26 April 2011

PUTIH BUKAN BERMAKNA BERSIH

Warna putih sering dikaitkan dengan sesuatu yang bersih, menawan dan menarik.Sewaktu kita dilahirkan kita juga diibaratkan bagaikan sehelai kain putih yang bersih.Ramai menganggap putih itu bersih jika dilihat dari segi zahirnya.Justeru itu ramai diantara kita sering terpedaya dengan warna putih kerana minda kita telah ditanam dengan tafsiran tersebut...asal putih pasti bersih.

Manusia di dunia ini dilahirkan dengan berbagai rupa bentuk dan warna kulit.Ramai yang impikan kulit yang putih bersih agar nampak cantik dan menarik.Kerana itulah terbit berbagai produk untuk memutihkan kulit kini berada di pasaran.Tidak cukup dengan ubat sapu dan makan, suntikan kolagen turut menjadi popular gara-gara inginkan kulit yang putih.Ironinya jika berasal dari keturunan yang putih maka kebarangkalian anaknya putih adalah tinggi berasaskan faktor genetik.

Mata yang putih dan berkaca melambangkan individu tersebut seorang yang sihat dan pentingkan kesihatan.Gigi yang putih turut dikaitkan dengan seseorang yang amat pentingkan kebersihan seperti kata mat salleh " jika hendak memilih kuda, pilihlah kuda yang giginya putih dan cantik ".

Pada pandangan zahir warna putih memang kelihatan menawan namun isinya belum tentu putih bersih seperti warna kulitnya.Hati manusia sukar dinilai, putih bukan bermakna bersih dan gelap bukan bermakna kotor.Ada yang berkulit putih tapi hatinya lebih jahat dan kejam dari mereka yang berkulit gelap.Ada yang kelihatan putih dan bersih tapi rupanya kehidupan mereka lebih kotor dari mereka yang berkulit gelap. Namun fitrah manusia sering terpedaya dengan warna yang ditampilkan, yang putih kita anggap bersih dan yang gelap kita anggap jijik sedangkan ia hanyalah lapisan pada kulit yang menampilkan warna yang berlainan.

Jika dilihat pada buah manggis, walaupun kulitnya gelap tapi isinya putih dan manis.Begitu juga dengan kita manusia tidak semestinya kulit yang gelap itu hatinya juga gelap kerana mungkin hatinya lebih putih dan bersih dari mereka yang berkulit putih.
Namun jika kulitnya gelap dan hatinya juga gelap maka carilah jalan agar hati kita kembali terang.Semakin banyak fitnah, dengki serta iri hati maka semakin gelaplah hati kita.

Dalam ramai memilih yang putih ada juga yang berselera dengan warga Africa atau Mat Negro yang berkulit gelap.Pasti mereka mempunyai alasan tersendiri serta faktor kenapa mereka memilih jejaka dari Africa mungkin kerana hitam itu menawan atau jejaka Africa lebih romantik ataupun mereka mungkin berkata " alaaa nak buat macamana kalau hati dah suka..bila padam lampu semuanya pun gelap juga".

ozzy - Yang pastinya apabila kita mati kita akan dikafankan dengan kain putih yang bersih..

4 ulasan:

  1. As salam...

    Terimalah pemberian Dia seadanya...
    Kulit gelap x semestinya hodoh..
    Kulit cerah x semestinya cantik..
    Yang penting jaga kecantikan dalaman..
    Semuanya akan teserlah di wajah...

    BalasPadam
  2. Akhirnya kita guna warna yang putih juga..

    BalasPadam
  3. Cik Shinju ..W'salam.

    Betul tu kata2 aok tu.

    relevan - bagi umat islam kain kafan nanti tetap bewarna putih.

    BalasPadam
  4. dari segi perlambangan bahasa memang ia digunakan dalam bahasa sehari-hari.W/pun ada ketika tidak tepat bergantung kepada situasi.Minyak Hitam yang baik adalah berwarna hitam..kalau dah ada colour putih tu makna nya dah tak berapa elok kerana ada campuran besi akibat geseran..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...