13 April 2011

BILA OZZY KE DAPUR

Ramai yang sering memperkatakan tentang calon isteri mestilah seorang yang pandai memasak.Zaman ini perlu diakui hakikat bukan tidak ramai isteri yang pandai memasak tetapi ramai isteri yang malas memasak.Seperti biasa alasan klise "isteri pun sibuk bekerja..mana ada masa".Mungkin ayat isteri malas memasak dianggap keras tetapi alasan sebenar ada dalam diri kita sendiri samada tak pandai memasak atau malas memasak.

Jika alasan tak pandai memasak ia bukanlah alasan yang paling tepat kerana di zaman ini berbagai sumber yang boleh kita perolehi untuk mencari atau mendapatkan resepi.Jika malu untuk bertanya dengan mak atau mertua, boleh beli buku resepi yang banyak dijual.Jika malu nak beli buku resepi cari dan salin saja dalam internet samada melalui website atau blog yang banyak memaparkan tentang resepi masakan.Jika masih lagi ingin memberi alasan ternyata motto hidup anda adalah "HIDUP MESTI BERALASAN".

Seperti entry yang pernah aku terbitkan sebelum ini iaitu "SUSAH KE MASAK" aku ingin tegaskan bahawa tidak susah untuk memasak jika hanya sebagai hidangan kita sendiri mahupun keluarga. Sesekali aku sebagai lelaki ingin mencuba untuk memasak dan ternyata ia tidaklah sukar sekiranya kita ingin mencuba.Seperti yang pernah aku katakan masakan Melayu bahan asasnya atau 'basic' lebih kurang sama sahaja cuma perbezaannya hanyalah pada rasa samada  manis,masin,pedas atau masam.

Ini adalah bahan yang aku gunakan ketika menyiapkan menu masakan aku baru-baru ini.Jika ada yang berminat untuk salin resepi 'Campak-Campak Daging Masak Kicap Ozzy' jangan malu-malu hehe..

Apa?..start dari mula..ok boleh.

Adik-adik,akak-akak,makcik-makcik semua mari kita mulakan ye ..mula-mula... 
( suara ala-ala chef wan ..ahakkk  )
 i - Letakkan kuali di atas dapur ..masukkan minyak masak dan panaskan.
 ii - Potong atau racik daging atau beli saja daging yang dah siap potong.
 iii - Potong bawang merah, cili merah, cili padi dan campakkan ke dalam kuali...nak baling pun boleh.
 iv- Masukkan sesudu cili giling atau cili boh ke dalam kuali..jangan campak nanti terpercik ke mata.
 v- Campakkan setengah sudu kecil garam ke dalam bahan tersebut.
 vi- Pancutkan kicap lemak manis jenama 'kicap cap kipas udang atau kicap Jalen' ke dalam bahan tersebut sesedap rasa.
 vii- Masak hingga daging tersebut lembut dan rasa sehingga kesemua bahan menjadi mengikut citarasa tekak anda.
 viii - Tutup api dapur gas..masukkan daging dalam pinggan ..jangan lupa basuh kuali tu.
...dah siap..susah ke??.

" Daging masak kicap Ozzy "

Kalau nak mudah lagi untuk jadikan masakan tersebut 2 dalam 1, potong kacang panjang dan kemudian campakkan saja ke dalam masakan tersebut sebelum ia mendidih macam yang aku buat.Dalam rajin masak ada juga malasnya tu ..maklumlah orang lelaki kan hehe...alasan lagi.
Nak tau sedap tak sedap masakan aku tu kena tanya anak aku sebab dia kata "abah nak tambah nasi lagi".

ozzy - Hidup mesti berwawasan bukannya hidup mesti beralasan...

10 ulasan:

  1. hihi..org laki kalo memasak mcm romantik..hihihi..ye la..org prmpuan kenala pandai masak..nanti dh tua2 xkan cucu nk makan suruh bibik jugak masak..eh apa daa...hihihi

    BalasPadam
  2. kellasssss gitu..hahaha
    koi suke masukkan black pepper..

    BalasPadam
  3. salam ozzy,terbahak2 akak gelak nih..sebab bayangkan ozzy masak gaya chef wan..hahaha..
    menjadi daging masak kicap tu ya.alhamdulillah..
    untunglah orang rumah...

    BalasPadam
  4. boleh tahan...sesuai untuk penternak lemak menambahkan lemak2 dibadan.Hummm...YUMMY..sehingga menjilat siku..

    BalasPadam
  5. wahhhh .. lama kc tk dtg sini. bila dtg je .. tgk2 dh naik pangkat jadi Chef Ozzy rupanya. hihihi ..

    BalasPadam
  6. ozzy, hany kan kalau nak mkn daging masak kicap, mesti suruh suami masak kan. ahaha sbb dia masak style kelantan tuh, and sedap plak. so slalu la dia masak kalau daging masak kicap nih...

    agaknya mmg betol la lelaki pandai masak daging masak kicap..eh eh betol ker

    BalasPadam
  7. As salam..
    Isteri dah selalu memasak terutamanya SRT sepenuh masa. Sekali sekala nk juga rasa masakan si suami...

    BalasPadam
  8. wah sungguh mengiurkan.. mdaging masak kicap kegemaran en.hubby amy nie

    BalasPadam
  9. Salam, org nie tak kira jantan tine kalau dah malas jangan kabor benderlah angkat kuali tu pun dia malas dah hehehehe... kalau org pompuan malas masak sangkut aje dia tu kat dinding bersama kualitu hehehehe...

    Saya juga biasa memasak ada tengka2nya :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...