6 April 2011

PEGAWAI KASTAM DITEMUI MATI DI BANGUNAN SPRM - TRAFFIC JEM

*
Hari ini negara kembali gempar dengan berita seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane.
Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

“SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurus jabatannya dan kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan,” kata beliau lagi.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

Berminat untuk tahu lebih lanjut dan berita pantas sila klik di SINI 

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti biasa orang ramai cukup berminat untuk membuat bermacam spekulasi walaupun siasatan belum habis di jalankan.

* Bagi yang nak up traffic sampai lebam jem sila cepat-cepat publish...

* Bagi kaki nombor ekor boleh cuba try no plet kenderaan tersebut..

* Bagi yang belum ada topik untuk berborak di kedai kopi cepat-cepat baca dan buka cerita di blog sebab berita belum keluar tv..

* Bagi yang rasa dosa belum banyak, cepat-cepat tabur fitnah dan tuduh menuduh yeee..

ozzy - Salam takziah pada keluarga arwah...al-fatihah

8 ulasan:

  1. salam....
    ermmm..yang nyata
    semakin hari makin
    pelik berita yang
    akan keluar di laman
    siber..kadang-kala
    di luar pemikiran kita
    pun ada..

    BalasPadam
  2. w'salam Zul..

    Bermacam berita & cerita boleh direka..bergantung pada kita samada nak percaya atau tidak dgn apa yg kita dengar atau baca.

    BalasPadam
  3. dah ajal kan... ni mesti akan jadi topik hangat lak.... tak sudah2...

    BalasPadam
  4. Tengok2 jeling drp jauh aje... trafik jem tak lawan kehebatan budak Miera Leyana dgn baju seksi dia tu hehehe...

    Apapun kita tunggu hasil siasatan polis dulu malas nak buat andaian dan komen :)

    BalasPadam
  5. trafik kuantan tak seteruk KL.. haha.. saya tabik hormat kepada polis, 7 minit masa diambil untuk tiba di tempat kejadian. itu KPI yang baik.

    kita tunggu siasatan polis. tak mahu nak sambung2 cerita2 sensasi dan spekulasi.

    yang pasti, isu ini lebih penting daripada isu video hitam putih tu.

    BalasPadam
  6. dah jadi berita hangat kat berita mlm tadi...

    BalasPadam
  7. tunggu hasil siasatan dan keputusan pihak berwajib...Malaysia Ku..Bangsa Ku...Kamu Mati Begitu...hrmmmm...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...