14 April 2011

MATI JUGA JIKA SAMPAI MASA

Setiap dari kita perlu menerima kenyataan bahawa dalam kehidupan ini kita tidak mampu melawan takdir.Apabila ajal tiba tiada siapa yang mampu menghalang tanpa mengira siapapun kita dan tanpa mengira berapapun usia kita samada muda ataupun tua.
Maut tidak akan menunggu walau sesaat dan apabila tiba masanya malaikat Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa akan menjalankan tugasnya tanpa mengira sesiapa pun jua.

"Apa saja pekerjaan yang dilakukan, jika sampai masa untuk mati, akan mati juga " itulah kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Allahyarham Kapten Sahaimi Ghazali kepada ibunya Mek Som Mustafa.Allahyarham meningggal dunia setelah helikopter yang dipandunya terhempas selepas menurunkan pegawai yang mengiringi timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Meskipun pernah dihalang oleh ibunya untuk menjadi juruterbang namun kerana minat yang mendalam maka kata-kata tersebut bagaikan satu azimat untuk beliau mencapai cita-citanya.

Sememangnya Allahyarham menemui ajal sebagaimana yang mungkin pernah menghantui fikiran ibunya namun hakikatnya apabila ajal tiba walau kita seorang juruterbang sekalipun tetapi seandainya ajal tiba mungkin kita menemui maut kerana kemalangan jalan raya dan bukan sewaktu memandu kapal terbang.Ianya berbeza sekiranya kita sengaja menempah maut dengan melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri kita contohnya menjadi penagih atau pengedar dadah.

Jika terkena jangkitan HIV yang diketahui belum ada penawarnya maka kita bagaikan menghitung hari untuk menyambut ketibaan malaikat maut datang mencabut nyawa.Mungkin ada yang bernasib baik sekiranya penyakit tersebut dapat dikawal dan ianya turut bergantung pada daya ketahanan badan.Sekiranya ditangkap kerana mengedar dadah dan dadah tersebut melebihi berat 15 gram maka hukumannya adalah hukuman gantung sampai mati mandatori.Ianya tidak ubah bagaikan kita menempah kunjungan Malaikat Izrail.

Dalam kehidupan seharian kita turut terdedah kepada maut.Menunggang motorsikal lebih berisiko dan lebih terdedah pada kemalangan yang mungkin boleh membawa maut.Memandu kereta juga turut terdedah kepada kemalangan namun risikonya lebih rendah dari menunggang motorsikal.Malah jika memandu kereta kebal sekalipun jika dibom atau diserang peluru berpandu kita tetap akan maut.Begitu juga ketika sedang bekerja, walau apajua pekerjaan yang kita lakukan sekiranya maut datang menjemput kita tidak akan mampu untuk mengelak.Seperti kata Allahyarham  Kapten Sahaimi Ghazali sebelum dia meninggal dunia "Apa saja pekerjaan yang dilakukan,jika sampai masa untuk mati, akan mati juga".

Ada kalanya juga hidup kita ibarat lilin " membakar diri untuk menerangi orang lain "...

Ozzy - semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-fatihah..

5 ulasan:

  1. As salam..
    Betul tu dan yang penting, selalulah ingat kepada mati kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput kembali ke asal kejadian...

    BalasPadam
  2. Salam Pozi, bak takdir ini banyak ulsan drp ulama... kata mereka takdir terbahagi kepada dua, pertama takdir yang telah ditetapkan dan yang kedua takdir yang berubah-ubah. Sebagai bandingan jika kita melalui jambatan yang rapuh pasti risiko utk jatuh kebawah lebih tinggi, berbeza sekali jika kita melalui jambatan kukuh risiko utk jatuh kebawahnya mungkin tidak ada.

    BalasPadam
  3. Akuanakpahang..

    Terima kasih & saya hargai dgn pandangan tersebut.

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah...
    Takziah buat keluarga Allahyarham..

    BalasPadam
  5. kebarangkaliannya adalah 1. pasti berlaku!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...