dengan perlakuan vandalisme atau merosakkan kemudahan awam seperti telefon, tandas atau peralatan di padang permainan.Kita hanya menjeling sambil berlalu apabila terlihat seseorang sedang merosakkan kemudahan tersebut sambil dalam hati berkata "Lantaklah dia nak buat apapun..bukan harta aku".
Tahniah pada tindakan pantas pihak bomba yang telah pun berjaya memadamkan kebakaran sebentar saja tadi. Apa yang pasti kebakaran yang berlaku pada pagi ini 1 april 2011 bukanlah April fool !!!!.
ozzy - Hati yang terbakar lebih sukar dipadam ...
Kenapa dan mengapa org mmg mudah ralit nengok bender gitu.. sebab jarang2 berlaku gamoknya :)
BalasPadameh macam kenal jer tempat nie..kat seri manja kan bro ozzy..ye la.. kat restoran cina kan??kan??
BalasPadamAngah..
BalasPadamBetul la tu..kalau lalu boleh tgk kesan terbakar tu.
syukur tak melibatkan kemalangan nyawa taniah kepada kecekapan ahli bomba...
BalasPadamNaya Bomba nak nyelit di tengah2 kesibukan itu..
BalasPadamozzy, ahahha siap ada yg amek masa utk bomba hentikan kebakaran, redha kan kebakaran. itu mmg sgt prihatin...
BalasPadamsempat selamat dr merebak tak nih?
wahhh dahsyatnya api.. nasib ada tasik kat situ... syukur..
BalasPadammentaliti masyarakat Malaysia rata2 masih tahap yang belum memuaskan...bukan tuduhan melulu...tapi pada pandangan peribadi saya...masih banyak perlakuan2 yang tidak beretika dibudaya dan diamalkan..semoga kita semua berubah ke arah yang lebih positif untuk memajukan lagi negara tercinta kita Malaysia!
BalasPadam