16 Ogos 2010

INJECTION DI BULAN PUASA

Ketika berkunjung ke rumah mertuaku terlihat wajahnya sedikit suram tidak seperti tahun-tahun yang lalu dia kelihatan ceria meskipun dimamah usia namun kewajipan puasa tidak pernah dia abaikan.Namun puasa tahun ini dia akur atas penyakit yang dihidapinya memerlukan dia melakukan injection sebanyak 2 kali sehari oleh kerana penyakit kencing manis (diabetes) yang dia deritai kini berada pada paras kritikal.

Walau bagaimanapun dia masih tetap bersahur dan berpuasa serta berbuka puasa bersama-sama kami semua.Dari info yang aku baca suntikan ini tidak membatalkan puasa dan penghidap penyakit ini masih boleh berpuasa seperti biasa.Untuk mengetahui infonya sila klik SINI.

Jika sebelum ini dia hanya memakan ubat kini dia terpaksa akur dengan arahan doktor agar menggunakan injection mengikut sukatan/dos yang diperlukan bagi mengawal penyakitnya itu.Bukan hanya mertuaku malah emak saudaraku di sini juga menderita penyakit yang sama dan memerlukan injection cuma dia agak bernasib baik kerana hanya perlu membuat injection sehari sekali sahaja iaitu selepas makan malam (selepas waktu berbuka) bermakna dia akan terus berpuasa pada keesokan harinya tanpa perlu melakukan injection lagi.

Jika dahulu kita jarang dengar (mungkin tak pernah dengar) penggunaan kaedah ini tapi hari ini ia semakin popular bagi merawat penyakit ini terutama bagi mereka yang berada pada paras kritikal. Penderita penyakit ini pula tiada pilihan selain mengikut arahan doktor namun dalam masa yang sama masih boleh cuba berusaha mencari kaedah lain seperti rawatan traditional bagi memulih atau mengawalnya.

Apa yang pasti kita semua menyedari bahaya penyakit ini tetapi apakah langkah pencegahan telah kita ikuti. Mungkin bulan puasa membawa berkat apabila kita mengurangkan pengambilan gula di mana sebelum ini minum pagi segelas teh tarik..jam 10 segelas lagi..makan tengahari juga bersulamkan teh o ais..minum petang segelas teh tarik lagi..akhirnya lewat malam lagi segelas untuk penghabisan.Itu cuma dilihat pada air .. bagaimana dengan makanan yang kita makan termasuk nasi dan kuih yang manis.Namun berapa ramai diantara kita yang memikirkan penyakit yang dianggap global ini hanya kerana ingin menikmati keenakan teh tarik yang ada antaranya turut dicampurkan gula dan susu lemak manis.

Tidak dinafikan tubuh kita juga perlukan gula untuk memberi tenaga kerana itu sewaktu berbuka puasa kita turut menghidangkan makanan yang dibeli kebanyakannya adalah manis.Lihat saja di bazar ramadan deretan kuih yang dijual kebanyakannya adalah manis kerana ianya turut menjadi pilihan pembeli.Jika dihitung dengan hari biasa iaitu sebelum berpuasa pengambilan gula terutamanya sewaktu minum pagi & petang bermakna bulan puasa ini adalah masa untuk tubuh kita berehat dan mungkin dapat mengimbangi/menurunkan paras gula yang ada di dalam badan kita.


11 ulasan:

  1. makcik sy pon terpakse amik injection tp time dia pregnant je.. sm2 la kte mncegah n mnjaga kchatan kte :)

    BalasPadam
  2. salam..
    simpati pada pesakit
    jenis begini..dugaan Allah
    jua adanya..moga bersabar..

    BalasPadam
  3. Gula kurang susah terlebih lagi payah.
    Mencegah lebih baik drp mengubatinya.
    *simpati juga pada mereka yang mengalami penyakit ini.

    BalasPadam
  4. salam..
    saya pun ada ambik injection ni tp waktu malam aje. tak tau plak tak boleh puasa kalau ambik waktu siang, betul ke? Setau saya kalau ambik injection (insulin dan ubatan lain) masih lagi boleh berpuasa, kalau salah tolong betulkan saya..

    BalasPadam
  5. mokde pun pernah insulin ni masa mengandung dulu, tp mungkin mokde ni kuat lagi dan masih muda, mokde boleh puasa tp berat badan mokde semakin kurang sbb tak makan apa2 nk kurangkan gula tu, kena marahlah pulak...eiiii....

    BalasPadam
  6. salam Arol..
    Betul .. suntikan ini tidak membatalkan puasa.. dari info yang saya dapat..terima kasih.

    BalasPadam
  7. my SIL pun dh guna kaedah ni..

    BalasPadam
  8. Ambil injection ada fatwa kata boleh dan ada kata tak boleh. Tapi berbalik kepada hati kita lah ok. niat penting..

    BalasPadam
  9. Salam...
    Haa? inject? Ohh tidakkkk.....
    Saya la org yg paling takut dgn jarum walaupun pernah melahirkan anak 3 thn yg lalu....
    Berdebar-debar jantung kalau tgk jarum, lembut lutut dan lemah longlai segala urat saraf kalau nampak jarum....
    Entah mcm mana la nk ilangkan fobia tu.....Kesimpulannya, anak saya sorang je....

    BalasPadam
  10. ya Allah sendiri??hurm bersimpati dgn mak mertua ozzy...hrp tabah ye..

    BalasPadam
  11. Salam Ozzy,

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,tumpang simpati juga.Bukan Senang hari2 nak injection diri sendiri tu ya.

    Bagi kita semua mencegah lebih baik dari mengubati. kurangkan manis dlm minuman, lebihkan manis dalam senyuman.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...