Menjadi kelaziman masyarakat kita orang Melayu apabila bertemu dengan rakan, kita akan menghulurkan tangan untuk bersalam sambil bertanya khabar.Perlakuan ini juga disebut sebagai berjabat tangan.Namun mungkin ada yang sedar atau buat-buat tidak sedar perlakuan ini perlahan-lahan semakin berubah.Bagi golongan yang lebih berusia pastinya cara salam mereka lebih rapat dan kemas iaitu dengan menggenggam tangan rakan lain dengan erat.
Senario hari ini terutamanya bagi generasi muda masa kini gaya bersalam mereka semakin berbeza. Mereka tidak lagi salam tetapi sapu maka istilah bersalam apakah perlu ditukar menjadi 'bersapu'. Perkara ini telah beberapa kali terjadi pada aku.Agak pelik apabila aku menghulurkan tangan untuk bersalam dan menggengam tangannya dia hanya hulurkan saja tangannya seolah-olah sekadar menyapu tapak tanganku.Kali kedua kami bersalam apa yang terjadi adalah kami hanya 'bersapu' bukan lagi bersalam kerana aku juga teringin untuk bersapu.
Ketika di masjid senarionya juga sama, selepas solat apabila kami semua bersalam dapat dirasakan genggaman tangan dari golongan yang berusia tetapi golongan muda lebih selesa untuk memilih 'bersapu' tangan.Apabila kita bersalam dalam erti kata berjabat tangan keikhlasan itu sebenarnya lebih dapat di rasa bersama senyuman yang terukir berbanding jika kita 'bersapu' bersama air muka yang tawar dan kelat. Apakah generasi kita yang akan datang hanya akan 'bersapu tangan' sesama mereka?.Bagi wanita mungkin mereka tidak rasai kerana gaya bersalam mereka dilihat hanya mencantumkan kedua-dua tangan dan bukan seperti lelaki yang berjabat tangan.
Kita lihat apa berlaku sekiranya suatu masa nanti mereka ini mengadakan kenduri perkahwinan anak mereka dan pastinya mereka akan 'bersalam kaut' pula.Apakah mereka akan 'bersapu kaut' ? apa yang akan terjadi pada wang yang dihulurkan? atau mungkin juga akan datang sampul duit tersebut akan dilekatkan dengan gam..kalau pasal duit I don't think so lah kan...lagi kuat lah kot genggamannya tu.
Begitu juga ketika akad nikah apakah mereka hanya 'bersapu tangan' dengan tok kadi?.Penatlah juga tangan tok kadi nak genggam tangan mereka tu nanti.Kalau aku jadi saksi aku akan berkata tidak sah biar dia ulang sebanyak 5 kali lagi sebab aku akan kata " tak sah..feel tak ada..pitching lari..penghayatan kurang ..ulang semula" hehe...
Aku tidak mahu budaya ini berubah kerana pada aku bersalam sambil berjabat tangan itu lebih kelihatan mesra dan ikhlas ..Mungkinkah ucapan hari raya juga akan bertukar menjadi 'bersapu-sapuan dan bermaaf-maafanlah sesama kita'.. budaya kita wajah kita dan kerana itu jugalah.....
" BILA HATI MULA BERKATA... LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KU SALUT BISA ".
SALAM OZZY..
BalasPadamko ni berbaik sangka la weh?he he..
aku kalau salam mat saleh mesti cepat
pergi basuh tangan,bukan apa teringat
kalau dia kencing tak cuci tangan tadi
pegang anunya..ha ha..biasa dah aku tengok
baik mat saleh,cina kalau kencing lap tangan
kat seluo je..maruuuu..
w'salam Zul..
BalasPadamBukan bermaksud berburuk sangka ...cuma sekadar menegur meluahkan isi hati supaya budaya kita tidak dilupakan.
bersalam dengan sedikit genggaman kemas sambil memandang wajah orang tu dengan senyuman adalah lebih ikhlas, org sekarang salam sekadar menyentuh tangan, mata ke lain, memang tak de hormat langsung, bukankah kita sesama manusia kena saling menghormati?
BalasPadamKekadang aje juga rodong hok bersalam agak kuat sambil menekan jari..kawan nie kadang pakai cincin beloh kanan bapoklah sakitnya hehehe... apapun amalam bersapu nie jarang kawan buat macam x ikhlas aje bersalaman :)
BalasPadamBest jugak topik ni... Ada beberapa perkara lagi nak tambah (nasik tambah)...
BalasPadamstail salam org muda yg stu lagi.'Jabat ibu jari'...hehehe tu pun satu hal..
Pastu lelaki dan perempuan bukan muhrim main hantam semacam je salam..hormat org tua kononnya...Haram tetap haram...
Ada jugak yg berjabat jari telunjuk dia tekan nadi kita...hehehe..mcm2...
setahu saya, bukankah seseorang yg lebih tua biasanya akan menggenggam jika dia tahu yang disalaminya adalam orang yg lebih muda? sebab macam tak berapa manis orang muda salam genggam kuat tangan orang tua, macam nak pijak kepala pulak. tak tau mana saya dengar benda ni, lupa pulak lama dah. benda ni banyak tafsirannya. :)
BalasPadam@nisa: jika diteliti, tradisi orang timur tak macam orang barat. orang timur mengelakkan dari bertentang mata sebagai tanda malu dan hormat, tapi kalau orang barat, dia kata tu kurang ajar. dan sebaliknya juga. saya akan salam orang lebih tua saya akan tundukkan kepala, saya takkan tengok muka dia sebagai tanda hormat.
mungkin generasi sekarnag tak memahami erti salam ikhlas.. maafkan je la mereka..
BalasPadamSalam Semua..
BalasPadamNisa - Biasanya begitulah yg kita amalkan..terima kasih dgn pandangan.
Yassin - Kalau yg cincin besar tu memang sakit.
Aur - Terima kasih dengan nasi tambah hehe
Gen Fujita - Tak pernah pulak saya dengar mcm tu org tua nak kena gengam tgn org muda?.
Tradisi org timur elak bertentang mata?..rasanya itu kalau antara gadis dgn lelaki.Biasanya kita akan memandang muka dan kemudian barulah tunduk sebagai tanda hormat itu yg saya tahu..apapun terima kasih juga dgn komen ye.
Aibaks..
BalasPadamMoga sama-sama dapat memahami..ada juga yg saja buat2 tak faham.
bagi lynn kalau nak bersalaman tu biarlah genggam sket tgn org yang kita nak salam tu...dan kalau bersalaman dgn org tua kalau boleh cium la tangan mereka...itu la yg lynn amalkan...
BalasPadamsalam ramadhan
BalasPadamangah kalau salam org yg lebih tua dari angah macam gelaran mak cik better angah cium tangan tapi kalau sebaya macam umo muda tak ada la just salam biasa jer.. salam cium tanda hormat....
Salam,
BalasPadamhehhehe. beri Sweetie ketawa kejap..ha..sampai keluar air mata ketawa.
Yerla gaya wanita bersalam lain, memang ikhlas, dan salam siap peluk2 lagi ala Arab. Bagi kaum lelaki sekarang agaknya trend salam sapu sebab nak cepat kot...
Mana Sweetie tak gelak..kalau Ozzy nak jadi saksi nikah,kalau setakat pengantin salam sapu suh ulang lak 5 kali lagi ..feel tak ada..pitching lari..penghayatan kurang ..ulang semula" biar benar..Ozzy.
tulah..dia ucapan hari raya tu jugek buat sweetie ketawa..ha,, sambil sweetie komen ni pun ketawa lagi.hehe
Ok juga ni..bersapu tangan..atau bercalit tangan...
BalasPadamada juga orang tua ...bersalam, tangan pada kita, tapi mata ke orang lain, tak best gak...
BalasPadamkita buat je mana yang terbaik, dan saya kira menggenggam perlahan itu memang baik, insyaAllah adalah yang akan mengikutnya
Lynn Hamzah & Angah - Rasanya itulah yg terbaik dan sering kita amalkan.
BalasPadamSweetie - Saja tambah rencah supaya entry ini tak nampak serius sgt..untuk bacaan ringan sambil mengingati.
Relevan - bersapu kira ok lagi kalau bercalit tgn ishh x elok dah tu rasanya
kl citizen - Betul tu ..penah juga kena mcm tu.insyaallah kita buat yg terbaik bukan menunjukkan yg x baik..terima kasih juga.
Salam...
BalasPadamOooo, mcm tu ke salam sapu. Dulu masa dekat U, ada satu trend salam. Salam mcm biasa pastu angkat empat jari naik atas tinggalkan ibu jari. Itu dipanggil salam ukhwah kot. maksudnya berjabat tangat rapat di bawah dan di atas. Kalau kat Kedah time kenduri kahwin dipanggil salam kukut.....
Sapu..eh?..Salam Ozzy. Bagus gak tulisan engkau ni bro..cuma aku tengah tunggu ada tak geng2 3 line atau Pekida sudi nak bagi komen kat sini. Sebabnya, ada cara istemewa bagi mereka ketika bersalam...hehehe
BalasPadamw'salam iza & abg long..
BalasPadamIza - salam sapu maknanya mrk x genggam tgn...yg jenis angkat jari camtu x tahu pulak..yg pentingnya niat tu kena ikhlas.
Abg Long - Tak kisah sesiapapun nak bagi komen mengikut cara mrk bersalam..yg penting niat salam tersebut sebaiknya biarlah ikhlas & merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.