18 April 2011

ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA

Setiap dari kita pasti mempunyai kenangan indah saat kita mula mengenali dunia.Dari zaman kanak-kanak dan kemudiannya menjengah alam persekolahan kita mengutip berbagai peristiwa pahit dan manis, suka dan duka.Mungkin terlalu banyak yang telah kita tempuh dan pasti sukar untuk kita membayangkan satu persatu detik tersebut namun pasti ada antaranya terus segar dalam ingatan.

Mengimbau zaman yang berlalu pasti ada antara kita melontarkan keluhan dan penyesalan kerana mempersiakan masa.Andai dapat ku undur masa ingin ku atur masa yang ada agar tidak dipersiakan kerana kini aku sedar masa itu amat berharga.Mungkin itu antara keluhan dan bisikan hati seorang insan yang dihambat penyesalan.Masa bagaikan menghukum perlakuannya yang lalu namun masa juga tidak pernah kenal erti belas kasihan kerana ia tetap akan berlalu dan tidak akan terhenti walau sedetik.

Sesekali kita berpaling untuk melihat masa yang berlalu tapi ternyata kita hanya mampu mengenang kembali nostalgia yang telah kita tinggalkan.Ada antaranya menerbitkan rasa ceria dan andai dapat di undur masa kita ingin kembali semula berada pada detik tersebut setiap masa dan setiap ketika. Saat berpaling mungkin ada antara kita yang banyak melihat kekurangan diri lantaran sikap serta kealpaan kita untuk menghargai masa.Andai dapat di undur masa pasti saat tersebut ingin kita perbaiki agar setiap ruang terisi dengan catatan dan memori indah.Ternyata masa tidak akan berputar semula dan terus berlalu tanpa adanya prejudis pada sesiapa saja.

Andai dapat di undur masa mungkin hati kecil kita berbisik agar segala kenangan pahit yang terpahat diingatan dapat dikikis untuk dilontar menjadi debu.Saat melaluinya terasa bagaikan kaca terhempas ke batu namun masa tetap ingin berlalu lantas membiarkan detik tersebut menjadi sebuah kenangan abadi.Masa menghadirkan saat gembira, masa mencipta saat duka dan masa juga membuatkan kita lena dan terleka.

Masa hanya tahu berputar ke hadapan dan beredar tanpa ada hentiannya.Namun perjalanan kita akan terhenti apabila tiba pada nokhtahnya.Kita akan tiba ke destinasi bersama bekalan yang dibawa, bersama memori dan kenangan yang tidak akan terpadam.Andai dapat di undur masa pasti kita inginkan segalanya sempurna dalam diary hidup kita.Tiada simpati dari masa kerana apa yang telah kita tinggalkan itulah yang bakal menjadi sandaran.

Andai dapat ku undur masa...           

ozzy - biarkan saja masa yang berlalu.....

7 ulasan:

  1. Akan kembali saat indah bersama berdua..dengan awek2 lama..syyy !

    BalasPadam
  2. Andai dapat ku undur masa ingin rasanya amy kembali ke masa yang lampau kerana banyak impian amy di masa lalu tidak kesampaian..huhuhu~ nyesal x de guna tapi alhamdulillah setelah bangkit semula akhirnya amy dapat balik bina tembok perniagaan... rasa rugi je masa yang ada dulu di sia2kan..

    p/s: en.ozzy sihat ke , dah berapa hari tak singgah sini..baru balik out station di bangladesh nak online pun x de masa..

    BalasPadam
  3. Payah nak undor masa lalu .. termampu mengenang
    masa lalu aje.. Kenangan tetap yang terindah :)

    BalasPadam
  4. salam..
    andai dapat ku undur masa..
    tidak aku melepak rumah mat nor syafie
    dulu..tidaklah aku belajar merokok..
    :)

    BalasPadam
  5. Kalau masa dapat diundur,smua manusia akan sempurna kot..ape yg silap dpt dibaiki..

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Andai dapat ku undurkan masa...
    akan ku cari kerja tetap dulu sebelum kahwin...

    BalasPadam
  7. ye la andai dapat angah undur masa kan???x kan angah buat kesilapan...tue org kata pengajaran hiduppp

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...