14 Ogos 2010

HILANG ANAK DI BULAN PUASA

Ketika berbual dengan jiranku semalam dia bercerita tentang anaknya yang hilang.Katanya masa balik dari sekolah dia nampak anaknya itu yang baru darjah satu terbaring dalam bilik keletihan kerana berpuasa sementara dia berbaring di atas sofa.Bila dia kembali semula untuk melihat anaknya alangkah terkejutnya dia bila dia lihat anaknya dah tiada.Puas dia mencari di sekeliling rumah sambil memanggil nama anaknya tapi tak juga bersahut.Dia lihat dalam tandas pun tak ada, dalam bilik pun tak ada.

Kemudian dia pergi mencari pula ke dapur pun kelibat anaknya tidak kelihatan.Dia mula risau kemana anaknya pergi tiba-tiba sahaja hilang. Sewaktu hendak melangkah keluar dari ruang dapur dia terpandang pintu peti sejuknya tidak tertutup rapat dan bila dia membuka peti sejuknya kelihatan anaknya sedang bersandar tidak bermaya di dalamnya.Kesian pula dia melihat anaknya yang tersandar akibat cuaca panas di bulan puasa ini tapi hatinya lega kerana anaknya selamat berada di rumah. Katanya kalau tak tahan berbuka sajalah kerana dia bimbang berlaku seperti peristiwa sebelum ini akibat memaksa anak-anak berpuasa.

Kisahnya ini mengingatkan aku sewaktu aku di zaman kanak-kanak dulu ketika sebaya dengan anaknya. Ketika zaman aku dulu kami semua pergi dan balik sekolah hanya berjalan kaki sejauh kira-kira 400 meter.Menggalas beg yang berat di tengah panas di bulan puasa menyebabkan bila saja sampai di rumah letak saja beg terus berbaring di simen untuk menyejukkan badan.Seperti kata pepatah alah bisa tegal biasa mungkin disebabkan kesusahan pada waktu itu maka perkara sedemikian dianggap biasa pada kami selain tidak mahu menyusahkan ibu bapa.

Waktu berbuka pula apa saja yang di masak atau di sediakan itulah yang kami makan.Tiada murtabak..tiada roti jala..tiada air buah..mahupun kurma hanya makan apa saja yang dihidang meskipun hanya sekadar cucur kodok bersama kopi panas kerana ketika itu belum mampu nak beli peti sejuk.Kalau bernasib baik dapatlah hidangan yang sedikit enak selepas tarawih di masjid.Hari ini keadaan telah jauh berbeza di mana anak-anak dijanjikan ganjaran sekiranya genap sebulan berpuasa.Masa berbuka apa saja yang ingin dimakan akan dibelikan pula oleh ayahnya.

Jika dilihat pada satu sudut sememangnya ia baik untuk melatih anak-anak berpuasa tapi jika dilihat pada sudut yang lain ia seolah-olah menggalakan anak-anak berbuat sesuatu kerana inginkan ganjaran maka sedikit sebanyak sikap rasa tanggungjawab atau jatidiri untuk berbuat sesuatu dengan azam yang kuat agak nipis.Kerana inginkan ganjaran ini juga mungkin anak-anak kita menipu kononnya puasa tapi sebenarnya dia tidak puasa maka satu lagi sifat yang kurang baik akan mula terbentuk iaitu anak-anak sudah pandai menipu dan tidak jujur.

                     " SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
                      BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI "

11 ulasan:

  1. setuju dgn pendapat en.ozzy...ramai mereka yang dah tersalah mendidik anak, kalau puasa janji bagi duit raya lebih, dengar kata janji nak beli itu ini..hal itu boleh, tapi jelaskanlah tiap apa yg disuruh itu..sbb apa kita suruh itu ini, bukannya dgn berjanji nak beli atau bagi itu ini...sudahnya keburukan yang dapat, bukan kebaikan

    BalasPadam
  2. Kita dulu2 zaman kanak tidak semewah anak2 di hari ini dan lagi hebat tidak menuntut sebarang ganjaran. Ikhlas aje :)

    BalasPadam
  3. salam ozzy..
    ingat anak ko hilang tadi..he he
    apapun terima kasih berkongsi kisah

    BalasPadam
  4. salam en.ozzy..

    betul2 setuju sangat

    BalasPadam
  5. emm bdk skng x tau rse susah..
    tp sgguh berevolusi cara nk ilngkn letih tu..dr simen ke peti ais ^_^

    BalasPadam
  6. setuju.. jika mendidik awal sgt baik dan sistem ganjaran juga bagus dan sgt membantu..
    jika menipu utk dpt ganjaran, mmg x baik.. mungkin kena hukuman pula jika buat salah..

    BalasPadam
  7. slm ramadhan,
    ngeri koi bace weh.

    byk dh tjadi kes, budok2 mati sbb tkurung dlm peti ais gitu. sib baik dia buka sikit pintu tu. kala terlelap, tertutup pintu?

    mmg lah, tak perlulah 'didik' ank smpai gitu. ank koi start 10 tahun baru dpt pose penuh. sebelum tu koi bagi kebebasn je. alhamdulillah takde masalah puase pun smpai skang.

    BalasPadam
  8. alamak, sori weh, koi terguna akaun blog ofis koi. SOHO consultation. lupa log out!

    BalasPadam
  9. salam semua..
    terima kasih dgn komen...

    Abg Piewahid..goner jadi gitu terkejut juge koi baca ingatkan sapa hehe...koi pun sama x paksa anak2 sangat sebenarnya.

    BalasPadam
  10. Bermacam ragam anak2 dibulan Ramadhan ni,
    Serba salah juga jika anak-anak merengek mahu berbuka puasa dan waktu untuk menanti berbuka hanya sedikit jer lagi. Aduh, puas memujuknya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...