17 Disember 2010

TAK SAMPAI

Biasanya kalau kita tengok sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama pasangannya kita boleh agak samada mereka pasangan kekasih atau suami isteri.Apa bezanya antara kekasih dengan isteri?.

Kalau kita tengok wanita di sebelahnya duduk menyenget ke arah lelaki yang memandu itu isyarat jelas mereka adalah pasangan kekasih , tunang atau paling tidak pun baru kahwin.Wajah pun manis tersengih memanjang apatah lagi kalau kereta mewah.Kalau kereta kancil sengetnya lebih sikit sebab kereta tu kecil dan sempit.

Lain pula bagi pasangan yang dah lama kahwin.Pandangan isteri lebih terarah ke luar tingkap dan duduknya pun hujung rapat ke pintu sambil siku menongkat pada pintu kereta.Senget juga tapi senget ke pintu tidak lagi senget pada pemandu.Masuk je gear lima bila suami toleh ..laaa dah berkeruh.

Kalau naik motor pula lagi mudah nak kenal.Sebelum kahwin duduknya serapat yang boleh sampai muat sorang lagi untuk duduk di belakang dan pelukannya juga kemas.Bila baru kahwin duduknya mula renggang tak rapat lagi dan pelukannya agak longgar malu katanya kalau orang tengok.Dah kawin malu pulak..mmmm.

Bila dah lama kahwin nak duduk rapat lagi segan.Kalau dulu seat muat sorang lagi sekarang seat dah tak muat lagi dah.Kalau dulu peluknya rapat bila dah lama kahwin jangan kata nak peluk, pegang pun tak nak.Bila suami tanya "kenapa tak peluk??".

Isteri jawab " macamana nak peluk...tangan dah tak sampai"....

ozzy - peluk selagi boleh peluk....biar  tangan tak sampai  jangan hajat yang tak sampai..

10 ulasan:

  1. Miahahaha...kala sbb boroi tu kes yg boleh dimaafkan lagi.. :P

    BalasPadam
  2. memang ada kebenarannya entry kat atas tu, tapi mcm dh ada kesedaran, suka tgk pasangan yg berumur berpegangan tangan...

    BalasPadam
  3. Kalau gitu tak payah peluklah pegang terus aje hehehe... :)

    BalasPadam
  4. salam..
    entahlah
    aku pulak lain
    makin lama kawin
    makin manja bila
    bawak kereta..
    he he..siap pegang
    tangan cium molot lagi
    you..la la la..

    BalasPadam
  5. cik shinju - kira kes terpencil la tu hehe...

    Rusiah - Eloklah kalau mcm tu

    Yassin - Kalau x dapat peluk pegang pun x pelah ye hehe..

    Zul - Bagus tu ..jaga2 nanti ada yg ambik gambo ko tgh cemolot dlm kereta.

    BalasPadam
  6. SALAM,
    KALAU DAH 38 TAHUN KAHWIN, MACAM MANA DUDUK DALAM KERETA AGAKNYA? ISTERI DUDUK KAT BELAKANG, ANAK KAT DEPAN ?

    BalasPadam
  7. ujian - w'salam..apa salahnya kalau masih duduk rapat-rapat.

    BalasPadam
  8. "tangan x sampai macam mana nk peluk"
    sabar jer la...

    jgn mcm tu...nnt kalu suami cri lain kita terjerit terlolong... alasan yer x leh nk manja2 mcm dulu2... huhuhuh...

    BalasPadam
  9. macamana nak sampai .. perut suami > besar dari perut isteri ha ha ha..

    BalasPadam
  10. Ha ha ha..ya la ..cam dalam gambar tu..nak wat camner!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...