5 April 2011

MANA LEBIH BISA ANTARA TULISAN DAN UCAPAN

Ketika zaman sebelum komputer diperkenalkan dan digunakan secara meluas kita menggunakan pen atau pensil serta kertas untuk menulis.
Samada untuk menulis karangan, surat rasmi hinggalah menulis surat cinta kita gunakan pen dan kertas sebelum dikirim melalui pos.Ianya merupakan medium utama untuk kita bertanya khabar , menyampaikan maklumat atau meluahkan isi hati.

Hanya menerusi penulisan kita mampu membuatkan seseorang itu sedih, gembira, marah dan berbagai lagi emosi lain yang terbit sesudah membaca apa yang kita catatkan.Tanpa melihat raut wajah atau mendengar suara seseorang itu mampu ketawa atau menangis hanya dengan membaca apa yang ditulis.Malah hasil dari penulisan itu juga mampu merubah kehidupan serta peribadi atau tingkahlaku seseorang.

Perubahan mula berlaku apabila penggunaan telefon diperluaskan.Kita tidak perlu lagi menulis surat panjang berjela dan menunggu balasan dalam tempoh yang lama.Apabila telefon bimbit diperkenalkan ianya lebih memudahkan untuk kita berhubung walau di mana sahaja kita berada.Hari ini apabila dunia IT mengambil alih peranan sebagai alat perhubungan yang utama, kehidupan kita bagaikan tiada sempadan kerana kita dengan mudah menyampaikan atau menerima apa sahaja maklumat dari seluruh dunia.Melaluinya kita mampu menulis apa sahaja untuk bertanya khabar, berkenalan , menyampaikan berita sehinggalah mengutuk dan menghina melalui medium yang disediakan samada melalui email, facebook , tweeter dan bermacam lagi sumber yang ada.

Berbeza dengan penulisan, apabila kita menyampaikan ucapan atau kata-kata ia terpancar terus menerusi ekspresi wajah atau bahasa badan mengikut apa yang kita pertuturkan.Ianya lebih mudah difahami dan pendengar dapat menangkap maksud disebalik tutur kata dengan jelas berbanding penulisan.
Jika seseorang itu bijak bermain kata-kata dan setiap bait kata yang terpantul keluar dari mulutnya mampu mengubah atau memanipulasi emosi seseorang,dia dianggap mempunyai mulut atau ayat yang bisa. Ayat yang keluar dari bibirnya juga berjaya meneroka jauh kedalam fikiran seseorang sehinggga berjaya merubah emosi dan pendirian mereka.

Namun ada kalanya penulisan itu dilihat lebih bisa dari kata-kata kerana ia juga mampu merubah emosi seseorang meskipun mereka tidak pernah bertemu atau mengenali penulis.Melalui pembacaan juga ia boleh menjadi maksud yang berbeza apabila dibaca mengikut 'tune' atau nada yang berbeza.Sebagai contoh ayat " kamu buat apa ni ".Apabila dibaca dengan nada yang lembut ia menjadi seperti satu persoalan atau pertanyaan tetapi apabila dibaca dengan nada yang keras "KAMU BUAT APA NI" bunyinya seakan mempersoalkan atau menyalahkan perlakuan individu tersebut sedangkan penulisnya bermaksud lain.

Kerana itu melalui penulisan juga ramai antara kita menjadi salah sangka dan bermasam muka hanya kerana salah faham ini.Salah faham juga timbul apabila kesilapan dalam susunan ayat yang dibaca mengikut tafsiran berbeza menyebabkan ia ditakrifkan sebagai fitnah lantas menjadikan hubungan tiba-tiba menjadi renggang.Berbeza pula dengan ucapan, kita lebih mudah menilai menerusi intonasi atau ekspresi wajah seseorang meskipun kadangkala kita masih tertipu dengan sandiwaranya yang bijak berkata-kata.

Justeru itu di zaman ini yang manakah lebih bisa antara TULISAN dengan UCAPAN meskipun kita biasa mendengar ramai orang berkata lidah itu lebih tajam dari mata pedang...

ozzy - " BILA HATI MULA BERKATA..LIDAH KELU UNTUK BICARA..HUJUNG PENA KU SALUT BISA ".

8 ulasan:

  1. ozzy, penulisan kalaua d ayg sempat capture, boleh jadi bukti mahkamah tak? hihihi...kalau percakapan mesti tak sempat nak rekod kan kan kan? hihi...

    hany kadang2, kalau nak marah ker mintak maaf ke, kadang2 hany prefer tulis...sbb hany rasa mcm lebih ikhlas hihihi, padahal takot menangis kalau cakap direct ;)

    BalasPadam
  2. salam ozzy..
    lain orang lain cara
    kalau kena gaya di minati
    ramai..kalau tak kena, di benci..
    kalau menegak kebenaran..
    jangan peduli kata orang..
    kita adalah kita
    anda dalah anda..
    selamat menulis..

    BalasPadam
  3. As salam..
    Dua2 sama bisanya...
    tp tulisan lebih terkesan sbb kita boleh ulang baca byk kali..

    BalasPadam
  4. Kalau dah bisa kena cari penawarnya...:)
    Betul dah pepatah ada ngabor penulisan itu seumpama mata pedang juga :)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum...
    bisa atau tidak terpulang pada persepsi masing2 ada yg berfikiran terbuka boleh menerima teguran ada yang terlalu sensitif sehinggakan terasa seperti dirinya yg di perkatakan...

    bila menulis saya sering baca semula apa yg di tulis seboleh mungkin tidak mahu menyentuh hati sesiapa tapi sebagai insan biasa yang byk kekurangan dari kelebihan kita tak mungkin "bisa" lari melakukan kesalahan..
    yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan...

    Read more: http://ozzy2u.blogspot.com/2011/04/mana-lebih-bisa-antara-tulisan-dengan.html#ixzz1IclR0yty

    BalasPadam
  7. As salam...

    Penulisan mmg bisa,nok2 kala baca dlm intonasi yg salah...Tapi koi ase ucapan lebih bisa sbb kita dgr live..trus menusuk ke jantung time tu jugak..huhuh..

    BalasPadam
  8. ada yang boleh berpidato dengan baik, belum tentu dia mampu menghasilkan artikel yang baik. sebaliknya, seorang penulis yang baik biasanya bukan orator yang baik. sebab itu kita perlu manfaatkan kelebihan rakan seperjuangan. kekurnagan kita ditampung oleh kelebihan rakan yang lain.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...