Hentian Puduraya yang telah dihentikan operasinya sejak awal Mac 2010 untuk kerja baik pulih dan naik taraf kini telah siap sepenuhnya. Hentian ini dijangka akan mula beroperasi pada hari ini 16 April 2011 setelah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.Dengan itu bas yang beroperasi di hentian sementara di Bukit Jalil akan mula dipindahkan secara berperingkat.
Tampil dengan rekabentuk yang lebih kemas dan menarik, apa yang diharapkan mutu perkhidmatan juga perlu dinaik taraf selari dengan wajah yang ditampilkan.Perlu diingat bahawa hentian puduraya merupakan stesen bas utama di ibu kota dan sebagai terminal bukan hanya kepada rakyat tempatan, malah turut digunakan oleh pelancong asing untuk ke destinasi seterusnya.
Ruangan dalaman terutama bahagian tempat menunggu bas kelihatan lebih kemas dilengkapi dengan air cond dan tempat duduk yang lebih selesa.Apa yang diharapkan adalah kerjasama serta sikap kita terutamanya rakyat tempatan untuk sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan.Perlakuan vandalisme bukan hanya merosakkan kemudahan yang disediakan malah turut menyusahkan pengguna lain.
Hentian puduraya mungkin pernah mencatatkan memori indah pada pasangan yang memulakan perkenalan di sini.Usik mengusik atau perkenalan tanpa dirancang, akhirnya mencatatkan sejarah setelah ianya berakhir di jinjing pelamin .Kini segalanya menjadi nostalgia buat mereka dan ianya tidak akan padam meskipun wajah lama hentian ini telah lenyap ditelan arus kemodenan.
Kemudahan surau turut diberi nafas baru dengan menyediakan ruang yang lebih luas dan selesa.Surau yang dikatakan boleh menempatkan seramai 400 orang jemaah pada satu masa ini turut menyediakan imam untuk solat jumaat.
Dengan adanya kemudahan ini pastinya ia lebih memudahkan orang ramai kerana tidak perlu lagi berkejar ke masjid yang berhampiran.
Namun apa yang diharapkan surau ini tidak disalah guna terutamanya pada mereka yang ingin menumpang tidur tetapi akhirnya menjadikan surau seperti rumah sendiri untuk mandi, membasuh atau menyidai baju atau melakukan perkara yang dilarang.
Apa yang pasti suasana yang masih tidak akan berubah adalah keadaan traffic di hentian ini yang akan kembali sesak seperti sebelumnya kerana ia tetap berada di lokasi yang sama.Sikap orang ramai dan pemandu teksi yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan merupakan penyumbang terbesar berlakunya kesesakan ini.Keduanya adalah konco-konco ulat tiket akan kembali berkeliaran dan bermaharajalela seandainya tiada tindakan dan pemantauan yang lebih ketat.
Justeru itu disebalik wajah baru yang ditampilkan, apa yang kita harapkan adalah penguatkuasaan serta tindakan yang lebih tegas untuk mengatasi masalah yang sama agar tidak berulang.Walau tidak dapat dibanteras sepenuhnya sekurang-kurangnya mereka yang terlibat lebih gentar sekaligus berpeluang untuk menurunkan statistic kes penipuan pada paras yang lebih minima.
ozzy - teringat kenangan lama ketika sering menggunakan hentian ini suatu ketika dulu....

Salam Pozi, pergh mmg lawa yak.. kawan lama betul tak ninggoh kat sini :( kalau dah lawa macam tu usah dicemari dengan situasi yang tidak menyenangkan.
BalasPadamha ada dgr gak, sabtu bukak kan. hurmm hany dulu slalu ke hentian puduraya utk ke utara. mmg kalau ikutkan hati, malas nak pergi ke puduraya ni dgn keadaan yg urgghhh.ini dulu laaa...
BalasPadamhhurmm, harap2 dgn keadaan lebih slesa skrg
lana ingt gi mse kecik2 salu naik bas kt sini,lik kg..dulu family xdek keta gi. bnyk kngn tmpt ni, 1st time lna mkn dunkin donat pom kt sini,hehe
BalasPadammmm...dah lame xsinggah blog ni...
BalasPadamda lame sgt da xpegi pudu tu...rasenye last tahun 2007/2008... yelah...sejak da ada kereta sendiri n da duduk kat banting ni... cam xde kepentingan lak nk g pudu tu,lgpn sblm ni kan bas2 ke selatan sume kat bukit jalil,so xde la pegi pudu tu... bile la agknye nk pegi sana...byk kenangan kat sana.
1st time interframe masuk malajah3 pon kat pudu.
jumpe skandal dr kedah pon kat pudu... mcm2 la kenangan kat pudu tu..
banyak kenangan aku kat sini masa berkelana di K.L dulu...kalau nak cerita boleh buat Novel..best seller..
BalasPadamsalam ozzy..
BalasPadamermm..kalau tak de hal
tak tahu bila la nak
ke sana lagi...