Ramai diantara kita mengeluh kerana kesibukan dengan tugas harian yang bagaikan tiada penghujungnya.
Berdepan dengan rutin harian yang merupakan tugas yang perlu dilaksanakan membuatkan kehidupan kita sentiasa sibuk.Sikap melengahkan atau menangguhkan tugas tersebut menjadikan kita semakin tersepit dengan kesibukan apabila ia semakin menimbun.
Walaupun kita cuba membahagikan masa untuk mengelakkan kesibukan namun ada kalanya masa yang ada tetap terbabas pada perkara lain yang turut menuntut ruang untuk diberi perhatian.Sesuatu yang tidak dijangka inilah menjadikan ruang kesibukan semakin membusut. Kesibukan juga menjadi satu alasan kepada ramai ibu bapa menjadikan masa untuk anak-anak dan keluarga turut terabai tanpa kita sedar kesibukan tersebut turut menjadi ancaman.
Ada antara kita yang sengaja menyibukkan diri atas alasan untuk lari dari memikirkan perkara yang membuatkan fikiran kita berserabut.Kita cuba mengelak dari duduk bersendirian kerana tidak mahu perkara yang membebani fikiran kita itu mula berlegar dan kembali menerjah apabila kita menyendiri dan mengelamun.Mungkin pekara itu menerbitkan rasa sedih, marah atau kecewa maka kita beranggapan lebih baik kita sibukkan diri dengan perkara lain dari memikirkan perkara tersebut. Meskipun kita tahu cara tersebut tidak betah untuk melenyapkannya namun sekurang-kurangnya kita dapat mengawal emosi dari terus hanyut dengan situasi tersebut yang memungkinkan kita bertindak mengikut perasaan.
Seandainya kita luangkan masa tersebut dengan perkara positif dan melakukan perkara yang baik maka ganjaran yang akan kita terima mungkin mampu merubah hidup kita menjadi lebih baik tetapi sekiranya kita memilih perkara negatif maka kita mungkin menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.Ini bermakna kita meningkatkan lagi timbunan beban kesibukan untuk mencari jalan bagi menyelesaikannya seandainya apa yang kita lakukan itu tempiasnya turut membebankan orang lain.
Tidak dinafikan ramai antara kita yang suka menyibuk terutamanya hal-hal yang melibatkan diri orang lain.Jika menyibuk ke arah kebaikan ianya amat dituntut tetapi jika menyibuk untuk mengaibkan atau menjatuhkan orang lain inilah yang perlu dielakkan kerana sikap tersebut bukan hanya memalukan orang lain malah turut meningkatkan lagi himpunan dosa yang sedia ada.Jangan diberatkan lagi timbangan tersebut dengan mencipta fitnah dan mereka-reka cerita.Kalau nak jadi nasi tambah pastikan nasi tersebut bukan nasi yang basi....
Kadangkala kalau suka sangat menyibuk mungkin padah yang akan kita terima.....
ozzy - selalu sibuk tapi jarang menyibuk....

Terkadang kita tak sibuk mana cuma disibukan
BalasPadamdengan bender yang tak tentu arah macam berblog nie huhuhu...
Akibat dari kesibukan lah ni..maka di petang hari ni kawan dapat jengok belog aok ni..haha!
BalasPadammasa yang diberi pada kita sama..tetap 24 jam...")
BalasPadamsaya biasa menambah kesibukan dengan berblog ja..heheh
BalasPadamAs salam...
BalasPadamMenyibuk untuk kebaikan xpe...
huhuhu..
Koi sibuk gek ler nih..mcm x cukup mase..
Nak mengejar target..
As'salam en.ozzy.
BalasPadamMalam baru dapat jenguk ke sini ,di sebabkan kesibukan yang melampau sampai rasa masa 24 jam tue x cukup bagi amy huhuhu~nak berblog pun dah terbatas
manusia sibuk sentiasa merasakan 24 sehari tidak cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti dan rutin harian tetapi penyibuk biasanya terlalu banyak masa terluang sehingga terpaksa menyibukkan diri dengan urusan orang lain.
BalasPadamsalam Ozzy..
BalasPadamjadi blogger kadang-kala kena
menybuk juga urusan dunia..baru
tak ketinggalan isu..he he