Sebagaimana janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya kini tibalah masanya tok (nenek) aku pula pergi menyahut seruan Ilahi.Oleh kerana sebelah bapa kami dah panggil nenek maka sebelah emak kami semua memanggilnya tok (biasanya panggilan tok ni untuk lelaki) sejak kami kecil lagi.
Arwah pergi hanya kerana 'sakit tua' tanpa ada penyakit lain dan kali terakhir aku menziarahinya kira-kira sebulan lepas.Sewaktu bertemu dengannya juga dia tidak lagi mengenali aku kerana ingatannya beransur hilang hinggakan emak aku sendiri dia panggil 'emak'.Sikapnya juga kembali semula ke zaman kanak-kanak dari segi perlakuannya.Mengimbas kenangan bersamanya sewaktu di zaman kanak-kanak dulu aku kerap mengikutnya turun ke bendang (sawah).Meskipun aku cuba membantunya menanam padi menggunakan 'kuku kambing' tapi Tok tak benarkan kerana bimbang tak menjadi.Akhirnya aku hanya berdiri di atas batas menantikan Tok siap menanam padi.Waktu paling seronok adalah ketika menuai padi..kaum wanita membanting padi manakala kaum lelaki memikulnya untuk dijual pada peraih.Aku dan kanak-kanak lain pula 'berkubang' mencari dan mengejar ikan.
Cukuplah setakat itu coretan bersamanya kerana jika mahu diceritakan banyak lagi kenangan lain. Apa yang aku ingin kongsi di sini adalah saat-saat akhir sebelum Tok menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku menerima panggilan pada pagi ahad (8/8/10) sekitar jam 3.30 pagi memberitahu bahawa Tok baru saja meninggal dunia.Memikirkan jarak perjalanan agak jauh dari KL ke Taiping maka aku memilih untuk balik keesokan pagi kerana bimbang mengantuk ketika memandu.Ketika aku tiba urusan pengkebumian telah pun selesai tetapi terasa sedikit terkilan kerana aku tiada di sampingnya ketika saat-saat terakhirnya.
Antara yang ada ketika itu adalah emak dan mak lang (adik emak).Mereka menceritakan sekitar jam 3 pagi keadaan Tok sudah tidak bermaya lagi.Nafasnya tercungap-cungap dan badannya menjadi sejuk. Kesemua jari tangannya bercantum rapat manakala kakinya telahpun 'lembik' ke bawah. Setelah dia mengucap dua kalimah syahadah kesemua yang ada mula membacakan surah yassin.Setelah surah yassin habis dibaca perlahan-lahan mata Tok terpejam dan tertutup rapat. Nafasnya mengendur dan akhirnya mulutnya tertutup. Apa yang memeranjatkan pada semua yang ada di situ adalah sewaktu nafasnya terhenti dan mulutnya tertutup tiba-tiba ibu jari kaki Tok terangkat/terjungkit seakan ditarik oleh sesuatu dalam beberapa saat sebelum kembali jatuh. Menurut emak itu menandakan/bererti nyawa Tok di keluarkan dari ibu jari kaki dan bukannya dari mulut.
Sejujurnya inilah pertama kali aku dengar kejadian sebegini apatah lagi ianya dialami oleh insan yang ada pertalian dengan aku.Sebelum ini melalui pembacaan yang sering aku baca adalah azab ketika ajal seseorang tiba.Ada yang mulut berbuih, ada yang mata terbeliak dan bermacam peristiwa lagi.Kami semua amat bersyukur kerana pemergiannya dipermudahkan dalam keadaan tenang dan selesa selebihnya hanya Allah saja yang maha mengetahui.Begitu juga dengan urusan pengkebumian segalanya berjalan lancar dari memandikan jenazah hinggalah selamat di kapankan. Mungkin sekadar renungan dan iktibar buat kita yang masih hidup kerana kita belum tahu bagaimana keadaan dan bahagian kita apabila tiba masanya nanti..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Al-fatihah...amin.
ozzy - Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
" HATI AL-QURAN IALAH SURAH YASSIN , TIDAKLAH DIBACA AKANNYA OLEH SESEORANG YANG SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT MELAINKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH SEGALA DOSA-DOSANYA DAN BACALAH SURAH YASSIN KEPADA ORANG YANG AKAN HAMPIR MENINGGAL DUNIA (NAZAK) DAN SETELAH SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA ". ozzy - Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
salam..
BalasPadambetul tu..
bawakla baca yassin
tak kira hari..bukan kira
nak mati @dah mati je...
Takziah dr mak sekeluarga atas kehilangan tok en ozzy. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan ditempat org2 yang beriman dan dikasihi Allah!
BalasPadamal fatihah. terkesan dlm hati bc entry ni
BalasPadamtakziah utk aok sekuarga.
BalasPadamsemoga ruh allahyarhamah ditempatkan di sisi org2 yg beriman dan semoga seisi keluarga tabah dengan ujian-Nya.
Salam Ozzy,
BalasPadamPergi dan tak kembali.Takziah atas pemergian Tok. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang mereka yang beriman.
salam takziah dari saya. semoga rohnya dicucuri rahmat. dan semoga saudara ozzy dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.
BalasPadambetul..sentiasa baca yassin bkn time kematian je..salam takziah ye ozzy...dokan tok ditempatkan dikalangan org beriman..amin..al-fatihah..
BalasPadamsalam.. takziah yea
BalasPadammudah mudahan tok d tmpatkan bersame2 pr soleh dan solehah
al-Fatihah
Salam Pozi takziah juga drp saya semoga roh beliau dicucuri rahmanyNYA jua amin.
BalasPadamSalam..
BalasPadamTerima kasih atas ucapan dan doa dari rakan2 semua..
Salam takziah utk seluruh keluarga anda....
BalasPadamMoga rohnya dicucuri rahmat.
al fatihah
BalasPadambulan ramadhan penuh keberkatan
semoga beliau tenang di sana