Mata juling yang juga dikenali sebagai "strabismus" atau "cross-eyed" ditakrifkan sebagai kedudukan anak mata yang tidak selari diantara kedua-dua belah anak mata.
Setakat ini belum ada jawapan yang tepat dari pakar-pakar mata diseluruh dunia punca sebenar berlakunya sindrom atau gejala ini.Namun ramai diantara mereka yang pakar sependapat gejala ini berpunca dari kerosakan antara saraf mata serta melibatkan masalah pada otot mata. Malah sehingga kini belum lagi ditemui penawar atau kaedah yang paling berkesan untuk mengubati penyakit ini yang membolehkan anak mata tersebut kembali normal dan berada pada kedudukan yang selari.
Selain dari mengalami keadaan yang tidak selesa penghidap juga turut menanggung gangguan emosi serta psikologi kerana malu dengan kecacatan tersebut lebih-lebih lagi jika individu tersebut adalah seorang wanita.Sekiranya juling tersebut tidak terlalu ketara atau kedudukan anak mata tidak terlalu berbeza masyarakat kita mengklasifikasikan ia sebagai juling air atau juling itik.
Bagi masyarakat melayu ramai diantara kita yang mengaitkan masalah juling ini berpunca dari perbuatan ibu bapa yang mengadakan hubungan seks semasa isterinya datang haid.Meskipun belum ada kajian saintifik yang boleh mengesahkan dan membuktikan anggapan ini namun perkara ini sering disebut dan diperkatakan sesama mereka.
Terdapat pro dan kontra dari kepercayaan ini.Umat Islam secara umumnya mengetahui bahawa mengadakan hubungan seks semasa isteri datang haid hukumnya adalah Haram.Justeru itu dengan mengaitkan kepercayaan tersebut dan sekiranya mereka tetap berdegil untuk mengadakan hubungan seks pada waktu tersebut maka kemungkinan anak yang bakal lahir nanti akan bermata juling.Pasti semua ibu bapa inginkan anak yang lahir dengan sempurna dan cukup sikapnya.Inilah kebaikannya pada kepercayaan ini untuk mengelakkan mereka dari terus melakukannya meskipun tahu ianya adalah haram.
Manakala keburukan atau kekurangan dari kepercayaan ini adalah perasaan yang dialami oleh ibu bapa atau anaknya sendiri.Ibu bapa akan merasa malu kerana telah dianggap oleh masyarakat sekeliling bahawa mereka telah melakukan perkara tersebut menyebabkan anak yang dilahirkan bermata juling sedangkan mereka tidak pernah melakukan perkara tersebut.Ini bermakna mereka terpaksa terima 'hukuman' atas kesalahan yang tidak mereka lakukan sejak anaknya dilahirkan sehinggalah dia atau anaknya meninggal dunia kerana perkara tersebut akan terus diperkatakan disebabkan ia telah menjadi satu kepercayaan turun temurun.
Manakala anaknya atau individu yang mengalami kecacatan kekal ini turut akan menyalahkan kedua ibu bapanya apabila mendengar kepercayaan ini diperkatakan sedangkan perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh kedua ibu bapanya.Perasaan malu kerana diejek oleh rakan-rakan yang mengaitkan kepada kepercayaan tersebut boleh mengakibatkan gangguan emosi atau kemurungan dan akhirnya mereka menjadi pendendam atau benci pada kedua ibu bapanya kerana beranggapan kecacatan tersebut berpunca dari sikap ibu dan bapanya sendiri.
Berdasarkan kajian terbaru oleh sebuah badan penelitian di New York diketuai oleh Dr Tobias Torp-Pedersen dari Statens Serum Institut Kopenhagen, Denmark pula merumuskan bahawa wanita hamil yang merokok berisiko lebih tinggi untuk melahirkan anak yang bermata juling.
Namun mereka turut mengakui faktor ini hanya mempengaruhi sekitar beberapa peratus sahaja kerana jawapan pada punca sebenar terjadinya sindrom ini masih gagal di kesan dengan tepat sekaligus menjadikan penyakit ini belum ada penawar yang paling mujarab samada untuk mencegah atau mengubatinya.
ozzy - jangan selalu jeling-jeling takut nanti jadi juling...

As salam..
BalasPadamPernah jgk seseorang tegur bertanyakan sesuatu, ingatkan dia cakap dgn org lain sbb matanya tak pandang kita pun...
Nak buat macam mana ketentuan Allah segalanya.
BalasPadamJuling-juling ayam lawa juge pozi hehehe :)
That is very fascinating, You're an overly skilled blogger. I have joined your rss feed and look ahead to seeking more of your great post. Also, I have shared your site in my social networks
BalasPadammy page :: http://www.zoomgroups.com
Kalau "mata duitan" masyok klaster mana min...???
BalasPadam