9 April 2011

AWAS CAMERA TEMBUS PANDANG

Perkembangan teknologi menyaksikan berbagai aplikasi bersama ciptaan innovative dihasilkan bagi memenuhi permintaan dan menawarkan persaingan terutamanya dalam sektor elektronik yang semakin kompetetif.
Kepesatan dan lambakan produk dalam merebut pasaran turut memaksa syarikat pengeluar mengerah segala idea untuk menghasilkan sesuatu produk yang berupaya menawan serta menakluki hati pengguna yang inginkan sesuatu yang praktikal dan menepati kehendak mereka.Apa saja yang belum diteroka atau dicipta akan segera direbut atas tujuan komersial tanpa mengira sensitiviti atau implikasi kepada manusia kerana apa yang penting pada mereka adalah untuk memenuhi permintaan sekaligus mengaut keuntungan.

Sering terjadi sesuatu ciptaan yang dihasilkan akan disalah guna bagi tujuan peribadi atau untuk mengaibkan orang lain.Ciptaan terbaru hasil dari teknologi lembaga riset di Korea Selatan yang terletak di kota Yongin, Kyeonggi bertujuan untuk menyelenggara prestasi atas kemampuan MIRAE    ( Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment ) atau sejenis kamera yang mampu mengesan gelombang milimeter sehingga tembus atau telus pandang.Teknologi yang dibangunkan hasil kajian selama 3 tahun ini bertujuan untuk mengesan sesuatu objek bagi menggantikan kaedah infra red yang biasa digunakan.Teknologi ini dikatakan lebih praktikal dan berjaya menghasilkan imej dengan lebih jelas dan terang meskipun tersembunyi di sebalik pakaian.Ini bermakna apa sahaja yang terselindung di sebalik pakaian akan jelas kelihatan.

Apa yang membimbangkan adalah teknologi ini boleh diubahsuai dan dipasang pada telefon bimbit dengan mudah.Sekiranya tiada pemantauan dibuat tidak mustahil ia akan menjadi produk paling laris dan menjadi buruan kaki skodeng.Bukan hanya untuk 'meratah' sasaran mereka malah ia boleh menjadi bahan ugutan pada  mangsa tersebut untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.Bagi mengelakkan diri dimalukan pastinya mangsa tiada pilihan lain selain dari terpaksa menurut kemahuan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Jika selama ini kita dihidangkan dengan pemandangan mereka yang gemar berpakaian seksi, maka dengan adanya teknologi ini mereka akan lebih mudah diseksikan.Pada mereka mungkin teknologi ini tidak memberi kudis malah mungkin mereka sentiasa bersedia untuk dibogelkan tetapi pada mereka yang masih menjaga tatasusila dan adat ketimuran yang masih menebal pastinya perlakuan ini tidak dapat diterima.
Namun kebiasaannya sesuatu yang disembunyikan itulah yang sering ingin diselongkar.Mereka inilah yang bakal menjadi mangsa samada untuk dimalukan atau dijadikan sasaran untuk membuat ugutan.

Kecanggihan dan kemajuan teknologi yang sedia ada telah banyak disalahguna samada untuk membuat rakaman atau mengambil gambar curi dan kemudiannya dimuat turun ke dalam internet. Penghasilan teknologi terbaru ini bakal mencetuskan fenomena yang lebih membimbangkan kerana ia bakal menyaksikan dunia hari ini dan yang akan datang semua manusia bagaikan tidak lagi berpakaian.

Pada yang berminat untuk mendapatkannya atau ingin mengetahui lebih lanjut serta ingin membuat tempahan sila KLIK DI SINI.

ozzy - dunia tanpa sempadan dan dunia tanpa pakaian...

17 ulasan:

  1. Salam, gawat tu... kawan ingat nak tempah juga terpadang punggung beruk terus kansel hehehe :)

    Canggih memunah juga huhuhu :(

    BalasPadam
  2. kalau benar apa yg di kata dan dapat di jual di pasaran bermakna manusia menzalami diri sendiri dan saya berdoa semuga semuanya musnah sebelum dpt di pasarkan jika tidak bertambah2 lah umat manusia...yg sentiasa melakukan kemungkaran dan makin ramai pula insan yg tidak berdosa menjadi mangsa...ambil iktibar dati tsunami di jepun loji radioaktif yg di cipta oleh manusia sekarang memusnahkan dan menyusahkan manusia itu sendiri..

    ayat ke 40, surah al Ankabut, ‘Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu, dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi, dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi, dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut, dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka. Akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

    BalasPadam
  3. Salam...pernah dengar tentang hp yg ada software semacam itu atau x-ray tetapi cuma tipu dlm gurauan. Jika benar teknologi tersebut boleh diinstall ke dlm hp, untuk memantau salah guna memanglah terlalu berat so, lebih baik jgn ada sesiapa yg mengubahsuai utk hp.. Boleh ke?

    BalasPadam
  4. alamak.. mcm ni kena cipta pakaian kalis tembus...

    BalasPadam
  5. Dah ade kot..Pernah nampak iklannya dulu...
    Pasni kita tunggu org Korea cipta pakaian dalam kalis camera tembus pandang la pulok...Selamat
    sket dari diskodeng...Tunggu org reka jelah,nak
    harap bangsa kita jadi pereka jgn harap la...
    Bangsa kita pengguna jek...

    BalasPadam
  6. ye ke ada ozzy? ahahaa xpercaya lak kan. tp yg bleh install dlm hp ade ker? ahaah parah kalau ada...

    BalasPadam
  7. As salam...
    Teknologi yang merosakkan...
    nanti habis tumpul akal....

    BalasPadam
  8. manusia dianugerahkan akal untuk digunakan ke jalan yg lurus, bukan bengkang-bengkok..

    BalasPadam
  9. eeerrhhhm...dah launching kat Malaysia ke...nak cari gak satu..bukan apa..buat koleksi...

    BalasPadam
  10. urmmmm..pa teknologi pun, bila slh guna..yg rosak,yg susah akhirny mnusia tu jugk (T_T)

    BalasPadam
  11. ader ka benda cam ni..ingatkan tak der dan cuma rumours jer...

    BalasPadam
  12. Salam en.ozzy ,

    Ye meh ada ke benda macam nie , ke ia sekadar khabar angin je , amy tak berani nak klik kat situ..

    p/s: amy gah cari info ni mengenai blogspot akan delete blog yang tiada akaun google , klu en.ozzy ada info bagitahu amy ye ! thanks...

    BalasPadam
  13. sangat menakutkan teknologi kini...teknologi kini yang sepatutnya memudahkan setiap pekerjaan manusia tapi memudaratkan manusia plak..aduhss

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...