15 Disember 2010

BEREBUT GULA-GULA

Ketika di zaman kanak-kanak antara acara sukan yang popular adalah berebut gula-gula dan memecahkan belon.Di setiap sekolah tadika boleh dikatakan acara berebut gula-gula pasti diselitkan di dalam sukaneka yang diadakan.

Ketika ini kita boleh lihat apakah kanak-kanak tersebut suka berebut atau sekadar memungut apa yang mereka dapat capai.Apa yang sering kita perhatikan anak-anak kita (orang Melayu) hanya memungut sekadar yang mampu iaitu apabila poket seluar dan baju serta kedua-dua tangan dah penuh mereka akan berhenti dan kembali semula.

Apabila mereka melihat gula-gula yang tercicir atau jatuh dari poket atau genggaman rakan mereka, biasanya mereka tidak akan rebut dan membiarkannya saja kerana beranggapan itu adalah hak orang lain.Berapapun jumlah atau kuantiti gula-gula yang mereka dapat mereka dan keluarga mereka akan berkata 'jadilah dapat banyak ni' sedangkan mereka tahu anak-anak mereka sepatutnya memperolehi jumlah yang lebih besar sekiranya anak-anaknya berebut kerana itu yang sepatutnya dilakukan berdasarkan acara tersebut yang dipanggil " Berebut gula-gula" maka memang sepatutnya berebut tetapi apa yang kita lihat mereka hanya kutip dan bukan berebut.Malah ada juga yang menangis apabila hasilnya terlalu sedikit dari rakan lain kerana dia tak mahu berebut.

Jika kita melihat anak-anak dari kaum lain keadaan ini berbeza samada kesemua mereka adalah kaum yang sama ataupun bercampur dengan anak Melayu.Kita dapat lihat mereka berebut sambil tolak menolak serta cuba menguasai sesuatu kawasan dengan mengepungnya menggunakan kedua-dua tangan.Cara mereka juga agak berbeza di mana mereka memasukkan gula-gula tersebut ke dalam baju (baju dimasukkan kedalam seluar).Dengan itu bukan hanya mereka memperolehi jumlah yang banyak malah memudahkan mereka untuk terus mengutip dan kembali berebut meskipun 'perut' mereka telahpun kelihatan padat.Gula-gula yang jatuh dan tercicir juga akan dipungut kerana mereka berkata ia adalah hak sesiapa saja.Apabila kembali sekiranya hasil mereka sedikit maka keluarga mereka berkata " That's all only you can get? you should get more than this, don't bother who they are..just grab as much you can".

Jika acara ini melibatkan anak-anak Melayu bersama kaum lain kita perhatikan anak Melayu tidak suka berebut dan mudah beralah meskipun gula-gula di dalam genggaman mereka turut direbut. Mereka lebih selesa memungut tanpa adanya gangguan.

Kita perhatikan pula pada golongan dewasa yang pastinya membesar dari seorang kanak-kanak yang mungkin pernah 'berebut gula-gula'.. Bagi golongan dewasa apabila ada jualan murah atau jualan penghabisan stok atau disebut 'SALE' yang melibatkan barangan berjenama yang menawarkan diskaun sehingga 80%.Kita perhatikan siapa yang akan berebut?.Orang Melayu tidak ramai yang akan berebut kerana antara alasannya 'susah nak dapat parking nanti kena berebut'...  'ramai sangat orang malaslah nak berebut' 'lecehlah nak berebut rasa tak selesa' dan berbagai lagi alasan kerana kita dilatih dan diasuh untuk tidak berebut.Kita kembali membeli semula barangan yang sama tetapi dengan harga yang berbeza kerana 'SALE' telah habis sebab kita mahu selesa... itupun jika stok masih ada.

Zaman ini gula-gula ditabur di atas tanah untuk direbut oleh sesama Melayu sehingga sanggup bermusuhan sesama sendiri.Ketika kaum Melayu sedang leka dan bertelagah untuk berebut gula-gula di atas tanah kaum lain pula dengan mudah mengaut tanah yang berada di bawah gula-gula ...fikir-fikirkanlah.

ozzy - pun suka berebut.tetapii yang kerap kita saksikan kita suka berebut sesama kita.

11 ulasan:

  1. Salam...

    Betul...Kita beralah dan berlapang dada dgn bangsa lain..Tetapi berebut sesama kita...Adakah bangsa lain itu menghargai? Tidak sama sekali! Mereka akan mengambil peluang selagi terdaya akibat dari sikap berlapang dada kita terhadap mereka dan menganggap kita bodoh dan senang diperguna.

    Jika mereka yang berkuasa adakah mereka akan berlapang dada untuk berkongsi tuah dengan kita? TIDAK SAMA SEKALI!!

    Sape bodo? Lu pikir la sendiri :P

    BalasPadam
  2. Salam pozi - kawan paling pening kalau dlm majlis apa2 pun org suka benor berebut satay :)

    BalasPadam
  3. w'salam Cik Shinju..

    Setuju..itu yang sering kita perhatikan.
    p/s - wah semangat tu..

    Akuanakpahang ..

    W'salam bang Yassin..mungkin satay tu sedap yang berebut tu pun org tua sbb nak bagi ke anak-anak hehe...

    BalasPadam
  4. adakah sbb kita ni dikira manusia yg mudah beralah ataupun tak reti nk rebut peluang hingga ada masanya kepala kita pulak dipijak2?

    BalasPadam
  5. salam Ozzy..
    Kalau aku suka
    lawan tiup tepung
    dengan lari dalam guni
    juara dulu..he he..

    BalasPadam
  6. Lagenda..

    Kita memang mudah beralah dan x suka berebut ..ada kalanya kepala dipijak pun kita masih beralah tapi kita x mahu beralah sesama kita.

    w'salam zul..

    lawan tiup tepung & lari dlm guni x payah berebut.."tiup tepung terpercik kemuka sendiri.. itulah kita"

    BalasPadam
  7. salam....

    angah pun pernah gak rebut2 dulu la tapi sekarang tak la.. tapi kalau jatuh depan tue kutip gak la... hehehehe

    BalasPadam
  8. w'salam Angah..

    Jika kita x kutip org lain yg akan kutip.

    BalasPadam
  9. Setuju sangat.. kita banyak mengalah dalam semua hal....

    BalasPadam
  10. cikgu Mohamad - bukan hanya mengalah malah kita juga turut dipersalahkan.

    BalasPadam
  11. Nk tegelak malu sedih pn ada bila tengok org melayu kita berebut2 nk beli tudung fareda. Aku pn xphm knp, sebab kuliti ke atau jenamanye..memang aku tak paham sangt pasal tudung ni.. tp mata kasar aku tgk nk lebih kurang sama je yg jual kt pasar malam tu..baru2 ni ada plk yg upload berebut kopi plk.. Hu.. hu.. bangsa lain tengok gelak je duk berebut benda gitu.. kut blh jadi eset utk ank bini masa depan bebaloi jugak la kan nk berebut pn.. ermm.. .
    Bangsa ku yg mudah terpengaruh mudah mengikut meniru tanpa banyak menkaji..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...