21 April 2011

BINA BONGGOL

Bonggol merupakan salah satu alternatif yang digunakan bertujuan untuk memastikan kenderaan yang melalui sesuatu kawasan dipandu dengan perlahan.Antara kawasan yang menjadi keutaman adalah jalan di kawasan kampung yang menjadi laluan utama, kawasan sekolah dan hospital.Meskipun terdapat papan tanda yang menunjukkan isyarat kelajuan yang perlu dipatuhi ternyata pembinaan bonggol lebih praktikal untuk menangani sikap pemandu.


Unta mempunyai bonggol di belakang badannya yang berfungsi untuk menyimpan lemak bagi tujuan memberi tenaga kepada haiwan itu jika tiada makanan dan minuman.
Bahagian bonggol tersebut akan menyusut dan mengecil selepas unta menggunakan lemak yang telah dikumpul ketika ketiadaan makanan dan lama kelamaan bonggol tersebut akan menjadi kosong dan menyebabkannya ia mengendur.
Apabila memperolehi sumber makanan, unta akan kembali menyimpan lemak dan bonggol tersebut akan kembali kelihatan besar seperti sebelumnya.



Bonggol juga turut menarik minat kaum wanita apabila ia turut dibina ketika memakai tudung.Jika bonggol yang dibina di atas jalanraya bertujuan untuk memperlahankan kenderaan dan bonggol unta untuk menyimpan lemak, bonggol yang dibina di atas kepala ini selain mempunyai tujuan yang jelas melainkan hanya sebagai fesyen dan tarikan.
Jika seseorang itu memang memiliki rambut yang panjang dan apabila disimpul menjadi sanggul, ianya akan membentuk bonggol apabila beliau memakai tudung tetapi ada juga yang sengaja menambah bonggol semata-mata kerana fesyen.Alasan paling konkrit " kepala aku, tudung aku, rambut aku, aku punya pasallah nak buat bonggol ke, nak buat bukit ke..tak payahlah korang nak sibuk sangat..karang aku buka semua korang mengata juga".

Ada juga aku terbaca beberapa laman blog yang memaparkan kandungan dari Hadith Nabi S.A.W tentang tegahan membuat bonggol di atas kepala ( * kepala mereka seperti bonggol unta * ) namun aku tidak berminat untuk paparkan di sini ( boleh search google dengan taip tudung bonggol ) kerana aku berpendapat bonggol tersebut agak subjektif.Kalau rambut seseorang itu memang panjang dan apabila disimpul menjadi sanggul maka akan terbentuklah bonggol di atas kepalanya samada kecil atau besar.Kalau lebih panjang rambutnya maka lebih besarlah bonggolnya dan kalau pendek rambutnya maka lebih kecillah bonggolnya...itu secara logiknya and full stop.Selebihnya kalau anda berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam itu hak masing-masing.

Untuk mengelakkan dari dituduh dan menuduh ambil saja jalan mudah, tak payah susah-susah buat bonggol.Gunakan saja bonggol yang ada...

ozzy - tak ada bonggol cuma ada setongkol...

4 ulasan:

  1. hany ms skolah dulu kena tegur dgn ustazah owh psl bonggol ni. ustazah suruh pandai pandai ikat rambut supaya tak nampak bonggol tuh. umm betol betol buat boleht au ozzy. ni experience hany la. boleh sembunyikan/xde bonggol walaupon rambut panjang.

    BalasPadam
  2. Moralnya org lelaki mmg minat dan amat tertarik
    bila melihat bonggol-bonggolan ini :)Tapi kalau jalan byk ngat bonngolnya menyampoh benor kawan nak lalu :)

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Kalau di Perlis, bonggol dipanggil "Guaq" tp kalau di Kedah, dipanggil "Gon".
    Rambut yg panjang tak akan jadi bonggol setinggi itu melainkan si pemiliknya sengaja meninggikan sanggul mereka...

    BalasPadam
  4. search for bonggol di jalan raya. tapi terbaca pula pasal bonggol kepala. Fed up baca pasal tu. Bosan. orang sekarang ni cakap pasal benda tu ja..semua benda x ble..padahal tujuan bukan mau meniru agama lain pun..nway, segalanya atas niat... peace no war...& thanks for t info (bonggol jalan raya).

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...