29 April 2011

ALHAMDULILLAH...lah

Kita mengucapkan syukur dengan berkata Alhamdulillah sebagai tanda mensyukuri apa jua kurniaan yang Allah S.W.T limpahkan pada kita.Sememangnya ungkapan tersebut yang bermaksud 'segala puji bagi Allah' amat dituntut oleh agama Islam agar umatnya sentiasa bersyukur dengan nikmat dan apa saja yang Allah kurniakan.Selepas sembahyang kita akan bertasbih, bertahmid dan bertakbir sebanyak 33 kali samada mengikut imam ataupun bersendirian dan apabila bertahmid ucapan yang kita sebut adalah Alhamdulillah.

Sejak dari kecil aku sering diingatkan agar sentiasa menyebut ucapan Alhamdulillah samada oleh ibu bapa, guru ,ustaz atau ustazah termasuk dari golongan yang lebih dewasa.Maka lama kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk menyebut ucapan tersebut samada melalui ucapan atau hanya disebut di dalam hati sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan kesenangan dalam kehidupan ini.Syukur Alhamdulillah walaupun tidak sekaya dan semewah orang lain sekurang-kurangnya hidup kita jauh lebih baik dari mereka yang hidup melarat dan menderita tanpa makanan dan pakaian serta tempat tinggal yang tidak sempurna.

Lama kelamaan apabila berinjak dewasa (belum tua hehe) aku kerap mendengar ramai antara kita menyebut  Alhamdulillah..lah ada tambahan 'lam alif ha' pulak dibelakangnya.Apabila kita sudah biasa menyebut Alhamdulillah terasa janggal pula nak tambah lah dibelakangnya kerana bimbang ia akan menjadi atau bertukar kepada maksud yang lain.Dan lama kelamaan tidak mustahil ia akan menjadi satu ayat yang disebut 'Alhamdulillah..lah' bukan lagi Alhamdulillah terutama bagi generasi yang akan datang sekiranya ia disebut berulang-ulang.

Contoh ayat " Alhamdulillah..lah sebab aku masih diberi peluang untuk singgah di blog yang menarik ini dan membaca coretan yang dipaparkan "..hehe contoh ayat la kan.Begitu juga apabila memberi ucapan samada di pentas ataupun ketika muncul di kaca TV ramai yang menyebut ucapan tersebut yang di tambah lah di hujungnya.Contoh ayat atau ucapan " Terima kasih pada peminat semua yang tidak jemu-jemu memberi sokongan pada saya dan Alhamdulillah..lah walaupun ramai yang menegur pakaian saya (sambil betulkan skirtnya yang pendek) tapi kemenangan tetap berpihak pada saya" ...macam pernah ku dengar tapi di mana yaa..

Mungkin kita beranggapan tambahan lah itu hanya sebagai pelengkap atau penyedap ayat untuk disesuaikan dengan sebutan.Namun ungkapan tersebut juga mungkin akan menjadi sebutan standard sekaligus merubah sebutan asal sekiranya ia disebut berulang-ulang.Kita bertahmid dengan menyebut Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan jangan nanti tersalah sebut Alhamdulillah..lah sebanyak 33 kali.

Mungkin aku orang pertama yang mempersoalkan sebutan ini.Sekiranya ada sebarang kesilapan aku memohon ampun dan maaf kepada Allah yang maha esa kerana aku tidak berniat untuk mempersendakan kalimah tersebut cuma sekadar menyampaikan apa yang terpendam di lubuk hati.

Mungkinkah ada para ilmuan atau yang bergelar ulama ingin menjelaskan perkara ini atau mungkin kita tunggu apa rumusan dari majlis fatwa suatu hari nanti.

ozzy - Syukur Alhamdulillah ....

11 ulasan:

  1. Salam Ozzy.. Ada kemungkinan perkara itu akan berlaku tetapi kebiasaannya apabila kita berwirid atau bertahmid secara automatik kita tidak mengikut bahasa pertuturan. Mungkin kerana situasinya yg berbeza...apa2pun itu cuma mungkin

    BalasPadam
  2. Abang Long..W'salam

    Itu yang saya fikirkan bimbang ia akan menjadi kebiasaan.

    BalasPadam
  3. Islam adalah agama..bukan budaya...penggunaan alhamdulillah untuk ritual keagamaan adalah suatu tuntutan.Amalan berasaskan budaya ada yang tidak praktikal mengikut keadaan..itulah yg dikatan lidah tidak bertulang...

    BalasPadam
  4. Abadi Romeo..
    Moga sebutan tersebut tidak terus menjadi budaya

    BalasPadam
  5. Salam, Pozi mungkin penggunaan perkataan LAH itu didalam pertuturan sahaja gamaknya tidak di kaitan dgn perkataan asal alhamdulillah itu gamaknya. Jika disebut LAH itu mungkin ada kelembutannya ayat tersebut sebagai contoh ayat "Alahamdulillah LAH kalau awak dah sedar :)" berbeza jika di tuturkan tanpa ada perkataan LAH itu :) sebagai pelengkap ayat gamaknya boleh jangan di situasi yang lain.

    BalasPadam
  6. Akuanakpahang...w'salam yassin

    Itulah yg sering kita dengar sekarang ni dlm pertuturan seharian bermaksud sebagai pelengkap ayat tapi mungkin ia akan jadi satu kebiasaan.

    BalasPadam
  7. as'salam bro..

    macam2 penggunaan sekarang nie baru nie angah pun ada dengar staff tempat kerja sebut "ya allah kau nie??" lepas tue angah pun terkejut lalu tegurnya....

    BalasPadam
  8. itu la pentingnya edukesyennn..
    rasanye xde masalah kot sbb budak2 blajar agama kat skul,dorg tau sebutan yg betul..
    cuma mmg org kita suka tambah lah kalau bercakap..
    tapi bila bertahmid xde plak menambah lah tu di belakang alhamdulillah...xtau la kalau ade..huhuh

    BalasPadam
  9. yep,gad1s p0wn penah baca satu cerita....

    sume malaikat Allah sibuk dgn tugas masing2.... kecuali malaikat yg menjaga ucapan alhamdulillah.....

    sbbnya x ramai yg akan bersyukur dgn apa yg d0wg miliki......

    (=

    BalasPadam
  10. ..Alhamdulillah itu sepatutnya tunggal waktu hendak di sebut..namun kebiasan penambahan Lah itu acapkali tanpa sedar kita ucapkan..tapi sewaktu bertahmid dan berdoa nyata tidak akan ada penambahan Lah itu...Tq kerana meningatkan...

    BalasPadam
  11. salam Ozzy..
    yang penting ikhlas dari
    hati dan faham maksud kita..
    bersyukur dalam apa jua keadaan
    malah di timpa sakit jua..mungkin
    itu kifarah Allah dalam menebus
    dosa-dosa kita yang telah lalu
    wallahualam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...