29 Disember 2010

JALAN-JALAN CARI PASAL

Seperti yang telah aku duga perkara ini pasti akan aku temui dan ternyata ia telah terhidang di depan mata. Aku pernah terbitkan ulasan tentang perkara ini di SINI .Pertelingkahan sesama blogger dalam mempertahankan hak dan pendapat individu menonjolkan lagi sikap kita bangsa Melayu yang suka bersengketa sesama sendiri.

Ramai yang datang berkunjung atau saja berjalan-jalan untuk blogwalking cuba menyelit untuk memberikan pendapat tetapi apa yang dikesali caci maki pula yang diterima dan turut diselitkan kata-kata mencarut.... jalan-jalan cari pasal di SINI.

Tidak cukupkah lagi bangsa kita bersengketa sesama sendiri di atas muka bumi ini hinggakan di dalam blog dan alam cyber yang sekadar menampilkan penulisan yang sekadar omongan kosong turut menggugat emosi sesama kita.Jika ingin berhujah atau memberikan pendapat biarlah dengan hujah yang bernas dan membina.Apabila persengketaan turut berkait dengan jumlah traffic pastinya ia melibatkan pendapatan yang di terima oleh blogger tersebut.Pendapatan blogger berpunca dari mana ? Pastinya dari syarikat iklan dan kebanyakannya adalah dari Nuffnang.Syarikat Nuffnang dimiliki oleh siapa? anda boleh check sendiri sekiranya anda juga berdaftar dengannya...yang pasti Nuffnang bukan di miliki oleh orang Melayu dan sedikit info mengenainya ada di SINI atau anda boleh selongkar sendiri di dalam laman web nuffnang.

Tidak cukup dengan maki hamun, isu agama halal dan haram pula dibentang untuk mempertahankan hujah.Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal..hanya Allah yang maha mengetahui. Sekiranya sesuatu yang kita tahu mungkin menjadi haram lebih baik di jauhi dan dihindari..mudah bukan, daripada terus berlegar di tempat yang mungkin menambahkan lagi dosa yang sedia ada...tidak perlu bertekak di tepi kasino jika takut arak tumpah ke atas baju..

Besar sangatkah pendapatan yang diperolehi daripada Nuffnang kalau traffic sekadar 200 orang sehari?Berapa sen sangat bayaran per klik yang kita terima?Jangan kata nak beli kereta mewah, nak bayar bil internet pun tak lepas...

" BANGSA MELAYU BERSENGKETA KERANA BEREBUT GULA-GULA YANG DI TABURI DI ATAS TANAH..TETAPI BANGSA LAIN TIDAK PERLU BEREBUT UNTUK MEMILIKI TANAH YANG BERADA DI BAWAH GULA-GULA "....fikir-fikirkanlah.

Kenapa kita tidak mahu berebut dan bertengkar agar menjadi seperti Nuffnang? atau setidak-tidaknya sebagai pesaingnya? Sebagai pembekal dan bukan sebagai pengedar.Berapa ramai di kalangan blogger tahu berapa usia pengasas Nuffnang ini..dia mungkin lebih muda dari kamu yang bertengkar dan bertelagah tetapi apa yang dia fokus dan sasarannya serta apa yang dia perolehi...apa pula yang kita semua kecapi? ..Pernahkah anda semua terfikir untuk menjadi syarikat pengiklanan sepertinya?. Yang kita rebut itu hanyalah gula-gula yang ditabur hingga sanggup berjaga sampai jam 2 pagi dan kerananya juga kita bersengketa sesama sendiri...

Bila ditanya ramai yang katakan blog hanya suka-suka...blog hanya untuk mengisi masa lapang...blog untuk menambahkan pengetahuan..blog untuk menambahkan kenalan tapi kenapa perlu bertelagah? kenapa perlu maki hamun jika itu semua tujuannya?..jawapan sebenarnya ada pada diri dan hati kita...

ozzy - Melayu mudah leka...

9 ulasan:

  1. SALAM,
    LF MEMAHAMI DAN BERSETUJU. MENGAPA KITA SESAMA MUSLIM PERLU BERSENGKITA? JIKA ADA MASALAH, SELESAIKAN SECARA BAIK DAN BERHEMAH

    BalasPadam
  2. Salam Pozi, kawan setuju dgn pendapat aok moralnya jangan cari pasal dan jangan buat hal. Bak kata pepatah kuman sebarang laut nampak gajah didepan mata terlindung jua.
    New Entry "Pasal bola semua macam nak gaduh :)"

    BalasPadam
  3. hawat sampai bergaduh-gaduh....patut nye bende2 mcm berblog nih jadikan platform menambah kenalan & pengetahuan kan...mmm...

    BalasPadam
  4. Satu lg sikap buruk bangsa kita terpapar...
    Buat malu jer...

    BalasPadam
  5. Malaysia boleh Melayu juga boleh..!

    BalasPadam
  6. salam...

    buat malu jer diorang niee isk..isk..isk..

    BalasPadam
  7. kekadang naik pening ngan kerenah dorang ni..

    BalasPadam
  8. salam Ozzy,
    tak pernah terlibat dan tak nak terlibat dalam sengketa..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...