28 April 2011

AYAT MESTI POWER

Ramai antara kita yang berkebolehan mengukir ayat atau kata-kata dan tidak kurang juga yang menjadikan kelebihan tersebut sebagai kerjaya.Seseorang penulis menghasilkan karyanya berdasarkan pengalaman, imaginasi ataupun pengamatan melalui pembacaan lalu diterjemahkan mengikut jalan ceritanya yang tersendiri.

Olahan ayat yang ditulis juga mampu menghasilkan sebuah skrip untuk dijadikan sebuah filem.Melalui penulisan ia mampu menghasilkan dan merubah emosi seseorang samada gembira, sedih, kecewa dan berbagai refleksi lain hasil dari penghayatan melalui penulisan tersebut.Seseorang yang berbakat dan berkebolehan dalam memberi ucapan pula lebih cenderung memilih kerjaya yang memerlukan dia sering berkomunikasi dengan orang ramai.Kebiasaannya individu seperti ini mempunyai PR (Public Relations) dan perwatakan yang menarik.Dengan kebolehan yang ada dia mampu merubah sesuatu fakta menjadi auta dan antara strategi yang digunakan untuk memanipulasi fikiran orang lain adalah... Ayat mesti power.

Seorang rakan merasa pelik apabila melihat bagaimana rakannya berjaya memikat hati seorang wanita yang cantik sedangkan dia lebih kacak atau handsome dari kawannya itu.Nak kata harta dia lebih kaya, dari segi gaya dia lebih bergaya dan dari segi kerjaya dia lebih berjaya."Aku tengok engkau ni taklah hensem,aku lagi hensem tapi macamana awek tu boleh terpikat dengan kau ,guna bomoh ke apa ni".Sambil tersenyum dengan selamba kawan dia menjawab " ayat mesti power bro.. nak harap rupa dan harta je belum tentu awek tu terpikat, silap haribulan harta engkau kena kikis ".

Tidak dinafikanlah zaman sekarang adalah zaman materialistik, manusia semakin mengejar kemewahan dan menjadikannya sebagai kriteria untuk memilih pasangan tetapi ada juga yang bermodalkan air liur je untuk menipu.Kita sering melihat terpapar di akhbar ramai anak gadis tempatan ditipu dan dilarikan ke luar negara.Bila tengok wajah yang menipu tu taklah handsome manapun ala-ala baru lepas kena panggang pun ada..rentung.Kalau tanya mamat yang rentung tu jawapannya " Ayat mesti power bro...".

Begitu juga dengan seorang blogger.Kadangkala ramai yang bertanya apakah tips untuk menarik pengunjung atau UV (unique visitor) dan meningkatkan traffic.Memang banyak tips yang diberikan oleh blogger terutamanya blogger yang lebih 'otai' cara-cara untuk meningkatkan traffic.Itu jika dilihat dari faktor traffic yang bertujuan untuk menarik pengunjung atau pembaca sekaligus mendapat 'income' yang lebih, tetapi ramai yang lebih berminat untuk tahu kenapa sesuatu blog begitu popular hinggakan lebih seribu orang online setiap kali entrynya terbit walaupun entrynya hanya mengisahkan "seekor anak kucing".Selain dari dia mempunyai peminat atau pengikutnya yang tersendiri alasan lain adalah " Ayat mesti power bro...".

Itulah antara kuasa "ayat mesti power", jika digunakan kearah kebaikan maka baiklah jadinya dan jika ia sebagai modal untuk membuat kejahatan maka buruklah akibatnya.

ozzy - Masih simpan ayat power...

6 ulasan:

  1. Salam Pozi, kawan setuju dgn pandangan awk ayat mmg kena power baru best. Bab blog yang buat citer kucing tu nak buat macam mana sebab blog dia org dah up... buat le citer merapu pun org akan klik tengok juge :(

    BalasPadam
  2. salam..
    ayat mau power satu..
    promote blog dan kerja
    keras awal -awal blogging
    BW merata..promosi blog sendiri..
    paling penting SEO blog..akan
    mendapat trafik ke blog melalui
    search enjin google,yahoo etc.

    BalasPadam
  3. Akuanakpahang..w'salam Yassin.
    Apapun ayat mesti power..kalau dah popular tu lainlah.

    Zulkbo .. w'salam zul,
    Itu tips untuk dptkan traffic..buat masa ni aku kurang berminatlah dengan benda tu semua..apapun itu semua tips yg berguna..thanks.

    BalasPadam
  4. Ayat Power....asal saja jd untung...rugi selepas keuntungan itu belakang kira...asal saja mampu meraih minat...keinginan....dan peluang...si penutur Ayat power mampu tukarkan Fakta menjadi Auta...namun sampai Bila ayat akan power...jika tulen power tiada tarikh luput kalau auta power????sendiri pikir....

    BalasPadam
  5. Aduh, koi takdo pulak ayat 'power'. entah apalah yang 'power' itu agaknya ya

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Macam mana nak bina ayat power ek?
    hehe...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...